Tuesday, July 24, 2012

Lebih Selesa, Segar, Nyaman Dengan FURLESS WAXING

Hi Korang,

Segan pulak rasanya aku nak bercerita mengenai cerita dalam kain ni tapi untuk menjaga kesihatan aku tetap akan cerita jugak kat korang.


Orang perempuan mesti lebihan rerambut (bulu) yang tumbuh di tempat yang tak sepatutnya kan, tak kira lah kat kaki ke kat ketiak ke kat tut.. ke kan. Selalunya korang buat cam ne ek, cukur ke letak hair removal wax ke atau ke brazilian wax kan.


Aku? ishk malu nak cakap cuma aku guna hair removal wax yang beli kat farmasi tu je, senang nak cuba tapi cepat tumbuh balik lah.


Thanks to Don sebab bagi aku voucher ke Furless Waxing di Jaya One ni. 


2-3 kali aku fikir untuk ke sini atau tidak. Sebabnya aku belum pernah buat treatment waxing sebegini. Ramai yang kata sakit tak tahan dek kerna wax nya yang terlampau kuat. Ermm malas nak fikir lagi aku terus pi buat appointment ke sini.


Sesampai je tak  orang pun coz aku buat appointment waktu pagi gituh. Aku di sambut oleh manager di situ dan therapistnya. Kemudian aku diberikan penerangan serba sedikit mengenai Furless Waxing dan service yang ditawarkan. Voucher yang aku dapat tu adalah untuk 'private part area' tapi aku menses plak so ditukar kepada umderarm. Alah tak tau pulak korang ni, cabut bulu ketiak lah.

Bila aku tanya therapist tu sakit ke tak?
Alah moi, tak sakit lah macam gigit semut je. 


Ishk sakit gak tu kan. Ermm tak per lah nekadkan hati dan tawakal je macam nak operation jantung je kan.Mengigil dibuatnya masa masuk ke dalam treatment room tu kan.




Sambil treatment di jalankan sambil itulah therapist menerangkan satu per satu segala jenis wax yang di gunakan. Ada yang untuk kulit sensitif, ada untuk kulit degil dan ada yang untuk kulit normal. Ianya bergantung pada tahap kulit seseorang itu. Bagi aku plak, semua kategori ada pada setiap inci kulit aku hehehehhehe. 


Lepas tu pulak, ada urutan untuk sejukkan tempat yang di wax tu, wow nyaman je rasanya lah.



Nak tau treatment tu berape lama? Alah sekejap je dalam 45 minit gituh. Memang tak sedar dibuatnya dan yang paling best tu langsung TAK SAKIT tau. Memula je rasa cam gigit semut, lepas tu ok je terus jadi selesa.

Anyway thanks to Furless Waxing kerana berjaya membuatkan aku rasa selesa dengan waxing ni. Next time boleh pergi lagi sebab aku ada 2 kali lagi voucher treatment yang harus di habiskan.

Kalau korang nak tau lebih details lagi, meh check it out kat sini


Furless Waxing
21-M, Block B, Jaya One,
No 72A Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor.

Operating hours:
10am - 8pm (Mondays to Sundays)

Phone number: +603 79317326


Bagi aku harga yang ditawarkan tu bertepatan dengan service yang di berikan. Tak mahal dan juga tak murah, orang putih kata 'just nice.

Kalau korang ada cam nak tanya pasal treatment ni, meh komen kat sini ye.

CLP notes: Terasa berangin je kat tempat yang dah di wax tadi. Selesa sangat lah.




Monday, July 23, 2012

YOGEN FRUZ Berbeza Tetapi Enak Dan Sihat


Hi Korang,

Ada berita baik bagi penggemar manisan mulut yogurt yang sangat manis ni ye. Satu lagi produk yang berasaskan yogurt muncul di Kuala Lumpur ini.


Memperkenalkan jeng jeng jeng..

YOGEN FRUZ

Ye aku berpeluang untuk meninjau bagaimana pembikinan Yogen Fruz ini di outlet mereka iaitu di Red Carpet The Strand Avenue ini. Bukan aku je lah, beberapa blogger lain juga di jemput untuk merasai keenakan sendiri Yogen Fruz ini.



