Friday, April 13, 2012

Tengok Super Spontan Secara 'LIVE' Lagi Malam Ni


Hi Korang,

Kan last week ktorg pi tengok Super Spontan 'LIVE' kat Finas, so ramai plak yang perasan ktorg berdua dengan daydeck sekali. So terglamer lah sekejap. 


Memang seronok lah tengok cara diorg bekerja secara 'LIVE' ni. Yang salah, yang tak betul, semua kita boleh nampak. 

Jadi audience tak de lah penat mana pun, cuma sakit tangan kena tepuk kuat2, jerit2 pun kene kuat dan yang paling penat ketawa terbahak-bahak. Sampai letih2 lah kan. bila time iklan tu baru lah boleh rehat sket tapi tak jugak diorg ni sentiasa je buat lawak. 

Disebabkan dalam studio Finas ni takleh amik gambo time 'LIVE' so tak delah banyak gambo yang di snap. Nak korang tengok lah sendiri.

Time Iklan, team Angsa Ganas sempat lagi discuss

Rashid Salleh - Pengurus Angsa Ganas

Johan Raja Lawak- Orang Kuat Beruang Comel

Nana
  
Zahid

Afdlin Shauki Sedang Di interview

Dina Nazir

Best kan but rasanya malam ni tengok Super Spontan 'LIVE' kat umah je lah. Kang kalau tiap2 minggu aku masuk tv korang bosan plak kan. Dah tak artis plak. Mungkin lelain minggu pi tengok lagi kot.


Hah, korang mesti cakap bestnya dapat pi tengok 'LIVE' kan. Aku dah agak dah. Nak join aku pi tengok? boleh. Kalau korang rasa korang puntual dan on time boleh sampai kat Finas tu hari jumaat before 9pm, then aku leh consider ajak korang. Walaupun start kul 10pm tapi kena masuk hall kul 9pm cam tuh. Yelah nak cari tempat duduk, dengar some briefing sket dan memacam lagi lah.

So ada berani? Meh komen kat bawah ni ye.


Kalau associate aku ok dengan cadangan aku ni. Aku leh lah bawak korang ye.

CLP notes : Untung tak? mestilah untung kan.


Berani Punya Budak Press Conference

Hi Korang,

Ni baru je balik dari press screening Berani Punya Budak. Letih tapi best.


Ok nanti sambung, jap lagi ek.


Thursday, April 12, 2012

Lemak Cili Api

Hi Korang,

Selalunya time lunch korang suka makan apa ek? 
Of courselah nasi campur kan. Aku + Mr Big memang makan nasi punya geng kalau time tengahari ni. Tambah tenaga katanya.Malam memang jarang makan nasi nie.

Apa jenis pilihan lauk? 
Biasalah ktorg akan pilih sayur sket, ayam sket, ikan sket  kan. Itu je. Memang menu seimbang lah. Jaga kesihatan. 


Tapi..
Kalau ada lauk berasaskan lemak cili api confirm2 lauk lain memang ktorg tinggalkan. Macam ada daging salai masak cili api, telur itik masak lemak cili api, ikan keli salai cili api kan memang itu yang ktorg bedal. Nak kata orang Negeri Sembilan tak lah jugak but dah jadi favourite sejak dulu lagi.

Bila tengok pinggan tuh, penuh warna kuning je, sampai nasi pun tak nampak kan. Betapa sukanya dengan lauk masak lemak cili api ni kan.

Korang suka gak lauk lemak cili api nie? Orang Negeri Sembilan gak ke?

CLP notes : Cinta Kolesterol btullah..