Friday, June 1, 2012

Rumah Lebih Bersih Dengan Flexi Slim, NaviBot-Silencio Dan Aquatic Vacuum Cleaner


Hi Korang,

Wanita-wanita yang bertitle ‘ISTERI’ macam aku ni, salah satu tanggungjawab dalam rumahtangga ialah menjaga kebersihan rumah. Kalau rumah berabuk, kotor korang rasa ada tak orang nak masuk kan. Bukan setakat masuk ntah2 lalu pun tak hinggin kan.


Betul tak apa aku cakap, mestilah betul kan. Macam rumah aku ni, dah lah tinggi melangit, depan tu plak ada construction so haruslah berhabuk sepanjang masa kan. Memang kalau aku pepagi dah sapu dan mop lantai, cabinet bagai kan tup-tup petang dah berhabuk balik. Itu yang aku sakit nau hati di buatnya.


So Mr Big malas nak dengar aku membebel pasal habuk2 ni, dia dengan rasa rajinnya vacuum rumah setiap hujung minggu. Ye aku tak tipu. Dia memang tolong aku buat keje ni. Sebab dia rasa vacuum tu very effective daripada penyapu dan mop untuk hilangkan habuk. Habis semua celah sofa, kerusi meja makan, langsir dia sedut lah kan.

Biasalah vacuum pun dapat free kan so selalulah meragam. Beg buang habuk tu koyak lah, mesin jadi panas, berat nak tarikla pendek kata memacam lah. Tapi sabar jelah coz tak de masa nak survey vacuum baru kan.


So baru2 ni ktorg berdua dijemput ke Samsung Smarter Cleaning Solutions kat Micasa Hotel, KL. Macam tetahu je aku tengok survey vacuum kan. So haruslah pegi coz Mr Big yang excited pasal gadget ni sebab dia yang nanti buat keje2 vacuum ni nanti


Ktorg di perkenalkan dengan 3 jenis vacuum dalam Family Gadget Family ni. FlexiSlim, NaviBot-Silencio Robotic dan Aquatic. Sekali imbas pandang macam hiasan rumah je tapi rupanya vacuum cleaner.

Meh aku citer satu per satu kan korang ek


FlexiSlim (RRP : RM599)
Kalau tengok memang nampak macam speaker je. Kurus dan tinggi. Slim design yang pengguna simpan kat memana je. Dia gunakan sistem twin chamber yang dapat mengumpulkan debu dan habuk dengan lebih baik dan aliran udara yang di reka secara cyclonic akan memisahkan udara dan habuk secara mendadak.


Vacuum cleaner ‘FlexiSlim’ ini juga menawarkan pengguna kefleksibilitian  untuk membersihkan mana-mana sudut rumah dengan adanya vacuum unik yang kecil sedikit yang boleh ditanggalkan dari bahagian yang tersembunyi di kerangka badan vacuum. FlexiSlim ni is rechargeable dan ianya lebih dua kali lebih panjang masa berjalan daripada stick vacuum cleaner yang konvesional.


NaviBot – Silencio (RRP : RM2,499)
Ianya merupakan robotic vacuum cleaner. Dua CPU chip kawalan telah di pasangkan di bahagian badan NaviBot ni supaya ianya dapat mengawal pergerakan secara bijak. Maknanya ia akan bergerak dengan sendiri mengikut setting yang telah kita setkan. Yang best ia boleh kemana sahaja disebabkan saiznya yang kecil dan mampu ke merata sudut yang diseluruh rumah yang ada binatang peliharaan macam kucing ke anjing ke hamster ke sugar glider ke kan.


Eventho batterinya abis dengan tetiba then recharge. After recharge, NaviBot akan sambung balik kat mana yang dia stop tadi coz dia ada memory baik punya yang tersimpan kat CPU chips tu kan. Walaupun ianya robot tapi dia bekerja secara senyap langsung tak bising tau


Aquatic (RRP : RM1,499)
Kalau tengok gambar nampak cam biasa je but functionnya ermm terbaik. Sebab apa di panggil aqua? Sebab vacuum ni gunakan air sebagai one of the filter. Nak bersihkan pun senang sebab segala habuk akan jatuh ke dalam air so just cuci bahagian filter yang berair tu dan keringkan. 


Senang kan.  Korang leh nampak segala kotoran degil tuh dalam filter air tuh.


Hah ko sekali 3 type diorg demo kat ktorg ni. Tercengang-cengang jugak nak pilih yang mana satu. Semuanya best2. Tapi Mr Big lebih minat kat NaviBot tu coz senang je. Tekan remote dan terus jalan kan. Aku prefer yang Aquatic ni sebab boleh nampak segala kotoran yang di vacuum kan. Tengoklah cam ne nanti yang mana satu ktorg pilih kan.

