Tuesday, August 14, 2012

Jom Raikan Ramadhan & Syawal On The Cube

Hi Korang,

Musim raya ni datang lagi ek. Mood beraya memang dah tak boleh ditahan-tahan lagi. Tak sabar nak jumpa sanak saudara, keluarga dan teman-teman rapat yang jarang jumpa kan. 

Bila dengar takbir raya, mula lah teringat dengan ketupat, rendang , duit raya , baju baru , dan ziarah menziarahi di antara satu sama lain. Belum lagi masuk bab main bunga api uolsss. Masa nie, yang dewasa pun dah macam kanak-kanak tau. So, untuk memeriahkan Ramadan dan Syawal korang, YY ada beberapa cara dengan TheCube :: www.thecube.my .


Tips #1 : Menyambut dengan lagu-lagu Ramdan dan Syawal
Haaa, kalau nak tambahkan lagi kemeriahan. Korang patut tukar lagu kat handphone korang kepada lagu-lagu raya. Ada pelbagai jenis lagu , tak kira lah lagu raya baru atau lagu raya lama. Lagu-lagu raya nie mesti mengusik kenangan korang kan. Di antara lagu-lagu yang pasti korang suka seperti "balik kampung", "Menjelang hari Raya" , "selamat hari raya" dan pelbagai lagi. So, apa kata korang ke MusicCube untuk mendapatkan lagu-lagu klasik , lagu raya atau lagu ramadan.

 
MusicCube


Tips #2 : Belajar Untuk Lebih Baik.
Ramadan dan Syawal lah masa untuk kita cuba untuk menjadi lebih baik dengan melakukakn pelbagai amal jariah. Mengunjungi masjid - masjid dengan membuat aktiviti - aktiviti yang dilakukan sepanjang ramadan seperti tadarus dan kerja amal. Korang boleh juga buat kuih raya yang mungkin menjadi kegemaran orang tersayang. kan dah jadi satu kebanggaan dan kebahagian kat situ. Betul tak?? Untuk mendapatkan gaya hidup terbaik termasuk MMS perayaan, jom langgan LifeCube.

 
LifeCube



Tips #3 : Mengukuhkan Perhubungan dengan "fellow Man" .
Bertemu rakan - rakan baru dengan mengukuhkan lagi ikatan silaturahim di kalangan ummat. Berkongsi pengalaman baru dan mungkin boleh menjemput kawan-kawan baru kerumah korang semasa perayaan. Paling kurang pun boleh share gambar-gambar perayaan korang.Memang meriahkan kalau kita dapat share kegembiraan dengan kenalan kita. Dengan ini , korang boleh langgan FrenCube .

 
FrenCube



Tips #4 : Buka Telinga , Minda dan Hati.
Dengan menggunkan Deria yang kita ada, pasti membuat kan hati kita lebih gembira. Contohnya mendengar melalui telinga zikir-zikir atau lagu-lagu raya. Bila korang rasa gembira , pasti hati korang pun rasa tenangkan. Belajarlah untuk menikmati kehidupan dan merayakan perayaan kali ini dengan penuh kegembiraan. Jom lah dengar RadioCube untuk buat hati korang lebih gembira dan bahagia.

 
RadioCube


Tips #5 : Nyatakan Cinta 
Alangkah gembira dan bahagia nya bila kita dapat sambut perayaan dengan orang-orang tersayang. Dan meluahkan rasa hati yang terpendam selama ini mungkin.Kadang-kadang, kata yang ringkas atau pendek mampu membuatkan orang yang kitasa sayang termasuk teman-teman mampu mengubah segala kepahitan menjadi manis. Hantar lah pesanan melalui Talk Fun, Dedications Talk Fun dan Voice Pokes untuk menunjukkan kasih sayang korang.

 



Tips #6 : Dapatkan The Cube
Senang jerk, kalau korang ikut Tips 1- 5, pasti raya korang menyeronokkan dan tidak akan membosankan. Terjah ajer www.thecube.my  , dan korang akan rasa ramadan dan raya kali ini sangat ohsem dan mebeles. Cube adalah teman sempurna di musim perayaan tahun ini. Sekarang korang boleh menambah Cube bersama-sama dengan ketupat, rendang, lemang, sesi berbuka dan banyak lagi senarai Ramadan dan Raya untuk korang! Lawati Cube sekarang dan belajar bagaimana korang juga boleh memenangi duit Raya atau malah mempunyai satu perjalanan rohani untuk umrah & ziarah!

 
The Cube : www.thecube.my 

Best kan. Rasa cam tak sabar sungguh nak sambut Raya tahun ni

Info & photos : Yana Yassin


VIDEO | 'We Want FIBER' Picket Di P1 Paddock HQ

Hi Korang,

Pagi tadi masa aku ke P1 Paddock untuk pi tanya mengenai product P1 ni, tup tup ada picket plak kan depan ibu pejabat P1 ni. 


Ramai jugak orang duk berpicket mengenai service 'FIBER'. Katanya syarikat telco lain pakejnya agak mahal dan meminta pihak P1 untuk memberikan harga yang terbaik.

Jom layan video ni ek. Ini yang sempat aku record ye. Sorry gambar agak tak cantik coz pakai camera biasa je kan.



Masa ini diorg ni tengah duk bising-bising mengenai 'We want FIBER' ni, angkat sepanduk lah memacam lagi.




CEO of P1 Mr Michael Lai turun untuk tengok apa yang berlaku dan try tu negotiate dengan crowd yang lain nie




Akhirnya, Mr Michael Lai memberi kata putus dengan menawarkan untuk service 'FIBER' ni dengan harga serendah RM99 per month.


Hah ko macam tu sekali kan, orang ramai yang nakkan service 'FIBER' ni kan. 

Begitu taksub sekali dengan internet lah.





Bakul Sia Antik

Hi Korang,

Cantik kan bakul Sia ni?


Memang pun. Barang antik tuh. Nenek aku punya.  Dah banyak kali aku pujuk nak kan bakul ni but jangan harap nak dapat kan.

Itu barang antik katanya, mana boleh jual kat EBay. Ishk cam tau je niat aku kan, sebab tu lah tak dapat kan.

Padan muka!