Wednesday, July 25, 2012

“How I Step Up With Nuffnang”


Hi Korang,

Bagi aku menari adalah satu terapi yang penting dalam kehidupan seharian kita. Kadang kala kita perlukan sesuatu yang kita release tension dan menari menjadi pilihan aku.


Walaupun aku agak kayu dalam seni tarian ni but I willingly to do at least aku boleh exercise sambil menbuat kerja rumah kan.

Terfikir jugak bagaimana kalau aku dapat buat flash mob kan? Ye flash mob tu menari beramai-ramai in public tak kira di mana tempat jua kan.


Tema bagi flash mob aku ialah Saturday Night Fever so lagu-lagu yang dipilih harusla evergreen  macam Dancing Queen, YMCA dan memacam lah. Tempat yang aku pilih haruslah di tempat orang lain iaitu di The Curve, Mutiara Damansara.

Tujuan aku organize flash mob ni supaya orang ramai boleh mengingat kembali lagu-lagu lama yang malar segar dan juga untuk orang ramai menari sambil bersenam. At least ade exercise juga kan during weekend.

“How would you organize your flash mob?”


  1. Sediakan team bagi koreographer tarian.
Aku sediakan dalam 10 orang penari serta 1 koreographer. Mestilah kena praktis dulu dalam 10 hari cam tuh. Lagu-lagu yang di pilih haruslah yang evergreen. Mesti yang simple dan easy untuk orang ramai nak ikut menari. Tak boleh lah yang melompat-lompat sangat. Zumba dance tu memang jadi pilihan sebab untuk exercise kan


  1. Sebarkan di Internet, Social Media mengenai Saturday Night Fever Flash Mob ni.
Create satu simple website untuk flash mob ini, masukkan segala details yang di perlukan. Sebarkan di Facebook, mula tweeting di twitter kerana pengaruh social media sangat hebat masa kini.


  1. Sediakan costume bagi penari
Ini pun penting juga kerana orang ramai akan lebih tertarik dengan pakaian dan costume yang berwarna warni dan cantik. Baru mereka teruja untuk menyertai flash mob ini

  1. Pastikan lokasi sesuai
Lokasi sangat penting ye. Bukan tak boleh buat kat tepi jalan tapi keselamatan perlu di jaga. Sebab itu aku memilih The Curve, Mutiara Damansara. Tempatnya luas dan ada kawasan lapang di tengah-tengah antara Cineleisure dan The Curve kan so tak delah mengganggu premis perniagaan di situ.


  1. Sediakan videographer untuk record everything
Memanglah sesuatu yang kita buat mesti lah nak kena rekod kan yelah untuk reference masa akan datang. Mana tau nak buat lagi kan.



  1. Mari berflash mob
Ye masa di tunggu sudah tiba, jom kita ke tempat yang sudah di rancangkan. Mesti kena rehearsal dulu kan but make sure buat senyap-senyap so tak delah orang perasan, nanti tak surprise lah kan.


So itu jelah idea aku untuk Saturday Night Fever Flash Mob ni. Hopefully idea aku ni akan di terima oleh pihak yang nak sponsor tiket 'Step Up Revolution' ni..

Memintak ade rezeki la ye coz dah lama rasanya tak pi tenGok wayanG nie.




Amboi Amboi Buka Puasa Dengan Masterchef Selebriti

Hi Korang,

Jarang aku buka puasa terserempak dengan celebriti kan. Selalunya geng-geng bloggers je. 

Tup tup semalam masa buka puasa kat Serena Brasserie ni ,aku boleh tersatu meja dengan Masterchef Selebriti ni yang glamer dengan resipi nama Mak Tom iaitu Azwan Haji Ali.

Sempat ko beramboi-amboi lagi gituh kan.

First time jumpa, memang ramah orangnya. Sama macam apa yang korang tengok kat TV tu. Sebijik betul cuma more sempoi dan rileks je.

Ok nanti citer lagi..


Tuesday, July 24, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Enak KL Starhill Gallery, KL


Hi Korang,

Memang betul rezeki aku bulan puasa ni melimpah ruah, setiap hari ada je yang ajak makan di luar. Kekadang tu sampai terpaksa di tolak dengan baik dek kerana aku  dah terima jemputan dari orang lain dulu kan.


Now kali ni, En Hamidon menjemput kami (aku + Mr Big + bloggers lain) untuk merasai sendiri keenakan buffet ramadhan mereka pada tahun ini. Di antara yang hadir ialah FoodBlogger Hazman, Abam Jejai yang kacak bersama K Maz dan juga awek hot dari Pos Malaysia iaitu Zuriey.


Enak KL memang terkenal dengan masakan tradisional melayu lama yang memang lazat. Sudah 2 kali aku ke sini. Kualiti makanannya memang lain daripada yang lain. Cara masakannya macam style mak-mak kita masak kat rumah dan yang penting sekali chef di Enak KL ini langsung tidak menggunakan serbuk MSG dalam masakan mereka. Ermm lebih sihat kan.

Ok makan time, jom tengok apa yang dihidangkan

Daging Dendeng

Pucuk Paku Goreng Bawang Putih

Udang Masak Lemak Nenas

Asam Pedas Butterfish

Udang Sambal Petai

Ayam Percik

Sago Gula Melaka

Pisang Caramel

Nampak macam sket je tapi bila dah makan masyallah, kenyang tak terhingga. Kemudian di sulam pulak dengan minum mocktail yang lazat ni kan.




Menu makanannya ditukar setiap hari bagi mempelbagaikan jenis juadah di bulan ramadhan ini. So tak de para pelanggan bosan asyik makan yang sama je kan.

Korang kalau rindu masakan emak korang kat kampong tapi tak sempat nak balik, meh pi makan kat sini je lah kan



Enak KL
LG2, Feast Floor, Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Tel : 03-2141 88973

Email : info@enakkl.com



Harga bagi buffet ramadhan di Enak KL ini ialah RM65.90 nett per adult dan RM39.50 nett per child. Bermula dari 20th July 2012 – 18th August 2012.

So apa lagi, jom ke sini ek

Terus jadi lapar dibuatnya la masa tulis entry nie uhuuhu..