Tuesday, August 7, 2012

My Great Journey with Premium Beautiful


Hi Korang,

Ingat lagi tak cerita aku mengenai Premium Beautiful ni. Alah korang klik je lah kat entry ni ek

Ok dah ingat kan ? Good..

Aku kan suka tolong orang berniaga promosi kat blog aku ni, kengkawan bisa aje dong di tolong. Rupanya one of the dealer Premium Beautiful (PB) ni dan juga merupakan seorang blogger approach aku untuk mencuba PB ni. Terus terang aku cakap dengan dia yang aku memang tak mampu beli PB ni sebab harganya yang sangat mengegarkan. Tup tup dia cakap cuba pakai as a testimonial dia.

Hah ko terus terperanjat, rasa cam tak percaya pun ada until dia datang rumah hari tuh.


Memula kena ambil ukuran dulu. Semua tempat kena ukur, dari atas sambil ke paras punggung. Yelah nak tentukan saiz yang manakan sesuai kan untuk aku ni.


Kemudian Rawlins baru memperkenalkan saiz yang semua dengan aku. Hah ko besar-besar nombornya segan plak dibuat. Now baru sedar yang badan makin kembang lepas kahwin ni.


Apa lagi pas tu, kenalah cuba pakai kan. Disebab si tokeh ni lelaki tak kanlah dia nak pakaikan untuk aku plak kan, so nak tak nak aku kena cuba sendiri.


Masa pakai seluar tu ok gak lah, walaupun ketat sket. Kemudian pakai korset plak. Yang ni memang aku struggle banyak, lebih 15 minit kot aku duk fikir cam ni nak buat. Give up sangat, aku panggil Mr Big suruh pasangkan. Hah ko rasa cam  nak terpecah dada dibuatnya. Pakai waist nipper tu senang je.


Bila dah complete pakai tuh, Mr Big boleh cakap apa tau, macam body building katanya. Yelah baju tu memang grip segala lemak badan kan dan nampak lagi firm dan solid je badan. Masa memula nak berjalan tu aku rasa cam dah macam Robocop kat TV tuh.

Bila tunjuk kat Rawlins, terus dia cakap aku dah ada pinggang. OH OMG! Malu aku dibuatnya, taulah selama ni pinggang tak nampak kan. Time nak duduk, body rasa tegak je.

Pada mulanya langsung rasa tak selesa nak bergerak ke sana kemari but dah 2-3 hari pakai ni dah rasa ok plak but still tengah manage cara nak pakai korset tu. Tak kan hari-hari nak suruh Mr Big pakai kan, kot-kot jadi lain plak kan. Hahhahahaha

Until now dan dekat 2 minggu aku guna Premium Beautiful ni. So far dah pandai pakai sendiri korset ni. Walaupun ambil masa but ok sebenarnya. Cuma time makan tuh, automatically aku makan sket je coz perut cepat kenyang. Mr Big cakap agaknya ada besi dalam korset tu yang kecilkan perut. Ishk ke situ plak.

So aku ada 6 bulan lagi untuk tengok hasil dari pemakaian Premium Beautiful ni. Hopefully ade kesan lah kan. Kalau tak banyak turun sedikit pun jadilah. Janji ada penurunan dan yang penting sekali aku akan lebih sihat.

Bukan nak kurus sangat pun janji nak lebih sihat dan bahagia

So korang doakan aku ye


Monday, August 6, 2012

Makanan Di Bazaar Ramadhan Bandar Baru Bangi Mahal


Hi Korang,

Semalam kan hari ahad, sepatutnya aku memang nak masak but disebabkan nak pi Seremban ada family gathering so tak delah aku masak. Tup-tup dah pukul 5.30 ptg cam tuh, Mr Big cakap tak jadi pi Seremban plak, hah apa lagi mengelupur satu badan kejap sebab tak masak satu apa pun.

Jawabnya ktorg ke bazaar ramadhan kat area Bandar Baru Bangi ni je lah. Alah makan berdua je pun bukan banyak mana pun kan.

Rupanya tapak bazaar ramadhan kat area PKNS ni dah bertukar ke depan plak. So haruslah tempat tu lagi sempit dan ramai orang kan. End up ktorg parking nun jauh di sana kat traffic light tuh. Tak perlah berjalan sket at least ada exercise juga.

So memula tawaf satu pusingan dulu, Mr Big memang cam tu. Dia akan survey dulu apa yang ada then the next round baru dia cakap apa dia nak makan.

