Sunday, August 5, 2012

Jemputan Menyaksikan Pertandingan 'LIVE' Badminton Olimpik Akhir

Hi Korang,

Ramai yang tahu hari ini adalah penentuan akhir samada negara kita berjaya mendapatkan pingkat emas yang pertama bagi sukan olimpik di London dalam acara badminton perseorangan.


Perlawanan di antara musuh tradisi dunia Datuk Lee Chong Wei dan Lin Dan dari negara China. Mesti sengit lah nanti agaknya.


Yang best tu aku dapat 2 jemputan untuk menyaksikan pertandingan akhir ni secara LIVE di 2 tempat. Satunya di Laundry Bar, The Curve dan satu lagi di Tapas, Micasa Hotel KL. 

Kedua-dua jemputan tu dari company yang selalu aku deal dalam projek blog aku ni.

Ishkk pening aku dibuatnya, dua-dua offer menarik dan lagi plak aku baik dengan mereka ni. 

Ermm payah cam ni ek, ditelan mati bapak di luah mati mak..

Korang rasa cam ne ek? ermmm

p/s : Hopefully Datuk Lee Chong Wei menangla ye. Dapat jugak tengok nama Malaysia ada dalam carta pingat Olimpik 2012 tu  ek


Saturday, August 4, 2012

Premiere Screening Of Step UP Revolution

Hi Korang,

Last week aku dapat jemputan ke premiere screening filem Step Up Revolution di Cathay Cineplex kat The Curve Mutiara Damansara. Lama tak pi tengok wayang free ni. Best

Tak ramai yang aku kenal masa beratur amik tiket, majoriti cam blogger baru je.

Ok dah, jom layan sinopsis filem Step Up Revolution ni


The Mob sets the dancing against the vibrant backdrop of Miami. Emily arrives in Miami with aspirations of becoming a professional dancer and soon falls in love with Sean, a young man who leads a dance crew in elaborate, cutting-edge flash mobs, called "The Mob". When a wealthy business man threatens to develop The Mob's historic neighborhood and displace thousands-of people, Emily must work together with Sean and The Mob to turn their performance art into protest art, and risk losing their dreams to fight for a greater cause.

Bagi Aku :


Macam tengok filem muzikal je, mostly pasal flash mob dan tarian je. Jalan cerita mudah nak paham. Percintaan anak muda masa kini yang berlainan darjat. Satu kaya satu miskin yang akhirnya... jeng jeng jeng...

Pi tengok nanti kat wayang ek, kang kalau aku citer dah tak best plak kan.






Heronya sangat hensem dan heroin pun boleh tahan cantik jugak. Dari segi tarian memang terbaik lah, sangat cantik dan sangat smooth. Sampai step yang di kareograph tu tak terfikir dek akal. Best lah

Cam biasa Mr Big kat 4/5 star. Okla tu kan.



By the way, thanks to Nuffnang yang sudi menjemput ktorg ke premiere screening ni. Eh, bukan setakat tengok wayang FREE malah dapat juga merchandise filem ni kan.




Karoot Komedia X - Suara Emas

Hi Korang,

Ok kita layan lagi Karoot Komedia untuk minggu ni. Aku tertarik nak tulis sebab ianya mengenai kisah orang-orang tua. Cam biasa waktu siaran 10 malam kat Astro Channel 132 Warna tapi aku tengok HD Ch134 so jangan jeles ye.


Setiap minggu para pelakon di kehendaki melakonkan watak-watak yang diberikan oleh penonton dan melakonkannya secara spontan mengikut tema yang diberikan. Tajuk minggu ini ialah Suara Emas.

Para pelakon ;-


Ebby Yus - Pak Anif
Johan Rajalawak - Kak Kamisah Ketak
Shuib Sepah2 -  Floor Manager
Yus Jambu - Pak Kusin
Jepp Sepah2 - Pak Dollah

Artis Jemputan:- 


Azza Elite - Isteri kepada Jepp Sepah

Kisah minggu ini :-



Kisah back stage. Sekumpulan warga emas menyertai pertandingan nyanyian seperti kilauan emas. Memasing dengan gelagat yang tersendiri. Ada yang sakit perut masa nak nyanyi. Rupanya mereka ini di beri minum julap untuk sakit perut.

Kesimpulannya:-



Aku rasa Johan memang sesuai pegang watak jadi perempuan. Sangat perfect sekali macam perempuan betul. Watak-watak lain memang awesome, sentiasa dalam  cHaracter walaupun tak de script langsung kan semuanya secara spontan




Kalau kat uma dah gelak berdekah-dekah inikan plak kalau kat studio kan. Sebab tulah ktorg tak nak pi tengok LIVE mesti jadi focal point kan


ehehehee


Ketawa berdekah-dekah