Hi Korang,
CLP notes : Kalau aku banyak duit, aku nak buat gaklah gathering cam nie, seronok ooo. Doakan ek korang..
Rasanya ramai yang tak kenal siapa pemilik Denaihati.com kan? Selalunya kita baca je blog dia sambil join contest, betul tak? Hah aku pun cam tu jugak.
So Ahad lepas, dapat jugak invitation ke Majlis Sepetang Bersama Blogger di Hotel Singgahsana, PJ ni anjuran Denaihati Network. Aku haruslah pi dengan official photographer aku Mr Big sebab aku malas nak bangun2 / lari2 amik gambo kan.
Ramai gak blogger yang aku tak berape nak kenal, maklumlah diorg ni kan blogger Otai yang dan expert dalam dunia blogging ni so sempat gaklah bernetworking. Tuko2 bisnes card kan. Mana tau satu hari nak mintak tolong kan senang.
So acara di mulakan dengan apa yang patutlah seperti ucapan aluan dari MC, bacaan doa, tayangan video mengenai Al Ansar Properties, eQurban dan akhirnya tuan punya blog Denaihati.com pun memperkenalkan diri. Nama sebenarnya Amir Hassan. Hah barulah aku kenal nau sapa tokeh Denaihati.com ni kan.
So bro Denaihati.com ni pun ceritalah serba sket pasal penglibatan beliau dalam dunia blog ni dan juga memperkenalkan rakan2 yang selalu dok bantu beliau untuk naikkan lagi Denaihati.com ni kan.
Dah nama pun majlis santai, so santai2 lah ktorg makan ye. Aku semeja dengan Jejai dan Nik. So makan haruslah tak henggat. Sambil makan tu ada plak singing blogger iaitu Zarul Umbrella yang sudi hiburkan ktorg ni. Banyak lagu gak dia nyanyi sambil ada skesta pendek sket citer Ombak Rindu, memang kelakar betul. Sambil makan sambil nyanyi ada gak cabutan bertuah. Ermm aku tak bertuah langsung coz tak dapat apa2.
Last sekali barulah penyampaian hadiah untuk Contest Gadget Impian. Sekali Kak Yanmie muncul utk tempat pertama di ikuti dengan PuanBee. Diorg ni memang terrer bab voting2 ni kan dan grand prize untuk cabutan bertuah memang tak di sangka bro Jejai sapu bersih 1kg Silver ni kan.
Dah memang rezeki dia coz sejak dia sampai lagi dia dah nak sangat hadiah tuh.
Dah memang rezeki dia coz sejak dia sampai lagi dia dah nak sangat hadiah tuh.
Blogger kalau tak bergambo memang tak sah. So sebelum balik tu, ktorg asyik bergambo je lah. Tak kiralah dengan sapa pun. Sambil tuko2 kad sambil bergambo. Memang best betul.
Dapat bawak balik goodies bag yang sempoi gak tajaan P1 dan Denaihati. Macam2 ada, t-shirt, key chain, buku motivasi, calendar K Emilia yang comel dan memacam lagi lah.
Terima kasih kepada En. Amir Hassan Tuan punya Blog Denaihati.com kerana sudi menjemput ktorg yang event yang santai ni. Hopefully blog Denaihati.com lebih Berjaya di masa akan datang. Kalau ada event or job review jangan lupa ajak ktorg ye.
All the best to Denaihati Network