Ok meh tengok apa yang ktorg berdua makan untuk berbuka semalam.

Ayam Golek = RM25 seekor

Lemang + Rendang = RM4 + RM3 = RM7

Nasi lemak berlauk = RM8

Tempe + Putu Piring + Popia = RM5 + RM2 + RM2 = RM9

Air Tebu (terlupa nak ambil gambo) = RM3

So semua sekali lebih kurang RM52.00. Nampak tak betapa kasarnya expenses ktorg kan.

Kalau pi buffet ramadhan kat restaurant biasa ni memang dah lepas bayar untuk 2 orang. Alah tak perlah, lagipun ini first time ktorg pi bazaar ramadhan sesama kan. Selalunya Mr Big je singgah kejap beli kuih je.

Cuma aku nak highlight sket mengenai bazaar ramadhan ni

1.       Ayam goleknya bagi ktorg agak mahal sebab kat tempat lain dalam RM16.00 seekor je. Bila aku mintak sos lebih, budak yang tukang jual tu cakap tak boleh sebab 1 ekor ayam untuk 1 sos je. Tapi yang beli ½ ekor tu boleh plak dapat 1 sos kan. Ini sudah satu penipuan ni.

2.       Kuih-muih dah jatuh 50 sen sekeping. Nasib baik tekak boleh terima lah. Tak de lah sedap mana but boleh di makan.

3.       Nasi lemak berlauk tu plak harga tak konsisten. Memula pakcik yang jual tu cakap aku punya RM4 then bila kira balik dah jadi RM5. Terus aku tanya lagi sekali, then barulah dia cakap ops salah kira plak. Ishk kalau aku tak tanya harus dah aku kena tipu ni.

4.       Putu piring plak memang sedap tapi gulanya sket sangat. Tepung je lebih, bahan sedikit sangat. Last-last aku makan tempat yang ada gula je, yang ada tepung tu aku biarkan.

5.       Lemang dan rendang memang sedap. Dah teragak tu beli lah kan. Rendang tu diorg banyak letak tetel dari daging. Sebab tu murah kot. Aku cicah kuah je, tetel tu aku biarkan.

6.       Air tebu, Mr Big tenguk sorang je coz aku tak berapa minat sangat. Dapat satu jug bolehlah untuk penghilang dahaga.

Hah, itu jelah yang aku boleh bagitau tentang bazaar ramadhan ni. Rasanya tempat lain pun sama kot. Ada mahal dan ada juga yang murah.

Bagi aku, kalau nak berniaga tu jangan tipu pelanggan ye, tak berkat nanti duit yang korang dapat tuh. Biar mahal sket tapi sedap, layanan bagus. Ramai orang akan singgah gerai korang.

Aku tanya Mr Big, nak beli tak ayam golek kat sini lagi? No way, cukuplah sekali katanya.

Ha, kan dah rugi satu pelanggan.




Terglamour Sekejap Dalam Majalah Jelita


Hi Korang,

Ingat tak aku pi event masak-masak kentang hari tuh? Ye masak kentang memacam tuh. Terlupa? Nah klik kat sini ek untuk flashback balik.

Tetiba plak minggu lepas, Kak Ina KL bagitau yang ktorg terglamer dalam majalah Jelita bulan Ogos ni. Apa lagi cepat-cepat pergi ke newsstand cari majalah Jelita tu kan. Banyak tempat pergi rata-rata dah abis. Aduiyai melepaslah nak tengok gambar tu kan.

Then semalam masa kuar nak pi bazaar ramadhan mahal yang area Bangi ni, ternampak satu book store yang kecil je kat tepi jalan ni. Apalagi suruh Mr Big berhenti kejap kan.

Cari-cari pun cari ada. Terus flip over every page, yelah takut salah beli plak kan.  Hah ko ade, terus bayar.


Tak sempat-sempat dalam kereta juga aku cari. Memang pun ado muka aku dengan Mr Big terpampang kan. Tak de lah besar tapi memang orang boleh cam lah. Ktorg duk panggil depan sekali. Memang tengah seronok time tuh mendengar celoteh Dr Shahrin time tuh.

Anyway terima kasih kat majalah Jelita yang sudi menjemput ktorg berdua ke event masak-masak ni. Eh tak lupa juga kat Ayu Rafikah dan Kak Ina KL yang jadi geng masa event ni kan.