Tuesday, July 10, 2012

Romantic Weekend Di Awana Porto Malai Resort, Langkawi (DAY 1)


Hi Korang,

Rasanya ramai yang tau aku dapat percutian romantik dari Awana Porto Malai Resort, Langkawi yang ditaja sepenuhnya dari Awana Hotel and Resorts. Thanks to Nuffnang for this great opportunity. 


Bukan aku berdua je lah ada 2 lagi couple bloggers yang join holiday ni dan juga 2 orang dari Media Agency, Ms Pei Yee dan Ms Iris.


Alah tak lama pun 3 hari 2 malam tapi semuanya disponsor ye. Jangan jelesss

Day 1


Ktorg bertolak dari LCCT Jumaat pagi. Ingatkan flight kosong sebab time kerja waktu tu, rupanya full house. Agak bising jugak dalam flight nasib baik 1 jam gitu kan yang best tu breakfast pun diberikan jugak. 



Sedap nasi lemak Pak Naseer ye. Nak hilangkan rasa boring, ktorg snap segala gambar awan di luar sana kan. Memang cantik bangat!




Sesampai je ktorg di sambut oleh porter dari Awana Porto Malai Resort terus je ktorg di bawa ke hotel. Dekat je lebih kurang 20 minit dari airport ke resort. Sampai di hotel lobby, ktorg di sambut oleh Ms Suzie Lim (aku kenal dari Awana Kijal lagi) dan Mr Simon selaku GM di Awana Porto Malai Resort ni. 




Sementara menunggu bilik siap, dapat wet towel dan welcome drinks gituh sampai menghirup udara laut segar ni.





Once dapat kunci bilik ke terus ke bilik untuk fresh up ourself before next itinerary. Masuk je bilik. Alamak terus tergoda dibuatnya. Premiere Sea View Room (RM480++ per night) dengan king bed dan facing the sea. 



Memang cantik tau. Ktorg siap dapat a bouquet of roses lagi dengan fruit basket. Honeymoon lah kata kan.  Siap bercamwhore bagai dalam bilik terus je turun bawah untuk lunch coz perut dan berkeroncong bagai kan.


First itinerary tempat yang ktorg nak pi tu Buffalo Park dan Cheese Making di Kg Nyior Cabang. Bila sampai je tempat tu, senyap je rupanya diorg tutup pada hari Jumaat kan. So melepaslah nak pi tengok kerbau dan orang buat cheese. Ktorg sempat bergambo dan makan ais krim dari susu kerbau jelah, sedap gak rasanya.


Sementara nak tunggu next itinerary, ktorg di bawa ke Underwater World. Alah sesaje cuci-cuci mata kat kedai duty free kan. Sempat jugak shopping sket je. Diorg ni bantai beli coklat je sebab murah nak makan time tu gak.








So petang tu, kitaorg berpeluang tengok sunset di Langkawi ni dengan Tropical Charter Cruise. Naik cruise tu sambil tengok sunset, sambil berjakuzi, mandi laut, sambil berBBQ. First time merasa semua ni. Kira cam jakun sket lah kan.





Memang mendamaikan je dapat tengok matahari terbenam kan, lebih2 lagi dengan the love one. Haruslah romantik sangat kan. Makan-makan,mingle around with others, floor dance pun ada. Best lah.




Ktorg sampai ke darat balik dalam kul 8.30malam cam tu. Balik ke bilik dan rehat2 je coz penat sangat. Lepak tengok laut waktu malam pun best jugak ooo dari balkoni. Rasa baHaGia sangat.

Ok itu je untuk hari pertama, nanti sambung episod seterusnya ek..

Sesangat seronok wokeh!




Monday, July 9, 2012

Buffet Ramadhan 2012 @ Songket Restaurant, KL


Hi Korang,

Bila dah nak dekat puasa ni, memacam pakej buka puasa di sediakan di seluruh hotel di Malaysia ni termasuk restoran melayu, cafe even kedai makan biasa2 pun turut sediakan pakej buka puasa ni.


Aku dapat jemputan ke buffet ramadhan review di Songket Restaurant. Memang tak sangka di tengah2 KL ni lagi restoran  sebegini yang menghidangkan masakan melayu tradisional yang enak dan sedap plak tuh.

Ini bukan tokey restoran ye


So untuk buffet ramadhan tahun ini, Songket restaurant menawarkan pelbagai hidangan masakan melayu dari merata negeri di Malaysia.

Korang layan mata jap ek dengan gegambo ni






















Itu baru gambo, meh tengok apa yang kitaorang suka makan plak

Sibuk gak nak bakar kambinG kan

Cuba bubur pulut hitam sket

Peminat no. 1 bubur lambuk

Syok kan. Ada lagi yang lebih syok. Restoran Songket ni juga mempersembahkan pertunjukan Tarian Kebudayaan ‘Cultural Show’ bagi para pelanggan yang makan di sini. 





Pelbagai jenis tarian dari beberapa suku kaum dan bangsa di Malaysia ni, macam tarian zapin, tarian baghra, tarian iban dan memacam lah. Kita juga boleh menari sekali dengan para penari ni di akhir show, best kan.


Harga bagi Ramadhan buffet adalah RM68++ dewasa dan RM34++ bagi kanak-kanak yang berumur dari 3-11 tahun dan ianya akan bermula dari 6.00pm – 11.00pm 23rd Julai to 17th Ogos 2012.


Untuk info lanjut atau untuk tempahan, 
  
Songket Restaurant
29, Jalan Yap Kwan Seng,
50450 Kuala Lumpur




Opening Hours:
Mon - Fri: 12pm - 3pm, 6pm - 11pm
Sat, Sun and public holiday: 5pm - 11pm


Korang,
kalau ade suGGestion / komplen dengan gegambo yang aku amik bagitau ek, senget ke, blur ke cakap tau. Dalam process nak improve nie