Thursday, May 3, 2012

Coffee With Samsung


Hi Korang,

Agaknya aku kan terlampau ramah masa photo shoot Samsung Smart TV hari tuh, diorg Samsung Team ni ajak aku sekali lagi having coffee with them. Tempat yang sama cam hari tuh, Micasa Hotel je. 


Eh, bukan aku je lah ada lagi media lagi. Dalam 8 orang gitu yang majoritinya tech blogger. Kiranya aku sorang je blogger cikai kan hehehhe. Tapi tak de masalah pun, aku ok je.


Ingatkan diorang ajak sembang sesaje, rupanya diorg nak tunjukkan kat ktorg yang diorg ada gadget terbaru Samsung Smart Camera DV300F. 


So Julian dan Jeffrey dari Samsung pun duk citer kat ktorg kelebihan Smart Camera ni. Nampak cam camera compact biasa but bile check it out functionnya ermm mantop der!

Samsung Smart Camera - Live Panorama Shoot

Nak bagi ktorg faham dan enjoy dengan Smart Camera ni, Team Samsung buat photography competition. Ktorg kena amik gambo mengikut soalan yang diberikan. Abis merayap satu hotel dibuatnya. Snap sana snap sini. 

Samsung Smart Camera - Split Shoot

Samsung Smart Camera - Oil Brush

So masa judge time, aku menang satu soalan dari 6 soalan yang diorg bagi. Menanglah sling bag dari Samsung. Cantik gak, leh bawak travel.


Abis semua agenda, aku disuruh sign satu surat. Ooo rupa2nya diorg nak bagi Samsung Smart Camera DV300F kat aku bawak balik untuk 2 minggu dan review it. 


Haruslah seronok tak terhingga kan. Dari dalam kereta lagi dah snap sana sini. Suke betul dengan function yang ado.

So thank you Samsung for this special invite.

Haruslah bercamwhoring sepanjang 2 minggu nie ek..





Wednesday, May 2, 2012

Dinner at Pizza Hut, Thanks Nuffnang


Hi Korang,

Alah kalau setakat makan kat Pizza Hut, nak buat review gak ke?


Tak payahlah coz ramai dah tau signature dish kat Pizza Hut ni apa kan. Haruslah pizza itself. Memacam jenis pizza ada. Ala Italian sampai ke Royal Massala. Nak tak pedas, nak pedas, nak yang berlemak cakap je lah mesti waiter tu cakap hadoh punya.


Ktorg order yang biasa je. Meal set No. 2. Ada pizza yang ktorg pilih super supreme regular size, 2 mushroom soup, breadstix 2 ketul dan air 2 cawan. 


Boleh lah but Mr Big tambah lagi dengan Lasagna, 4 ketul Deli Wings dan 4 ketul Oriental BBQ drumstix. Nampak macam banyak but sket je coz portion dia kecik2 je.

Pizza Super Supreme – Regular Size

Deli Wings

Mushroom Soup

So makan dengan senang hati nampaknya


So thanks Nuffnang for this special gift voucher. Hari tu ada komen kat blog Iza Pink Stiletto, tu yang menang kan. Actually yang value meal tu je yang FREE yang Mr Big tambah tu kena bayar sendiri. 


Murah rezeki lagi walaupun kene kuar duit sket je kan.

Itulah rajin nau pi komen kat blog diorg ni.


Aku pun nak buat style cam ne lah. Siapa komen baikkk punya, aku bagi hadiah. Korang nak tak ?

CLP notes : Alah hadiah biasa2 je, janji hadoh kan..

Gambar di ambil guna Samsung Smart Camera DV300F


WW - Jangan Ambil Rumah Aku

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week.


Jangan ambil rumah aku. Nanti aku nak tidur mana kan

huhuhuhuh

Gambar di ambil dengan Samsung Smart Camera DV300F