Thursday, July 12, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Strudels Café Mid Valley


Hi Korang,

Kalau bab makan ni, meh serah kat aku. Walaupun aku ni bukanlah kategori FOOD BLOGGER macam mamat ni but kalau pasal makan bila-bila pun aku boleh pi makan. Tengoklah saiz dulu dan sekarang kan. Dah boleh buat testimonial cam ne nak besarkan perut kahkahkahakhak


Terima kasih kat IVY KAM from FOOD yang sudi mengajak aku pi memakan lagi. Kali nie ktorg dapat invitation dari STRUDELS Café di Mid Valley.


Ramai yang tau Strudels Café hanya menjual pastri dan kek sahaja tapi sebenarnya diorg ni boleh buat food untuk catering jugak tak kiralah apa jua majlis. So sempena bulan ramadhan yang lagi 10 hari je nak sampai  nie, pihak Strudels Café akan mengadakan Strudels Ramadhan Promotion.

Di antara menu makanan yang di hidangkan adalah

Nasi minyak with daging hitam masak utara and acar jelatah.

Nasi briyani and ayam kurma with dalca

Nasi tomato with ayam masak merah and acar jelatah.

Nyonya laksa

Apa macam, lazatkan? Sangat menjamu makan sungguh. Aku masak pi food review hari tuh makan memang tak berhenti sebab aku kan suka nasi minyak dan biryani ni. Harus lah aku bedal sesungguhnya. Mr Big cam tak sanggup pandang perangai tak senonoh wife dia ni kan hakhakhak

Teh tarik dan Sirap Bandung
Memang jadi favourite time buka puasa kan

Jelly Nata De Coco
Pencuci mulut sedap gak nie

Apple Strudel
Signature dish diorg kat sini. Sedap ooo tak berape manis sangat lah.

Right now, Strudels tengah duk promo system voucher untuk Strudels Ramadhan Promotion ni secara online Facebook Fanpage.

Cam ni caranya:

Strudels Ramadhan Promotion

1. Ramadhan Set Promo Special for RM19.90, Walk-in price RM25.90.

For main meal, you can choose either: 

a. Nasi minyak with daging hitam masak utara and acar jelatah.
b. Nasi briyani and ayam kurma with dalca (new)
c. Nasi tomato with ayam masak merah and acar jelatah.
d. Nyonya laksa


All main meals comes with kurma, sky juice, jelly with nata de coco and mini strudels.

2. Promotion period is from 7 July to 18 July 2012.
3. Redemption period start 21 July 2012 (on the first day of Puasa).
4. Bookings must be made between 18 July to 18 Aug 2012.
5. Min. 3 days prior booking required. Bookings subject to availability.
6. Rescheduling must be made at least 2 days prior to original booking.
7. Space is limited to 30 pax per night.
8. Dine-in and take away is allowed with earlier notice in advance.
9. Halal restaurant.
10. No government tax is included.

How to purchase:

1. Just click like and share our facebook promo.
2. Purchase method: online payment / bank-in only.
3. Transaction receipt as proof of payment and to be emailed to sales@strudels.com.my
4. Contact Strudels sales representative to double confirm (Norlida 016-339 8750).
5. Receipt of payment received will be emailed to you. 

Company Name: Ideal Mediterranean Sdn Bhd
Bank: CIMB Bank
Account No: 1232-000327-8057


Hah cam tu je, tapi kalau korang tak sempat nak book online just walk in je lah. First come first served lah sebab Strudels Café ni amat comey nau kat Mid Valley.


Many thanks to Ms Fatin from Strudels Café yang sudi melayan kerenah ktorg bloggers ni ye.


LISTERINE ® Natural Green Tea Bersama Dalam Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati.

Hi Korang,


Selain dari berus gigi tiap-tiap hari, korang ada kumur2 tak sket dengan Listerine? Aku ade tapi aku malas nak guna sebab rasa cam pedas  je, sangat mencucuk-cucuk lah. Itu yang jadi gigi aku pelbagai bentuk kan khakhakahka tipulah mane ade gigi memacam bentuk.


Mengapa pentingnya berkumur dengan Listerine ni?

Sebenarnya memberus gigi sahaja tidak memadai. Kajian terbaru menunjukkan 90% rakyat Malaysia masih menghadapi kerosakan gigi walaupun mereka memberus gigi dengan baik dalam rutin harian mereka. Ini adalah kerana terdapat tempat-tempat yang tidak boleh dicapai untuk dibersihkan hanya dengan memberus gigi.

Ingat tu tau!


Nasib baik lah Listerine yang femes dengan air kumur2 ni dah perkenalkan perisa terbaru ladi lembut dan segar iaitu LISTERINE Natural Green Tea yang menggabungkan kuasa membersersih secara mendalam dengan kebaikan semulajadi the hijau.  LISTERINENatural Green Tea yang serba baru ini dirumuskan untuk membantu menguatkan enamel gigi yang lemah di samping membentuk salutan perlindungan untuk menjadikan gigi tahan kerosakan.



Dr Arunee Laiteerapong, Pengarah Bersekutu Kajian Global Johnson & Johnson,Pembangunan dan Kejuruteraan untuk Rantau Asia Pasifik turut hadir di majlis perlancaran LISTERINE Natural Green Tea  bagi menerangkan aspek saintifik produk tersebut.


