Wednesday, August 8, 2012
Tuesday, August 7, 2012
P&G, Giant and Guardian Charity Event - A Special “A Gift Of Learning” RM200,000 Cheque Presentation Ceremony
Hi Korang,
Dalam bulan puasa ni sempat juga aku hadiri majlis penyerahan cek daripada P&G, Giant dan Guardian ke 8 buah pusat Kanak-Kanak Istimewa di seluruh Malaysia di The Caterpillar, Sri Hartamas.
Pihak P&G, Giant dan Guardian mengumumkan bahawa inisiatif komuniti 2 bulan berkempen dalam ‘Sumbangan Ilmu’, mereka Berjaya mengumpulkan sejumlah RM200,000 melepasi RM150,000 sasaran asal yang ditetapkan. Sumbangan diterima menerusi jualan produk-produk P&G seperti Pantene, Olay, Rejoice, Head & Shoulders, Clairol Herbal Essences, Whisper, Downy, Gillette, Oral-B, Ambi-Pur, Febreeze, Dynamo dan Fab di Giant dan Guardian di seluruh negara.
8 buah pusat kanak-kanak iaitu Persatuan Kanak-Kanak Istimewa Ampang, Tasputra Perkim, Persatuan Kanak-kanak Istimewa Kajang, Persatuan Kanak-kanak Spastik Pulau Pinang, Persatuan untuk Insan Bermasalah Intelektual Perak, Persatuan bagi Kanak-kanak Kerencatan Akal Johor, Pusat Seri Mengasih Sabah dan Persatuan Autisme Kuching, masing-masing akan menerima sumbangan berjumlah RM25,000 yang akan digunakan untuk latihan dan terapi di pusat yang berkaitan. Adalah di anggarkan bahawa lebih daripada 1,000 orang kanak-kanak istimewa yang mengalami ketidakupayaan belajar akan menerima manfaat daripada sumbangan ini.
Majlis ini dimulakan dengan kelas seni di mana kakitangan P&G, Giant and Guardian membantu kanak-kanak ini dengan kebolehan istimewa mereka dengan melukis, mewarna dan pelbagai lagi. Kemudian mereka juga dihiburkan dengan pelbagai permainan yang menyeronokkan dan lagu nyanyian bersama yang menghiburkan semua supaya para tetamu di beri fahaman yang lebih mendalam tentang pelbagai cabaran yang perlu ditempuhi oleh kanak-kanak ini di dalam kehidupan harian mereka.
Kemudian barulah di adakan sessi penyampaian cek kepada 8 buah agensi yang terbabit. Rata-rata mereka sangat gembira dengan sumbangan yang diterima dan akan menmanfaatkan sebaik mungkin untuk kegunaan kanak-kanak istimewa ini.
Program P&G Open Minds merupakan sebahagian daripada matlamat korporat global P&G iaitu ‘Live, Learn and Thrive’ yang memberi focus terhadap usaha-usaha kemanusiaan jenama P&G, kakitangan dan asas korporat di dalam meningkatkan taraf hidup kanak-kanak istimewa yang memerlukan bantuan semenjak bayi sehingga berumur 13 tahun. Di Malaysia, Open Minds meneruskan focus untuk membantu dan meningkatkan kualiti masa depan kanak-kanak istimewa ini dengan menyediakan pembelajaran khusus dan kemudahan yang diperlukan.
Terima kasih di ucapakan kepada Ms Hui Ping dan teamnya yang sudi menjemput aku ke charity event sebegini. Moga-moga kalau ada event sebegini harap di jemput lagi hendaknya ye.
Ditulis Oleh
Cik Lily Putih
Labels:
beramal jariah
,
bersedekah.
,
charity event
,
Event
,
Giant
,
Guardian
,
Live Learn and Thrive
,
Open minds
,
sumbangan ilmu
at
5:30 PM
1 comment
:
My Great Journey with Premium Beautiful
Hi Korang,
Ingat lagi tak cerita aku mengenai Premium Beautiful ni. Alah korang klik je lah kat entry ni ek
Ok dah ingat kan ? Good..
Aku kan suka tolong orang berniaga promosi kat blog aku ni, kengkawan bisa aje dong di tolong. Rupanya one of the dealer Premium Beautiful (PB) ni dan juga merupakan seorang blogger approach aku untuk mencuba PB ni. Terus terang aku cakap dengan dia yang aku memang tak mampu beli PB ni sebab harganya yang sangat mengegarkan. Tup tup dia cakap cuba pakai as a testimonial dia.
Hah ko terus terperanjat, rasa cam tak percaya pun ada until dia datang rumah hari tuh.
Memula kena ambil ukuran dulu. Semua tempat kena ukur, dari atas sambil ke paras punggung. Yelah nak tentukan saiz yang manakan sesuai kan untuk aku ni.
Kemudian Rawlins baru memperkenalkan saiz yang semua dengan aku. Hah ko besar-besar nombornya segan plak dibuat. Now baru sedar yang badan makin kembang lepas kahwin ni.
Apa lagi pas tu, kenalah cuba pakai kan. Disebab si tokeh ni lelaki tak kanlah dia nak pakaikan untuk aku plak kan, so nak tak nak aku kena cuba sendiri.
Masa pakai seluar tu ok gak lah, walaupun ketat sket. Kemudian pakai korset plak. Yang ni memang aku struggle banyak, lebih 15 minit kot aku duk fikir cam ni nak buat. Give up sangat, aku panggil Mr Big suruh pasangkan. Hah ko rasa cam nak terpecah dada dibuatnya. Pakai waist nipper tu senang je.
Bila dah complete pakai tuh, Mr Big boleh cakap apa tau, macam body building katanya. Yelah baju tu memang grip segala lemak badan kan dan nampak lagi firm dan solid je badan. Masa memula nak berjalan tu aku rasa cam dah macam Robocop kat TV tuh.
Bila tunjuk kat Rawlins, terus dia cakap aku dah ada pinggang. OH OMG! Malu aku dibuatnya, taulah selama ni pinggang tak nampak kan. Time nak duduk, body rasa tegak je.
Pada mulanya langsung rasa tak selesa nak bergerak ke sana kemari but dah 2-3 hari pakai ni dah rasa ok plak but still tengah manage cara nak pakai korset tu. Tak kan hari-hari nak suruh Mr Big pakai kan, kot-kot jadi lain plak kan. Hahhahahaha
Until now dan dekat 2 minggu aku guna Premium Beautiful ni. So far dah pandai pakai sendiri korset ni. Walaupun ambil masa but ok sebenarnya. Cuma time makan tuh, automatically aku makan sket je coz perut cepat kenyang. Mr Big cakap agaknya ada besi dalam korset tu yang kecilkan perut. Ishk ke situ plak.
So aku ada 6 bulan lagi untuk tengok hasil dari pemakaian Premium Beautiful ni. Hopefully ade kesan lah kan. Kalau tak banyak turun sedikit pun jadilah. Janji ada penurunan dan yang penting sekali aku akan lebih sihat.
Bukan nak kurus sangat pun janji nak lebih sihat dan bahagia
So korang doakan aku ye