Saturday, June 23, 2012

Tak Sangka Dapat Lagi

Hi Korang,

Memang tak sangka aku boleh dapat buat review gadget lagi. 

Sepatutnya semalam aku pi office Nuffnang untuk amik printer untuk direview dan tiket London Musical tup-tup diorg suruh sign satu surat plak. Aku tak baca pun, pakai sign je sambil borak-borak dengan diorg ni. Bila nak balik je, ada plak satu kotak kecil atas printer tuh lah tengok2 menda ni plak.


Hak ko memang tak sangka, dapat jugak review Samsung Digital Camera WB150F ni. Terperanjat dibuatnya, nak gelak pun ada. ehehheheh

Ni pun belum try lagi still duk godek2 function, maklum lah camera ni function dia macam DSLR ooo tu yang pening2 sket tuh.

Ok nanti aku citer sket demi sket pasal camera ni ek. Kalau korang nak tau apa-apa pasal camera ni, bagitau ek aku akan cuba settle kan.

Seriussss still cam tak caya lagi ni

CLP notes : Nak jadi blogger mestilh rajin dan sabar kan, so baru lah sentiasa murah rezeki. Ingat tu korang ye




Friday, June 22, 2012

Makan Ala French @ Levain Boulangerie And Patisserie

Hi Korang,

Masa aku nak pulangkan Samsung SIII yang aku dapat buat review harituh kat blogger Yuki, ktorg dating kat Levain Boulangerie and Patisserie ni. Mulanya janji tempat lain tapi jumpa tempat lain.  


Teragak-agak jugak aku nak mencari tempat ni dan bila dah jumpa la rupanya dekat je kat jalan Tun Razak ni cuma dia terlindung sket di belakang Wisma Technip tuh.


First impression masa masuk ke café ni ermm macam kat French. Decoration memang totally ala French dari segi table arrangement, view, food counter dan memacam lagi lah.  Kat sini korang boleh having breakfast, lunch, hi tea dan dinner sekali coz semua menu ada anytime korang datang kan.


Yang best tu, diorg ni menjual segala jenis roti, kek, coklat, pastries, macarons yang di buat sendiri. Memang betul-betul homemade lah kan.

Chocolate PuddinG

Fresh bread

Macarons berwarna warni

CHocolatessssss

Mix Fruit Parfait

Pastries

Roti laGi

Salad segar yang yum yum yum

Borak-borak kejap pasal SIII dan a few women things dan the rest tuh aku duk bantai ambik gambar je sebab cam suka sangat café ni.

Anyway tak sempat nak breakfast pun sebenar coz dah lambat masuk office so aku tapau segala jenis roti, kek, macarons, sandwich, salad yang aku minat. Teruk kan, napsu membuak betul bila tengok segala yang indah dan nampak sedap untuk di makan.

Kalau korang tengok penuh meja pantry aku dengan makanan dari Levain ni tapi tak sempat nak amik coz semua aku melantak tak henggat kan.

Hah korang suka lah tu tengok menda makan yang sedap kan, meh check it out kat sini ek



Levain Boulangerie and Patisserie @ Off Jalan Imbi, Kuala Lumpur

No. 7, Jalan Delima,
55100 Kuala Lumpur, 
Malaysia
Tel No.: 603-21426611
Business Hour: 7.30am-9pm

Itu lah dapat jamu mata je dulu, nanti bila weekend ada free time rasanya baru aku leh heret Mr Big ke sini. Dia memang suka makan roti-roti yang pelik tapi sedap ni.



Treasure Hunt Di Awana Genting Highlands

Hi Korang,

Aku memang suka tulis citer2 yang dah backdated ni sebab ape? Sebab sekarang ni baru aku ada masa sket. Banyak event yang aku tolak sebab sibuk dengan project baru kat opis ni kan. So baru ada free time untuk tulis semua citer2 ni.


Hah, untuk korang refresh balik citer outing aku ke Awana Genting Highlands ni meh baca kat sini tau.


So pas makan lunch tuh, ktorg siap-siap untuk acara Treasure Hunt. Dah nama pun treasure hunt of course kena cari harta karun kan. So haruslah kena berlari sana sini, panjat atas bawah dah memacam lagi kan.



Tapi sebelum tu, ktorg di bahagikan into 3 group dan ktorg kena lah exercise sket kann, kang terjem plak kaki so sapa nak jawab kan. Group aku no. 3 ada Mira, Hanis, Tony, Darren dan Lin. Aduiyai aku sorang je yang gemuk ni, cam ne aku nak lari nanti aduh sudah harus kalah dibuatnya.


Ktorg kena settle kan Sudoku, find words, susun triangle, memanah, main squash, rock climbing , panjat bukit, bergambo, cari barang dan memacam lagi lah. Semuanya yang aku jarang buat kan, so sebab tu kot aku gemuk kot. Semput-semput tak boleh nak cakap belum kira kene bawak botol air lagi. Kacau dibuatnya






Ada pelbagai station ktorg kena struggle tapi yang aku paling penat sekali ialah dari station lepas ktorg buat entangled tangram tu lah. Ktorg kena berlari panjat bukit ke last station iaitu abseiling point. Hah ko rasa nak tercabut jantung dibuatnya. Itu belum kira peluh menitik-nitik lagi kan. Tapi group aku best, diorg bagi semangat kat aku supaya jangan give up kan.


Berjaya jugak aku dan team aku sampai ke last point tu abseiling point. Kat sini ktorg kena panjat tangga bukit untuk naik ke atas untuk buat abseiling turun. Dahlah first time cuba kan, terdebar-debar dibuatnya. Masa few steps takut gak but then lepas tu laju je turun kan.  Best ooo.




Kira cam berbaloi jugak lah penat lelah aku kan sebab team ktorg menang untuk acara Treasure Hunt ni. Memang bangga lah. Walaupun susah cam ne pun ktorg harungi jugak lah kan.




Sebagai ganjarannya, ktorg balik naik buggy car so tak payah penat lelah jalan kaki balik kan. Ermm bestnya, sampai depan lobby hotel rasa nak angkat kaki melangkah bukan main berat lagi, terus je aku cam heret kaki aku naik ke bilik.


Hah, itu baru citer pasal treasure hunt belum lagi citer pasal jungle trekking. Nanti aku citer ek. Rasanya experience terbaik dalam hidup aku selama ni.




Kalau sesiapa yang interested nak buat team building kat Awana Genting Highlands ni, bagitau I ye.. nanti I boleh tolong adjust dengan my contact tau.

CLP notes : Kalau suruh lagi, tentu aku akan fikir 2-3 kali lah.. 


Cilok pictures dari Penmerah.com, Nuffnang.com.my