Saturday, July 28, 2012

Karoot Komedia X - Janji Manismu

Hi Korang,

Ok kita layan lagi Karoot Komedia untuk minggu ni. Aku tertarik nak tulis sebab ianya mengenai puasa. Cam biasa waktu siaran 10 malam kat Astro Channel 132 Warna tapi aku tengok HD Ch134 so jangan jeles ye.


Setiap minggu para pelakon di kehendaki melakonkan watak-watak yang diberikan oleh penonton dan melakonkannya secara spontan mengikut tema yang diberikan


Para pelakon ;-



Ebby Yus - Suami / Bapa
Johan Rajalawak - Isteri / Mak
Shuib Sepah2 -  anak lelaki
Yus Jambu - Kawan anak lelaki
Mamat Sepah2 - Kawan Anak lelaki

Artis Jemputan:- 


Tasha Shila - Isteri kepada Shuib

Kisah minggu ini :-




Shuib yang baru je berkahwin dengan Tasha Shila dan juga tak pernah puasa seumur hidupnya. Bagi menjaga hati kedua hati mertuanya dia berpura-pura puasa,



On first day puasa tu, Shuib membawa balik kengkawannya untuk curi-curi makan di rumah.  Akan tetapi kantoi dengan semua ahli keluarganya termasuk isterinya sekali. Yang best tuh, dia boleh rasuah isterinya dengan beli kain raya 30 pasang. Gilo ke hape kan.

Kesimpulannya:-

Memang maca biasa, ktorg berdua gelak terbahak-bahak. Lawak yang yang sentiasa buatkan orang yang menonton peca perut.


Johan memang sesuai pegang watak sebagai mak kerana lagaknya sama seperti style mak-mak kita dulu-dulu. 

Tasha Shila pun not bad jugak berlakon, yelah artis baru popular kan mestila hebat.

Ok itu je aku nak citer untuk episod. Kalau korang tak sempat nak tengok rasanya boleh download kat youtube kot. Jap-jap lagi ada la link tu kan.

So kita episod minggu depan plak...

Friday, July 27, 2012

Promo Ramadhan 2012 @ O’Briens Irish Sandwich Café with Food Panda.MY


Hi Korang,

Selain daripada buka puasa di hotel, aku juga berkesempatan untuk berbuka puasa di O’Briens Irish Sandwich Café hari tuh bersama-sama dengan team dari FoodPanda.MY


Nanti aku citer mengenai FoodPanda.MY ni ye.


Mesti pernah dengar atau nampak O’Briens Café ni kan, tapi pernah cuba tak ? Langsung tak kan sebab takut tak sesuai dengan tekak konon.

O’Briens Irish Sandwich Cafe ini merupakan cafe yang terkenal dengan sandwiches, tossed wraps yang segar dan sup yang bervariasi. Ianya hanya menggunakan bahan-bahan yang semula jadi dan organik serta roti sandwich yang ‘sugar-free‘ yang enak disajikan kepada para pelanggan.







Seronok kan tengok bahan yang digunakan, nampak segar dan menawan hati yang tengah lapar time tu tau.


Sebelum tu ada kata-kata aluan sket dari MD of FoodPanda Malaysia mengenai latar belakang FoodPanda dan collobration dengan O’Briens Irish Sandwich Cafe.







Antara sandwich yang aku rasa sedap untuk di makan ialah:-


O’Briens Chicken Tripledecker
Tootstie with Chicken and chicken crisp, lettuse, cheddar cheese, red onion, coleslaw and tomato


Sundried Tomato On Hot Ciabatta
Toostie with sundried tomato, red onion, fresh tomato, mozzarella cheese, roasted vegetables dan basil pesto

Ni plak antara drinks yang di order, menarik sungguh kan.




Korang pun boleh check it out, O’Briens Irish Sandwich Café ni. Sekarang ni dah banyak outlets sekitar Kuala Lumpur.


Terima kasih di ucapkan kepada team FoodPanda.MY kerana sudi menjemput aku ke gathering a.k.a buka puasa ni. Hopefully lepas ni sudi-sudilah jemput aku lagi ek


Jom check it out Food Panda Malaysia ye

FoodPanda.MY merupakan satu company yang menjalankan perkhidmatan penghantaran makan  (food delivery) dengan hanya memesan secara online. Sesuatu yang baru di Malaysia yang membolehkan rakyat Malaysia menikmati makanan tanpa keluar bersesak ke restoran yang mereka nikmati.

Lebih daripada 100 restoran yang berdaftar dan di antaranya adalah O’Briens Irish Sandwich Café, Canadian Pizza, Sushi King, Secret Recipe, Fatty Crabs, ChicKing Fried Chicken, Darabif, Hakka KL dan banyak lagi.

Online delivery service ini beroperasi di Kuala Lumpur, Petaling Jaya termasuk Bangsar, Mont Kiara, Bukit Bintang dan Cyberjaya. Dengan hanya beberapa clicks makanan yang dipesan terus sampai di hadapan tepi rumah/pejabat kita

Untuk lebih details mengenai FoodPanda.MY ni, sila layari

Website: www.foodpanda.my




Tak Tercapai Akalmu

Hi Korang,

Cantik tak pemandangan nie?



Memang pun kan. Nampak cam aku pegang je Bangunan Tabung Haji tuh but its actually jauh tau.

Thanks kat photographer yang pandai ambil gambar ni setelah berkali-kali aku membebel suruh ambil betul-betul kan.


Masa ni aku kat tingkat 39 ye. Seram sejuk bila pandang ke bawah. Nampak sayup je KLCC Park.

Indahnya bumi Allah ni, bersyukur sebab aku dapat kesempatan merasai kecantikannya.

Cantiknya