Thursday, May 24, 2012

Dah Lah Pekat, Panas Pulak Tu!

Hi KoranG,

Aku boleH terlupa plak pasal menda ni. IsHk memanG aku suke yanG amatlaH



Ini laH yanG aku maksudkan.   

Korang agak apa menda alah tu ek? Siapa yang tau cecepat komen kat entry ni ek. Aku cari jawapan yang betul dan cepat ek.

Ada rezeki korang nanti aku kasi...

CLP notes : Ini kira cam giveaway gakla tapi kecik-kecik je la


Wednesday, May 23, 2012

I Danced For Tropicana Medical Centre Flash Mob For Healthy Living

Hi Korang,

Pernah tak korang bersenam dengan high heels? Haruslah tak kan. Tapi aku pernah. Ni gara-gara aku join flash mob di Piazza The Curve Sabtu lepas. Atas jemputan Ms Ili Nadiah wakil dari Tropicana Medical Centre. Sebab dah lama sangat tak jumpa dia tu yang terjah ke sini kan.


Tujuan LEAP (living everyday actively and progressively) flash mob di adakan untuk meningkatkan tahap kesedaran rakyat Malaysia tentang betapa bagusnya hidup secara sihat dan menghindari Obesiti. Yelah asyik makan je kan, bersenam dan beraktiviti haruslah perlu dilakukan jugakkan.


Flash mob ni mesti ada starternya. So dancing group dari Rejuvenate Dance Crew yang jadi tok dalangnya. Ermm tarian diorg ni kaw-kaw hebatnya, ada tergolek, melompat, shuffling dan memacam lagi lah. Tapi tak de lah ktorg disuruh buat begitu. Untuk public to join, diorg buat dance yang simple-simple je dan stepnya agak mudah dan senang untuk dilakukan.


Bayangkan ktorg yang dah cantik melaram dengan heels bagai di suruh buat flash mob kan. Haruslah tergelak-gelak dibuatnya. Aku dengan pakai skirt dan high heels, buat jugaklah.

Meh tengok video ktorg berflash mob ni.




Hehehe, mesti korang bantai gelakkan aku kan?



Aku dah agak dah pun, sebab bila aku tengok video ni balik aku pun duk bantai gelak jugak. Tak per aku tak marah korang gelak pun. Rasanya lebih 20 minit ktorg bloggers nie berflash mob. Walaupun penat dan make-up pun cair but rasa sangat seronok sangat. Keluar peluh menitik-nitik.

Kalau suruh buat lagi rasanya nak jugak kan.


Anyway thank you Ili Nadiah dan juga Tropicana Medical Centre kerana sudi menjemput ktorg ke exercise event ni. Totally best bangat!

Makan + Exercise = Barulah hidup sihat.

CLP notes : Nasib baik aku ni dah biasa berjemurkan, so kira oklah tu.

Pics : Cilok dari FB Ruby coz dia memang rajin amik gambo tau.


Exclusive Premiere of YUNA ‘The Sparkle Project’ By Samsung

Hi Korang,

Kan aku citer hari tuh pasal aku sempat jumpa Yuna sekejap je kan. Meh aku sambung balik citer tu ek. Ktorg (bloggers) dapat jemputan dari Samsung ke Delicious CafĂ© kat Marc Residence ni untuk media launching for The Sparkle Project.


‘The Sparkle Project’ video muzik yang pertama di hasilkan melalui Samsung Galaxy Note telah pun dipertontonkan kepada members of media dan juga peminat Samsung Galaxy Note dan Yuna dan video muzik adalah hasil perkongsian secara kreatif di antara Yuna dan Samsung Malaysia Electronics.






Aku dah tengok pun behind the scene of video muzik ‘Sparkle’ ni and quite impressive. Rupanya diorg shoot dalam satu tempat je dan diorg customized holder untuk Samsung Galaxy Note ni. Set penggambaran tu memang simple but awesome.


Dan ini dia video muzik ‘Sparkle’ dari Yuna. Nak check it out.



Best ek, simple dan sweet je aku tengok. Sesuai untuk mereka2 yang bercinta kan. Hahak!



Masa event juga Yuna sempat dendangkan 2 buah lagu iaitu Sparkle dan Terukir Di Bintang. Sedap betul suara dia, memang original lah.


Eh sambil nak tunggu bergambo dengan Yuna, hah ktorg pi makan dulu lah. Buffet fushion dish, not bad gak. Salad, mushroom soup dan dessert sangat lazat dan buat aku makan sampai tak hingga.

DenGan Diandra Arjunaidi



Tak sempat pun amik gambo berdua dengan Yuna coz dia nak cepat but dapat amik gambo reramai pun jadilah kan. Asalkan hado.


Anyway thank you Nuffnang dan Samsung for this special invite. Hopefully dapat pi lagi event-event cam nie lagi.


Best tak jadi bloGGer? Harusla best kan! akahkahkahkahak