Friday, June 29, 2012

Berehat Seketika Di Langkawi

Hi Korang,


ktorg selamat sampai ke Langkawi ni pagi tadi dengan Air Asia.

Now tengah berehat-rehat di Honeymoon Suite di Awana Porto Malai Hotel



Petang tadi dapat join sunset cruise yang
awesome sekali


Semuanya di taja... hehehe

Ok nanti citer lagi

posted from Bloggeroid

Blogger Pun Kena Pi Zoo Gak

Hi Korang,

Dah nama pun blogger memacam event yang kena cover. Tak kira tempat tak kira waktu. Even dalam hujan pun keje mesti kena jalan jugak.




Tengok lah sampai dalam Zoo pun kena buat coverage jugak. Mana tak ramai sakit hati dengan geng bloggers ni.

Yelah ktorg keje suka-suka, boleh tulis macam2 yang di sukai kekadang tu boleh dapat duit lagi kan.

Itulah untungnya menjadi blogger kan.

Korang, agree tak? heheheheh

Salam Jumaat ye korang...

p/s : blog akan bercuti untuk 3 hari but maybe akan ada live update kemana ktorg kena pi buat keje kan.




Thursday, June 28, 2012

Pasar Ikan Bakar @ Awana Genting Highlands


Hi Korang,

Teringat aku citer pasal Pasar Ikan Bakar ni kan. Rasanya belum citer kat korang lagi ni. 


Ye memang ada Pasar Ikan Bakar ni bukan pasar biasa tapi satu restoran terletak di dalam kawasan Awana Genting Highlands ni.




Berkonsepkan Seafood Barbeque Buffet ko. Haruslah sedap kan. Ada pelbagai jenis ikan, sotong, udang, daging lembu, kambing ayam dan memacam lagi lah. Oit memang nampak fresh je daging2 nie semua.







Eh, ada jugak makanan lain seperti salad, kerabu, nasi lemak, lauk-pauk, kuih muih, desert memacam kaler dan air pun sedap gak lah. Aku siap tapau balik teh tarik, memang kaw teh tariknya.


Restoran nih katanya menerima tempahan lebih kurang 40 orang kira kalau korang datang setakat 3-4 orang tu memang takkan merasa  laa makan kat sini ye! Yang penting kene buat tempahan dulu, kalau walk in memang tak dapat jek!






Seating arrangementnya memang unik. Macam makan kat restaurant jepun. Meja rendah dan kene duduk bersila. Tapi yang aku suka tuh alas tempat ktorg duduk tu boleh bersandar,so maknanya sambil makan sambil baring2 gitu hehehehhehe mane tak gemuk kan


Pasar Ikan Bakar
Awana Genting Long House
Awana Genting Highlands Golf and Country Club
03-6101 3015 ext: 53020/7605 (9:00am - 5:00pm)

Aku kalau ade duit lebih sket memang aku nak ajak korang makan kat sini, memang sedap dan memuaskan hati sungguh.

Korang, jom pi makan kat sini nak tak?....