Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

Onion Ring Gergasi

Hi Korang,

Aku ada pi makan hari tuh dengan Mr Big kat satu tempat ni. Haruslah western food for dinner kan. Dia memang jarang nak bedal nasi-nasi bila dah malam. 

So ktorg pi cuba makan kat kedai ni, area Damansara. Not bad gak ramai orang. 

Dalam banyak2 menu tu aku terpandang menu Onion  Ring ni. Nampak cam sedap. Walaupun aku tak makan bawang but bila bab onion ring je memang aku nak cuba coz onion ring kekadang tak de rasa onion pun rasa tepung je lebih kan.


Tengok sekali yang datang. Hah ko beso gadang. Terperanjat gak dibuatnya. Memang beso betul. Aku pun rasalah. Memang ada bawang dalamnya but still rasa bawang tu dah kurang. So bedal tak henggat lah kan.

Lepas makan Onion Ring Gergasi ni terus makanan lain aku tak berapa nak jamah coz dah kenyang makan onion ring gergasi nie lah.

CLP notes : Memang lain dari yang lain.






Monday, April 9, 2012

Samsung SMART TV, Rasa SMART Sangat Hidup Ini


Hi Korang,

Rasanya korang mesti tau yang aku ni memang kaki TV. Mana taknya nama blog yg dulu pun si gila tv kan. Haruslah hidup mati dengan TV je. 



So Samsung Malaysia invite ktorg blogger Nuffnang Gplusmy ni untuk mereview produk terbaru mereka The Samsung LED Series 8000Smart TV. Nampak macam TV biasa2 je but bila ON ermm terus terkesima kejap.



TV ni memang slim betul, screen saiz ada 46” dan 55”. HD lah beb semua tu gambo semua cantik-cantik belaka. Ada camera yang boleh kita amik gambo sekeluarga ke buat video dan ada mic jugak kalau nak berkaraoke. Built In Wireless, ada headphone, USB function dan segala macam function lah.


Samsung SMART TV ni memperkenalkan 3 unique features yang menarik iaitu Motion Control, Voice Control dan Face Recognition. So maknanya dah tak payah guna remote lagi. Semuanya boleh guna voice commands dan guna tangan je sebagai pengganti pasal remote tuh.


Voice Control
Korang sebut je apa function yang korang nak buat then the screen akan bertukar dengan sendirinya. Kira macam korang bercakap dengan TV tu lah. Simple commands macam HI TV, VOLUME UP, CHANNEL DOWN dan memacam lagi lah.


Motion Control
Hah ni best, korang leh control everything dengan guna tangan je. Lambai kiri kanan, atas bawah, genggam tangan, gerak badan sket dah bertukar kepada apa je yang korang nak. Alah macam main Kinect Xbox tuh. Sambil tu boleh lah exercise sket kan. Gerak sana sini.


Face Recognition
Hah penting, sebelum korang setup untuk semua Samsung Apps dalam Samsung SMART TV ni, korang kene create password untuk guna semua function dalam ni. Tak payah key in password, scan je muka korang kat TV ni then dah jadi password. Maknanya kalau nak ON internet ke apa kan, mesti guna muka korang lah, so tak de lah orang lain misuse details korang dalam TV ni.


Bukan SMART TV lah kalau tak de function 3D. Ada memang ada tapi ni yang best ni, dia ada 3D converter. Which is kalau movie yang korang pasang tu bukan 3D, function ni boleh tukarkan view jadi 3D. Best kan. Lagi plak 3D spec tu ada yang boleh adjust 3D punya view tuh.


Selain dari 3 features yang syok ni, dalam Samsung Apps juga ada 1,400 apps yang korang boleh guna thru internet. Macam facebook, twitter, skype, youtube jugak. Ada juga apps untuk berkongsi citer dalam Family Story, menjaga kesihatan on Fitness dan juga program untuk kanak-kana Kids Home. Dengan adanya built in camera dan mic rasanya semua family member dalam umah tuh akan enjoy dengan Samsung SMART TV ni kan.


Harga plak dalam anggaran RM20K ke bawah but pihak Samsung tak nak reveal dulu coz takut aku pi beratur kat kedai nak harga diskaun kan hehehehhe



Bagi aku Samsung SMART TV ni all in one. Boleh tengok TV, surfing internet, boleh bersenam, tau dunia luar, communicate with family and friends dan memacam lagi lah. Kiranya korang dah tak yah kuar umah. Semuanya ada dalam Samsung SMART TV ni dan korang leh enjoy sekeluarga.

CLP notes : Nanti dah siap iklan Samsung yang aku berlakon tu aku bagitau korang ek.