Saturday, July 21, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Restoran Brisik Indonesian and Siamese Cuisine

Hi Korang,

Ahad lepas ktorg (aku + Mr Big) dapat jemputan ke Restoran Brisik di Jaya One, PJ. 


Aku langsung tak perasan ada restoran ala melayu kat sini yang terletak di tingkat atas. Bagus jugak ye tambah sket knowledge mengenai restoran di sini.



Ramai gak blogger yang aku kenal datang kira tak rasa kekok lah kan nak mingle around sebab semua dah kenal. Sebelum ada ucapan sket dari wakil Brisik Restaurant Pn Nusmawati dan juga merupakan salah seorang chef di sini.



Selain daripada food review bagi Restoran Brisik ni, di adakan juga demonstrasi  3 masakan yang menggunakan bahan-bahan dari Simplot, Heinz dan Majalah Aroma selaku penaja bersama bagi event ini.







Jom tengok apa yang di hidangkan kepada ktorg kan

Spagetti yang sosnya menggunakan produk Heinz. Sedap

Daging Dendeng - Perapan yang gunakan BBQ Heinz

Sapi Lilit - Daging yang dibalut dengan serai dan di perap sebelum di bakar. Wangi baunya

Hash Brown popcorn dari Simplot, ranggup dan sedap

Keli pecel lele - salah satu speciality di sini

Nasi dalam daun pisang - comel kan

Selain daripada ada Q and A session untuk bloggers ada juga sessi lucky draw. 



Mr Big memang beruntung lah dia menang plak tuh. Untung aku dapat produk dari Heinz dan Simplot boleh masak-masak kat umah kan. 



Tak ketinggalan juga, ada ucapan sket wakil dari Simplot. Ramah orangnya, ceria je menceritakan mengenai kebaikan produk dari Simplot ini.


Bagi korang menggemari masakan Indonesian dan Siamese cuisine boleh datang ke Brisik Restaurant pada bulan ramadhan ini kerana mereka menawarkan pakej berbuka puasa yang di namakan Juadah @ Maghrib

Meh tengok menunya ye

STARTER :
rojak buah grilled veggies fried honey chicken
Gado gado fruit salad keropok
Tahu bakar pasta salad fried mee

MAIN COURSE 1 :
Ikan bakar such as kembung pepes / pari / tilapia/bawal/lele/seafood
Rice with lalapan

MAIN COUSE 2 :
steamboat on each table with varieties
Serve in pot with tum yam sup and chicken soup

DRINK :
panas : es :
Kopi ‘ o ’ air suling
Teh ‘ o ‘ es selasih
Nescafe ‘ o ‘ es cincau soya

DESSERT :
mixed kueh nyonya and etc.


Pakej berharga RM45.00 nett for adult and RM22.50 nett untuk kanak-kanak berumur di antara 8 - 12 tahun mulai dari 23th Julai  - 15th Ogos 2012.
Untuk tempahan boleh rujuk :-

Brisik Restaurant
10-1, Palm Square Jaya One, 72, Jalan Universiti,
46200 Petaling Jaya, Selangor 
03-79586681
Memang seronok dapat hadir di majlis masak-masak ni, memacam ilmu masakan yang aku dapat timba dan tak kurang juga dapat ini dan juga produk dari Simplot.




Best kan.


Terima kasih kepada Cik Hartina Arssid – Pengurus Mylittlewing12.com yang sudi menjemput ktorg berdua ke event yang awesome ni. Hopefully pas ni ada lagi event sebegini lagi ye.

credit photos : Hazmanfadzil.com


Clean & Clear® Top Best Friends Grand Finale 2012


Hi Korang,

Saban tahun jenama Clean & Clear® yang merupakan salah satu brand kecantikan bagi para remaja masa kini mengadakan pencarian Top Best Friends the New Face of the brand. 


Dengan bertemakan ‘Beauty, Personality and Friendship bagi tahun ini Top Best Friends grand finale menyaksikan pertandingan yang sengit di antara 10 pasangan finalist ini.


Memahami kepentingan rakan baik di dalam kehidupan remaj masa kini,  Clean & Clear® meraikan persahabatan yang sejati pada  hari ini dengan menganugerahkan Top Best Friends yang melengkapi antara satu sama lain’ kata Eunice Tan, Group Commercial Director for Singapore dan Malaysia, Johnson & Johnson dalam ucapannya semasa grand finale tersebut.


