Friday, August 24, 2012

We Love Funky Spec!

Hi Korang,

Ramai jugak aku duk perhatikan pakai spek hello kitty ni, especially anak-anak dara hijabster masa kini. Memang ko, memana pergi ada je yang pakai kan.

Tak tau cam ne rupanya spek nie, meh tengok model aku bergaya dengan spek ni.

 
Mr Big bukan main suka lagi dengan spek ni

Aku pun suka gak yang kaler kuning bentuk love ni

Aku pun duk terikut-ikut dengan trend ni. Sempat jugak aku sambar 2 jenis funky spek ni. 




Comel dan cantik malah cute plak tuh. Suka sangatlah. Boleh melaram sakanlah raya ni ek.

Jom melaram!





Kad Raya Dari Blogger Peminat Setia

Hi Korang,

Terlupa plak aku nak cerita pasal ni. 

Aku dapat kad raya ni sebelum raya hari tuh. Ntah cam ne terlupa nak post entry kan. Agaknya dek sibuk sangat nak raya kan.

Alah aku dapat 2 keping je bukan banyak pun.

Ini dari Bella Enveenus.


Tuan punya www.enveeus.com
Dia ni salah sorang blogger yang aku kira dah lama jugak aku kenal. Siap dah pi spa dia lagi untuk merehatkan diri kan. Peramah orangnya


Ini dari Hamzah Ian.


Tuan punya www.terbangtinggi-tinggi.com 
Glamer gak mamat ni di blognya. Rasanya semua bebudak blogger suka lepak kat blog dia sebab dia suka mengarut yang bukan-bukan tapi best. Aku memang one of the loyal reader kan. Bukan setakat dapat kad raya malah dapat sampul duit raya sekali tau.

Terima kasih aku ucapkan kepada mereka berdua atas tanda ingatan kat aku ni kan. Maklumlah siapa aku cuma blogger picisan je hehehheeh.

Ingat tahun depan aku pun nak print kad raya sendiri gak lah. Mesti best kan.



Thursday, August 23, 2012

Bersederhana Je Aidilfitri Tahun Ini

Hi Korang,

Dah raya pun. Sekejap je dah 5 hari raya kan. Memang tak terasa langsung. Seronok dek makan-makan, sembang2, camwhore dengan family member kan.

Bagi ktorang berdua, tak de lah sehebat mana pun. Konsep bersederhana dan ala kadar je untuk raya kali ni. Tak nak buang duit sangat lah. Lagipun ktorg ni mana lah dapat bonus kan so berbelanja biasa-biasa je lah.

Disebabkan raya dengan family Mr Big so ktorg kena tempah baju sedondon satu family untuk family photoshoot. Nasib baik kain disponsor oleh MIL aku cuma tempah je ktorg kena bayar sendiri. Yang lelain tu macam kasut, bag, aksesori tu guna hak lama jelah. Lagipun aku ni pakai sekali je, lepas tu terus dah tak pakai. Ini memang style aku, pakai 2-3 kali pas tu gone bagi kat sesiapa yang nak kan.

Untuk rumah, tak de ktorg berabis beribu nak tukar segala mak neka dalam rumah tu. Cuma Mr Big buang je sofa lama sebab dah tak boleh nak duduk lagi dan ktorg gantikan sofa extra yang tak pernah ktorg duduk sejak beli. Cuma letak bantal2 untuk hiasan je, kalau orang datang then baru sofa tuh berduduk. Langsir pun pakai lama punya coz aku ada banyak beli kain langsir ni masa warehouse sale kat Nilai dulu, yang belum bukak sarung lagi pun ada.

Atas pengalaman tahun lepas, ktorg memang tak nak beli kuih raya untuk tahun ni sebab membuang je tak de orang nak makan. Yelah orang datang raya semua aku masak, so kuih raya ni diorg tolak tepi gituh lah. Nak bagi perabis aku bawa pi office bagi bebudak kat opis ni makan.


Duit raya tu wajiblah kan. Anak saudara melambak-lambak so bersedekahlah sorang sket. Untung-untung ktorg dimurahkan rezeki kan.

Rasanya itu je kot persiapan ktorg untuk raya tahun ni. Simple je, malas nak serabut kepalalah nak fikir benda remeh temeh ni. Janji raya ni dapat get together dengan family dan sanak saudara dan bermaafan kan itu yang lagi penting rasanya.

Korang plak cam ne, mesti dah abis berribu untuk raya tahun ni ek.