Sunday, May 20, 2012

Aku Boleh Terbang Bebas di Genting Sky Venture

Hi Korang,

Ok kita sambung balik citer masa outing ke Genting Highlands hari tuh. Hah memang tak abis lagi sebab aku asyik manjang lupa je.


Ni first time aku nak cuba Sky Venture ni.  Seram gak bila tengok cam ne orang main kan.

Apa itu Sky Venture?

Sky Venture ni merupakan satu permainan ala-ala terjun dari kapal terbang dan kita leh terapung tanpa guna parachutes pun. Cuma yang beza kan ia dilakukan dalam terowong angin yang tertutup. So tak leh kita melayang- layang jauh kan. Tak payah sebarang skill khas pun di perlukan Cuma korang kena ikut safety briefing dan pakai segala mak neka safety equipment.

Ok, dah paham kan. Now meh layan cam ne aku boleh buat Sky Venture ni.


Ktorg di bahagikan kepada 2 group. Aku duk kat 2nd group sebab hati aku berdebar nak cuba Sky Venture ni. Bila tengok first group ok wokeh je then baru hilang gugup aku sket.

Ktorg kena dengan briefing dulu. Belajar hand signal dari marshall. Ada 6 signal yang kene ingat. Nasib baik aku leh ingat semua. Kemudian baru pakai safery gear. 


Kena pakai knee pad, elbow pad, suit ninja hi yeah sebab aku gemuk kena pakai baju hitam, spek mata, kasut dan helmet.

Ktorg dibawa ke ruang tunnel tertutup tuh. Angin ya ampun, bukan main kuat lagi 193km/hr dan satu satunya terowong angin yang ada kat Asia ni. Ok bangga jap. Memula ada 2 trainer yang tunjukkan ktorg cara-cara nak terbang di awan biru ni. Kemudian satu persatu ktorg dia panggil.


Masa dia panggil aku, hati dah berderau dah segala mak neka surah aku baca dalam hati. Then dia ajar pakai signal yang aku belajar tadi. Jatuhkan badan perlahan2 dan tegakkan kaki. 


Hah ko, terus aku bleh terbang walaupun memula tu agak panik gak kan. Kaki mesti tegak dan kepala pandang depan. Bila bengkok sket terus jatuh ke bawah hehehehe dalam masa 5 minit aku dah mula familiarized dengan Sky Venture ni. Bila kuar dari tunnel tuh, terus lega dan rasa seronok.


Ok bagi orang lain rasa gak then aku terus tunggu second round. Kira masuk untuk kali kedua ni dah pandai sket, dah boleh agak nak tinggi nak rendah nak turun siap boleh senyum masa bebudak ni amik gambo. Hah tetiba aku terasa aku dah terbang jauh ke atas. 


Rupanya abang instructor tu bawak aku naik ke atas. Kecut pecut gak sekejap but just enjoy je. Kira dah boleh berlagak lah coz dah boleh terbang.


Bila keluar dari tunnel tu rasa cam best sangat, nak buat lagi pun ada. Dengan rambut kembang2 tercacak ke atas kan. 


Nak tambah lagi best, ktorg diberikan sijil tanda yang ktorg dah cuba Sky Venture ni. Bolehlah aku berlagak dengan korang kan. 


Meh layan sket video terbang ktorg nie, comey ooooo



Aku ni dah kira cam angkasawan yang datang praktis sebelum ke bulan kan. Ermm harapan bukan main lagi kan.


Jadi siapa kata nak cuba Sky Venture ni mahal kan ?




Its only RM50 per ride. Kalau korang dah ada tiket outdoor or indoor theme park, lagi murah Cuma RM38 per ride. Oklah tu kan. Murah apa. Nak cuba sesuatu yang baru.

Anyway thanks Genting for this fantastic ride. Now I believe I can fly.

CLP notes : Kiranya aku kuat jugaklah ek, semua menda yang aku cuba first time kira menjadi gaklah.

Gambo cilok dari FB Uzair dan video dari FB Ruby..


Meeting Blogger Anak Dara @ Teh Tarik Place


Hi Korang,

Semalam sempat jugak aku berouting dengan blogger anak dara ni. Ye 3 anak dara dan satu je mak dara iaitu aku lah tu kan. Ktorg jumpa pun sebab pi event flash mob kat The Curve.


Abis je event trus pi lepak kat Teh Tarik Place untuk lunch. Walaupun ada dapat makanan free but tetap jugak nak pi lepak coz terlampau dahaga sangat kan.


So sambil makan + minum tuh, sempat jugak lah ktorg borak2 hal orang pompuan kan dan salah satu topik hot ialah pasal kawin. Yelah kan memasing tak de experience lagi cuma aku sorang je yang dah pernah ada so akulah yang jadi bahan rujukan diorg ni.

Walaupun dapat lepak kejap je sebab minah yang nak jadi duta 'Silky Girl' tu nak pi event kan tapi memacam ilmu, gossip, info pasal pompuan kitaorg dapat.


Ladies, its pleasure dapat hang out dengan korang. Hopefully kita leh lepak lagi cam ni  selalu ek. Siapa lagi kalau tak dengan Ruby, Zurie dan Afra yang comey tuh.

Memang seronok sekali sekala lepak dengan anak-anak dara ni, teringat time aku memuda dulu kan. Eh, aku still muda lagi wokeh bukan tua sangat punggg

CLP notes : Ada sorang je single yang lain tu dah ada orang punya ye..



Saturday, May 19, 2012

Pergi Survey Dapat Duit

Hi Korang,

Last 2 week, ada satu company ni ajak pi survey. Ermm survey rasanya dah lama tak buat keje-keje cam ni. Dekat setahun kot.

TolonG janGan GooGle ek

Kali ni kena kat area BanGsar. So berHempas pulas aku meredaH jam petanG jumaat tu kan. Nasib baik jumpa setelaH 2-3 tawaf banGunan tu cari parkinG kan. Sesampai terus je naik tinGkat 38. HaH ko, bukan main tingGi laGi.

View BanGsar dari tinGkat 38

Sampai tempat tu, kene reGister dulu. Sementara tungGu oranG lain, bantailah makan kan. Makanan simple je but laju je aku bedal coz lapo duk terHentak dalam kereta lama kan.

Bila dah cukup korum, then barulah discussion start. Ada seoranG  tukanG conduct tHe survey. So ktorg ni kena baGi opinion tentanG topik/product/service yang di perkatakan. Memacam info aku dapat tau dari Group discussion ni. Seronok Gak.

 Group discussion ni berakHir selama 2 jam. Selain dari dapat makan, dapat juga kenGkawan mak baru kan dan yanG syiok of courselaH dapat token kan. Beratus jugak dapat. Hasil setelaH 2 jam memeraH otak dan berkonGsi ilmu.

Kesimpulannya, kene rajin usaHa baru dapat imbuHan kan.

CLP notes : Tak leh letak Gambo masa survey, itu pantanG diorg...