Kelebihan LISTERINE Natural Green Tea  ialah rahsia keajaiban teh  hijau ini terletak pada bahan antioksidan yang bergelar katekin yang berkesan dalam merencatkan aktiviti bakteria terutamanya bakteria yang menyebabkan kerosakan gigi. Bakteria ini merupakan penyebab yang menghasilkan asid yang menghancurkan tisu gigi dan akibatnya dikenali sebagai karies.


Sempena pelancaran LISTERINE Natural Green Tea  ini pihak Johnson dan Johnson akan memulakan kempen amal  bersama-sama pelakon Irma Hasmie, model dan pelakon Fizo Omar serta pengacara TV dan guru agama Ustazah Amie Sofia untuk rakyat Malaysia senyum bagi kebaikan rumah anak-anak yatim Asrama Damai, sebuah rumah anak yatim yang terletak di Kuang, Selangor.


Secara spesifiknya dengan setiap cubaan atau berkumur dengan LISTERINE Natural Green Tea  baru di kaunter percubaan di hypermarket yang terpilih pada Julai ini, Listerine akan menyumbangkan RM1 kepada rumah anak yatim tersebut yang setakat ini menjaga 51 orang kanak-kanak berumur 4 hingga 17 tahun.

Dengan setiap pembelian botol 250ml atau lebih LISTERINE Natural Green Tea, Listerine akan menyumbangkan sebanyak RM2 kepada rumah anak yatim tersebut. Dapat pahala kan!kan!kan!


‘Kempen Semurni Senyuman, Seikhlas Hati’ merupakan contoh di mana amalan sedekah dilakukan melalui senyuman ikhlas, kata Ustazah Amie Sofia.



Irma Hasmie dan Fizo Omar turut menunjukkan sokongan bagi kempen senyuman ini kerana mereka sememangnya ingin membantu anak-anak yatim Malaysia.


Listerine membasmi 99.9% bakteria oral yang menyebabkan nafas berbau, plak dan gingivitis dengan Listerine yang serba baru dengan the hijau, say good bye to those bakteria ye.


Cecair Listerine Natural Green Tea ni boleh di dapati di seluruh kedai-kedai di Malaysia ini dengan harga RM4.90 (80ml), RM9.90 (250ml) dan RM22.90 (750ml). Tak de lah mahal pun kan, sesuai untuk kegunaan sessi keluarga.


CLP Notes : Best jugak pakai time bulan puasa nanti, harum je mulut kann tapi jangan sampai tertelan dah lah ye


Wednesday, July 11, 2012

GO FORTH | This Is A Pair Of LEVI'S

Hi Korang,





Sekali lagi Levis dalam GO FORTH, memperkenalkan kempen yang kedua bertajuk ‘This Is a Pair of Levis’ dengan pertunjukan fesyen hasil dari Fall/Winter 2012 Collection. 


Kempen ini diilhamkan dari ritual of ‘getting dressed’






Sehingga ke hari ini, produk ® Levi’s masih pilihan pertama pencinta fesyen masa kini, artis, pemuzik, usahawan dan aktivis yang bekerja untuk merealisasikan mereka sendiri, visi masa depan yang unik. Apa yang mereka pilih untuk di makai setiap hari adalah satu paparan bagaimana mereka mahu untuk menjalankan diri mereka sendiri dan cita-cita mereka ke hadapan.



Koleksi Levi Fall / Winter 2012 ini berdasarkan rupa yang lebih halus dan disesuaikan, bagi kedua-dua lelaki dan wanita. Designnya di ilhamkan berdasarkan idea dari hasil pertukangan, kejujuran dan keunikan yang tersendiri.









Bagi musim Luruh dan sejuk ini, Levis menampilkan 4 jenis Levis Taper untuk lelaki, 511 Slim Taper, 520 Extreme Taper, 508 Regular Taper dan 562 Loose Taper. 511 Slim Taper - Slim fit, available color hitam, polished gray dan dark blue. Diperbuat dari cotton. Antara seluar 511 Slim Taper.




520 Extreme Taper - Oversized, more relaxed at the seat.


508 Regular Taper -Slim fit from waist to thigh, skinny leg.


562 Loose Taper - Looser and higher rise

Bagi Tapered Jeans, boleH di dapati dari harga RM189 ke RM399 di seluruH Levis boutique di seluruh negara.


Bagi wanita pula, Levis menampilkan Bootcut terbaru. Antaranya Bootcut Skinny, Classic Bootcut, Mini Boot Legging dan Skinny Low Twist Boot. Koleksi ini boleh di dapati dari harga RM229 di seluruh negara.


Classic Boot Cut

Darted Bootcut Skinny

Low Memento Boot

Mini Boot Legging

Modern Bootcut

Modern Bootcut Skinny

Skinny Low Twist Boot



Rasanya semua tak muat dengan aku kot. Maklumlah bumper vogue gituh. Tapi aku rekomen kat korang yanG slim melim ni cuba  koleksi Levis yanG terbaru ni ek



Ktorg bloGGers nie memanG kaki bergambar kan. Habis semua tempat nak bergambar sakan. Even dengan model pun nak jugak lah wei.

Kira kalau dapat pakai tu rasa cam best jelah kan.