Alah korang kalau minat or nak tau lebih lanjut boleh klik kat www.samsung.com/myRasanya ada banyak lagi home appliance yang diorg ada kan.

Thursday, May 31, 2012

Lunch @ Thai Up! Restaurant Mines Shopping Fair


Hi Korang,

Aku ni jarang tengahari pekena makanan thai kan. Selalunya nasi campur yang aku sebat dulu coz pelbagai choice dan murah plak tuh. Di sebabkan hari tuh aku nak pi beli micro simcard untk Samsung SIII aku ni kan, so singgahlah makan kat restoran Thai Up! kat new wings dalam Mines Shopping Centre ni.



Ala makan pun simple-simple je coz nak kejar masa kan. So ktorg makan


Glass noodles Tomyam
Mee soo hoon tu dimasak sekali dengan tomyam ni. Kuahnya sedap tak lebih dan tak kurang limaunya. Tak delah banyak sangat bawang dan serai kan


Thai Fried Rice
Alah macam makan nasi goreng tomyam. Tengok gak kecik but nasi goring punya portion banyak oo. Ayam gorengnya ranggup. Sausage tu aku makan sket je.


Fried Squid With Curry Leaves
Ini sedap sebab selain dari sotong korang leh makan, daun karinya pun crunchy jugak, kunyah cam keropok je.


Jasmine Tea
Haruslah rasa bunga jasmine tak kan rasa bunga ros plak. Aku mintak yang sejuk

Okla sesuai dengan tekak aku. Tak pedas sangat pun. Sesedap rasa. Service pun cepat. Kedai pun bersih. Nyaman je mata memandanglah.

Nak pergi ke sini


Thai Up Restaurant
3th Floor, New Wings (sebelah bread story bakery)
Mines Shopping Fair, Seri Kembangan

HarGa tak de lah maHal mana pun. Ok ok je. Sesuai denGan apa yanG di tawarkan

Jom koranG sinGGaH ke sini ek




REVIEW : Samsung Galaxy SIII Boleh Rekod Lagu Dan Borak Dengan Aplikasi S


Hi Korang,

Samsung lagi pasal Samsung Galaxy SIII ni. Ada satu function baru lagi yang aku baru discover. Ye betul, semalam aku baru tau ek setelah hampir godek2  2-3 hari lepas kan.


Aku saje nak dengar radio thru FM Radio function dia. Memang best sound system dia sesuailah dengan saiz smartphone ni jugak kan. Searchlah station radio yang aku minat. Semua aku letak.


Tup-tup tertekan satu button merah kat sebelah kira atas ni. Sekali keluar macam recording punya button. So selamba je lah aku tekan record.  Hah ko memang boleh record pun.


Jadi segala jenis lagu yang korang rasa suka nak dengar kat radio tuh, ce cepat tekan button record ye. Bila dengar balik apa yang di record ermm sama sebijik lah.


Ini yang tambahkan lagi mood aku nak beli Samsung Galaxy SIII ni kan. Apa yang aku nak guna semua ada dalam ni.

REVIEW : Samsung Galaxy SIII, Applikasi Unik Bermula Dengan S

Ada satu lagi yang aku rasa unik mengenai gadget terbaru dari Samsung ni iaitu aplikasinya yang bermula dengan huruf S. Ye S, of courselah S for Samsung or Smart kan.

Ada 4 aplikasi iaitu S Memo, S Planner, S Suggest dan S Voice


S Memo
Membolehkan kita membuat menulis memo dengan menggunakan tangan (handwriting). Selain dari pada menulis boleh jugak melukis, mewarna dan memacam lagi lah


S Planner
Yang ni semua orang tau kot, ianya seakan diary harian. Boleh masukkan segala info macam meeting kul berapa kat mana, dating dengan sapa, ada event apa, gathering date ikut suka korang lah nak tulis apa kan.


S Suggest
Kat sini  S suggest ni menyarankan kita aplikasi mana yang best, seronok, berinformasi untuk kita download. Ikut kategori yang korang suka then download. Macam aku, aku dah download game Fruit Ninja dan Talking Tom. Alah sesuka je.


S Voice
Aps ni membolehkan kita bercakap dengan Galaxy SIII ni. Boleh tanya dia apa je pasal smartphone ni or ikut suka korang yang relevan lah kan. Mesti dalam precise English ye not manglish or singlish or english rojak kan. Haruslah dia tak boleh nak jawab.

Ini yang tambahkan lagi mood aku nak beli Samsung Galaxy SIII ni kan. Apa yang aku nak guna semua ada dalam ni.

Ok ada last part laGi so stay tune