Tuesday, May 29, 2012

Mari Cuci Kasi Bersih

Hi Korang,

Petang semalam balik terawal plak maklumlah cuti sekolah kan. Jalan pun clear. Tengok plak kereta dah berkeladak kan. Apa lagi terus je singgah ke car wash dekat umah aku ni.

Matahari pun panas cantik dan orang pun tak ramai. So tak de lah nak menunggu lama sangat kan.

Memula


Haruslah kena basahkan dulu, cuci keladak tanah yang melekat kat tayar tuh. Habuk2 pun kena sapu jugak


Letak sabun. Main-main buih sket



Kemudian gosok lah. Sental kotoran degil tuh kan



Hah baru cuci sepenuhnya. Atas bawah depan belakang kan.


Jemurlah kat tengah panas tu sambil vacum, lap cermin, polish tayar apa yang patutlah kan.

Tup-tup budak tu panggil

Akak, kereta sudah siap! RM10 je.

Apalagi bayar dengan hati yang berbunga sebab kereta dah bersih dan cantik. So tak de lah malu untuk di bawa berjalan kan


Ini entry suka-suki je, untuk HilanGkan bosan masa tunGGu kereta kene basuH.





Monday, May 28, 2012

Bridal Fair At Zebra Square


Hi Korang,

Ntah cam ne aku boleh terlupa nak citer pasal Bridal Fair yang aku sempat pergi baru-baru ni. Kira first time aku pi event orang nak kawin ni kan. Buat kat Zebra Square near to Jalan Tun Razak dekat bulatan Kampung Pandan dalam satu big Betadome tau. 


Betadome tu kira cam khemah tapi sangat unik gitu lah. Nanti aku citer ek.

pelamin cantik

pHotoGrafi Exibit

PenGantin Basi

sukernya

Once ktorg masuk kat situ rasa macam lain je yelah nak kata bridal fair pun tak macak bridal fair. Totally simple sangat. Ada section untuk pelamin, contoh tempat photoshoot, ada section Wedding Photographer  ‘Ikram Ismail’ pamerkan artworknya, ada setting untuk wedding dining table yang  memang cantik.

Tuan punya HGMS

nasi lemak sedappppp

Tuan punya HGMS kasi some speech sket tujuan dia memanggil ktorg bloggers ni untuk get together dan making new network gitu. So anything event ke, apa ke kan, bolehlah panggil ktorg. Ermm senang kan direct to the point langsung tak de selindung2. Itu yang aku suka tuh.


Kemudian ktorg di bawa ke seluruh area Zebra Square ni. Rupanya Zebra Square menawarkan service sewa dewan untuk tak kira apa juga majlis pun. Nak buat harijadi ke, party ke, wedding ke, annual dinner ke, BBQ ke semuanya boleh lah. Segala facilities lengkap.


Kawasannya memang luas, ada dewan, open courtyard, tempat macam garden pun ada dan parkingnya memang banyak dan boleh muat 140 kereta dalam satu masa dan ada car jockey lagi.


Kelas menjaHit

penGGanti Hatta Dolmat

Di Zebra Square ni juga juga Akademi Kecantikkan dan Fesyen juga sekolah muzik dan tarian. Kira macam tempat untuk sesuai untuk aktiviti kesenian lah.

bloGGers of tHe niGHt

Me and KLCC


Anyway thanks to HGMS, Betadome dan Zebra Square for this simple occasion. Simple yet very informative tau. Itu yang aku suka.

CLP notes: Rasanya cam nak buat weddinG anniversary kat sini. Cozy sanGat 



REVIEW : Samsung Galaxy SIII Gunakan Micro Sim Card Untuk Berfungsi


Hi Korang,



Mesti koranG dah tau kan yanG aku dapat peluang untuk buat review mengenai Samsung Galaxy SIII ni selama 2 minggu. So haruslah aku gunakan sebaik mungkin.


Masa memula dapat buka je kotaknya kan, aku terus masukkan sim card yang biasa kita gunakan untuk telefon lain. 



Cuba punya cuba but still tak boleh nak masuk jugak. Rupanya saiz tempat slot sim card tu lebih kecil dari biasa. 


So aku terus je Google di internet mengenai masalah ni. Rupanya aku kena gunakan Micro Sim Card. Oooo patutla tak boleh masuk tadi. Jawabnya harusla aku dapatkan sim card baru untuk gunakan Samsung Galaxy SIII ni kan. Bukan tak boleh potong je normal sim card tu tapi bila nak guna balik telefon lama kan dah susah kan, dan lagi charge untuk potong sim card tuh RM10.00 tau.

Tengok sama besar je kan.


Tengok terus je boleh masukkan micro sim card tu ke tempat slotnya.Memang just nice je masuk kat tempat tuh.


Once dah dapatkan micro sim card dari kedai telefon, terus je aku boleh ON kan. Tengok start up punya montaj pun dah buat aku kagum kan. Aku dapat yang Marble White. Cantik betul berkilat sungguh.


Samsung Galaxy SIII ni di datangkan dengan accesories seperti charger, transfer cable dan earphone. 

So stay tune untuk review aku mengenai Samsung Galaxy SIII ni. Banyak features yang menarik dan sesuai untuk korang yang aku nak kongsikan tau. Tapi tak delah details sangat coz aku bukan tech blogger. 


Thank you Samsung for this special review ni, aku akan cuba tulis sebaik mungkin dan sebanyak info mengenai gadget terbaru keluaran Samsung ni.


Oh ye, apa-apa yang korang nak tau mengenai Samsung Galaxy SIII ni leh komen kat bawah ni then aku akan cuba jawab sebaik mungkin ye.