Yogen Fruz ni dari cerita Tuan Azli Jamil (CEO bagi Yogen Fruz Malaysia) berasal dari negara Canada  dan kini telah pun mempunyai 1300 outlet di 35 buah negara sejak dari tahun 1986 lagi. Lama tu kan. Baru sekarang ni memasuki pasaran Malaysia sejak May 2012.


Sambil mendengar Tuan Azli Jamil ni bercerita, ktorg di hidangkan dengan sample-sample yogurt yang pelbagai perisa. Ada chocolate pistachios, vanilla lime, Hazelnut, Pistachios, Mangga, Tart Lemon, Chocolate, Vanilla dan ada lagi yang aku dah lupa namanya.






Di antara bahan-bahan yang terkandung di dalam Yogen Fruz ini adalah Probiotic Culture: lactobacillus paracasei sesuai bagi mereka yang pentingkan kesihatan dan ianya 0% lemak ye best tu kan.

Di antara yang menjadi pilihan para pelanggan ialah :-


U Serve – Ada 3 jenis mesin di sediakan bagi kita para pelanggan ni memilih perisa yang menjadi kegemaran.


U Sensation – Para pelanggan boleh memilih pelbagai kombinasi perisa di antaranya Apple Pie, Chai Latte, Lychee Green Tea dan top selling adalah Strawberry Cheesecake.


Flavours – Yogurt dan topping yang kita boleh pilih sendiri dan pekerja di kaunter akan ‘mix’kan menggunakan mesin. Tak kira apa jua topping dan perasa ikut kesesuaian tekak kita.



Smoothies – Minuman buah-buahan yang diblend dengan hanya menggunakan yogurt sahaja. Campuran yang kita boleh pilih sendiri.


Di antara yang di hidangkan kepada ktorg ialah

 Strawberry Cheesecake




Harga Yogen Fruz, bagi setiap 100 gram, harganya RM5.30 

Selain daripada outlet di Red Carpet The Strand Avenue ini ada 3 lagi outlet yang telah pun di buka iaitu di Dataran Jelatek, Platinum Walk Setapak dan Seksyen 9 Bandar Baru Bangi. Yeah ! semuanya dekat dengan aku je.

Lawati Website Rasmi Yogen Fruz Malaysia: www.yogenfruz.com.my


Like  Yogen Fruz Malaysia di Facebook: facebook.com/yogenfruzmy


Follow Yogen Fruz Malaysia di Twitter: twitter.com/yogenfruzmy



Lambaian Desa Buffet Ramadhan @ Palace Of Golden Horses Hotel

Hi Korang,

Terlambai-lambai rasanya aku nak citer mengenai buffet ramadhan 2012 di Palace of Golden Horses kat Mines ni. Pada minggu lepas sempat juga aku menghadirkan diri ke majlis food preview bagi Carousel Café ini.


Dengan bertemakan masakan kampong, rasanya aku memang enjoy menikmati pelbagai jenis makanan yang di hidangkan, dari pembuka selera, menu utama, hingga pemanis mulut sangat-sangat menepati citarasa aku yang memang sukakan makanan bergenre sebegini.


Daripada aku bercerita yang panjang, baik korang layan gegambar makanan ni dulu ye


























Memang terasa nak meleleh air liur bila tengok pelbagai jenis makanan ni semua kan tapi puasa kan so bersabarlah ye.

Kalau dah teruja sangat kan, jomlah kita ke sini ye



Lambaian Desa Buffet Ramadhan 2012

Date    : 21 July – 18 August 2012

Price    : RM 98++ per adult
             RM 68++ per senior citizen
            RM 48++ per child (5 – 12 years old)


* Free 1 person for every full-paying guests.

3% daripada hasil keuntungan akan disumbangkan kepada Pusat Jagaan Rumah Anak-anak Yatim/Miskin Taman Baiduri di Dengkil, Selangor. Jadi sambil berbuka puasa kita beramal jariah. Anda juga boleh menghubungi En. Shukry (019-6539701) untuk menderma.



Lambaian Desa Buffet Ramadhan 2012
Carousel International Coffeehouse (LG level),

Palace of the Golden Horses,
Jalan Kuda Emas, MINES Resort City,
43300 Seri Kembangan,
Selangor.


Tel: 603-8946 4888



Kengkawan jom lah ye, memang makanan yang di sajikan adalah yang terbaik aku pernah rasa tau.