Thursday, May 17, 2012

ELFIRA LOY Yang Sweet Dan Berbakat

Hi Korang,


Semalam dapat jemputan ke Maybeline Event.


Cantik kan bagai kek coklat di belah 10 hakhakahkahak


Rupanya nak memperkenalkan Elfira Loy sebagai duta terbaru Maybeline New York Fabulous 18 ni. Comey orang, kecil molek dan cantik sangat. Tengok beza betul dengan aku.


Anyway all the best  to Elfira Loy dan Maybeline Team. Sukses sukses..


Ok citer later ye..


Pengalaman Naik Banana Boat @ Awana Kijal Resort


Hi Korang,

Ingat lagi tak yang aku nak citer apa jadi kat aku masa beraktiviti watersport kat Awana Kijal Resort hari tuh. Hah ini baru ada kesempatan nak citer kan. 


Ni aku nak bagitau korang yang ini first time aku naik Banana Boat sepanjang umur hidup aku ni. Ye betul, aku tak tipu. Aku memang tak nak main pada mula but bebudak geng genting ni dah racun baik punya, so nak tak nak aku pun naik jugaklah Banana Boat ni.


Memula kena isi form dulu if anything happen kat aku, diorg kenalah bertanggungjawab sket ke apa ntah coz aku pun lupa. Then pakai jaket keselamatan. Penting tu, kot2 mana tau jadi apa2 kan. 


Banana Boat ni boleh naik sampai 10 orang but ktorg harituh cuma berenam je. Kira oklah. Aku duk tengah2. So satu bot ajak tarik Banana Boat ni, then diorg akan jatuhkan ktorg sebanyak 2 kali kat tengah laut dan jugak kat area tepi pantai.


Masa diorg bawak kat tengah laut tu bukan main laju lagi. Aku dalam hati ni duk berkata-kata sambil mengucap sebab rasa berdebar sangat. Ntah macam mana tup-tup aku tak perasan ktorg dah jatuh dalam laut. Hah ko, terus panic attack datang. Mana tak nya kaki tak jejak tanah kan. Walaupun aku boleh berenang tapi bila dan sejuk kat tengah2 laut China Selatan ni terus panik dibuat. 

Nasib baik ada Uzair dan DD, aku terus berpaut kat budak berdua ni. Diaorg cuba sabarkan ktorg yang panik ni. Cepat2 abang boat tu patah balik amik ktorg kan. 

Naik lagi, ingatkan diorg nak anta terus ke pantai ermm rupanya hah ko jatuh sekali lagi kat tepi pantai, jatuh atas pasir. Sakit gaklah kan. 


Sampai tepi pantai aku duk kejap then jalan naik atas. Tup-tup bebudak ni bagi signal kat aku suruh jalan slow2. Aku pun heranlah kan.  Rupa-rupanya seluar renang aku boleh koyak plak kan, besar plak tuh. Nasib baik aku ada bawak seluar spare kan. Cepat2 aku sarung. 

Bebudak ni duk bantai gelakkan aku kan. Aku nak buat cam no lagi sesama gelak jugak lah. 


Ishk kenangan betul lah naik Banana Boat ni dahlah first time plak tu kan. Memang aku ingat sampai bila-bila. Tapi aku tak serik dan rasanya nak cuba lagi kot bila ada peluang kan. 

Itulah kisah aku bergembira dengan watersport activities kat Awana Kijal Resort, memang sesuatu yang tak dapat di lupakan lah.

CLP notes : Nak cuba lagi, haruslah nak kan...

Gambo semua cilok dari Ruby sebab dia ada camera waterproof tau..



Wednesday, May 16, 2012

PURE BEAUTY COLLAGEN, Cantik Macam Dia


Hi Korang,

Cantik macam dia? ermm dia tu sesiapa yang korang suka lah. Macam aku, aku suka Fazura so haruslah aku nak cantik macam dia kan. Hehehhe itu aku lah, korang pun mesti ada idola memasing kan.


So nak cantik bukan setakat kat luar je, yang dalam pun kena gak jaga. So mestilah korang ada makan2 supplement kan. Aku memang tak de makan ubat ni coz aku tak berapa pandai nak beli yang mana sesuai untuk aku.


So hari tuh ada kawan aku ni Afra, ajak aku ke Mz Nina Bakery Cafe kat Solaris Dutamas ni. Rupanya dia nak citer pasal produk supplement untuk wanita ni, PURE BEAUTY COLLAGEN. Wah, nama pun dia best mesti barangnya ok gak kan. 


So ada a few bloggers lain yang Afra jemput dan juga ada media lain. 


Ktorg di berikan penerangan tentang kesihatan wanita dan penjagaan dalaman badan dari Puan Gen. Beliau ni seorang pengusaha produk2 pemakanan kesihatan ni. Memang banyak info yang aku dapat dari talk beliau ni. 


Of courselah tuan punya produk PURE BEAUTY COLLAGEN, Pn Raja Mazian Bt Raja Idris turut hadir untuk memberikan info lanjut mengenai produk ini.


Produk PURE BEAUTY COLLAGEN ni, sememangnya khusus untuk wanita yang ingin menjaga kesihatan luar dan dalam. Ia merupakan produk minuman yang hanya dibancuh dengan air suhu bilik je. Perasa berries dan bila aku minum dah rasa cam ribena plak. Sedap.


Korang nak cuba gak?

Harga normal price untuk sekotak PURE BEAUTY COLLAGEN ni RM179.00. Tapi untuk bulan May dan June, diorg ni buat promotion harga sekotak RM150.00 je. Hah, murah sangat kan.
Alah korang ni nak cantik pun kan, mestilah kuar modal sket. 


Aku tengah cuba produk ni, lepas 2 minggu nanti aku citer kat korang best ke tak kan.

Details lebih lanjut, korang leh check it out kat




Thanks Afra coz sudi jemput aku, bertambah lagi ilmu aku mengenai kecantikan ni ek.