Semenjak pertandingan ini diumumkan pada May 2012, banyak penyertaan di terima di Clean & Clear® FB fanpage seramai 60 kawan baik telah disenaraipendek untuk di ujibakat dan 20 daripadanya dipilih untuk menyertai beauty boot camp. Akhirnya 10 pasangan dipilih untuk ke pusingan akhir yang di adakan di The Actor’s Studio @Rooftop, Lot 10.




5 pasangan pemenang hadiah saguhati juga telah dianugerahkan dengan Gelang Pandora Charm BFF setiap dan Clean & Clear ® produk yang bernilai lebih daripada RM60.


Pemenang Top Best Friends Clean & Clear® jatuh kepada  Sara Amelia Bernard and Shana Kirren Kaur from Ipoh, keduanya berumur 19 tahun dan menjadi kawan baik sejak di sekolah rendah lagi.



Top Best Friends bagi tahun 2012 bukan sahaja akan menjadi cover bagi Clean & Clear®, mereka juga membawa pulang RM5, 000  wang tunai, Pandora BFF Charm bracelet dan bekalan produk Clean & Clear® untuk setahun bagi setiap orang. Pemenang kategori personaliti memenangi RM1, 000 tunai, Pandora BFF Charm bracelet  dan bagi setiap orang, bekalan produk ® Clean & Clear untuk setahun.


Thanks to Clean & Clear® coz sudi menjemput aku as guest. Memang seronok bila tengok anak-anak yang comel ni bergaya kan. Dalam hati terfikir gak, kenapalah masa zaman aku dulu tak de menda2 cam nie ek




Friday, July 20, 2012

Nuffnang Blogopolis 2012 Sememangnya Hidup Untuk Memberi

Hi Korang,

Memang lambat betul aku tulis pasal ni lah, cam ne nak jadi blogger of the year ni kan hakhakhakahk


Dah seminggu berlalu kisah mengenai Nuffnang Blogopolis 2012 ni yang conferencenya berlangsung di Concorde Hotel KL dan aku sendiri tak percaya yang aku boleh join get together sharing event seperti ni.

I dengan Sharidawati dan Cik Epal

I dengan Vivy Yusof dan Sharidawati

I dengan Xia xue dan Audrey fourfeetnine

Simon dan Diese

Rasanya RM180.00 seorang memang agak berbaloi bagi aku yang sering ketandusan ilmu dalam berblogging ni. Pelbagai ilmu yang dipelajari seperti finding blog post idea, top post types, social media sharing, keywords, blog design 101, build your brand, photography 101, finding your niche, sponsored post, future in blogging industry dan bermacam lagi yang terlalu panjang untuk aku tuliskan. 







Para speaker yang sangat hebat seperti kennysia, maria elena, sue anna joe, vivy yusof, ernest ng, carlos nizam, beautiful nara, firdy, eric cruz, lionel, ky speak, kenwooi dan ramai lain menceritakan pengalaman mereka berblogging tanpa rasa kedekut ilmu langsung. Semuanya secara santai dan rileks je.


Yang penting dalam berblogging ni ialah 'Be Yourself' tak yahlah nak tiru identiti blogger lain ye. Yang kat atas tuh dah ciptakan kita ini menjadi seseorang yang unik tau cuma kita kena kenalpasti dan explore apa yang keunikkan kita tu ye.



Hasil daripada conference selama satu hari ni, aku dapat salin note yang diorg ini kongsikan lebih daripada 15 mukasurat ye. Jangan tak caya, dah rasa cam student masa study dulu lah. 


Insyallah akan aku kongsikan segala ilmu yang aku dapat ni kat korang bila ada free ye. Maybe bulan puasa nanti, tak banyak event boleh jugak aku tulis mengenai tips blogging kan. So aku pinjam tagline denaihati.com iaitu hidup untuk memberi. 


Sememangnya good event walaupun ade kekurangan sana sini but i really enjoy it!

Hopefully kalau tahun depan ada lagi, harus aku join sekali lagi ye.

Siapa sokong kalau notes tu aku tulis kat blog sejemput aku nie ek, sila komen ye..