Tuesday, April 3, 2012

SAFA Restaurant @De Palma Hotel Ampang


Hi Korang,

Nowdays dah jadi trend kot banyak restaurant berkonsep Middle East membanjiri KL ni. Merata-rata tempat aku perasan banyak dah restoran makanan timur tengah ni. 


Aku cuba? Tak pernah lagi. So hari tuh, my friend Ivy dan Vincent ajak ktorg pi makan kat SAFA Restaurant De Palma Hotel Ampang ni.


Memula ingatkan dalam hotel but rupanya di luar dekat dengan lobby De Palma Hotel ni. Ooo open concept rupanya, tak de air cond but banyak kipas besar dan ceiling fan kat dalam restaurant ni.  Simple je deconya tak serabut pun. Siap ada screen tv beso dan shisha yang pelbagai flavor untuk si kaki shisha.


Dah nama pun restaurant makanan middle east haruslah kesemuanya dari sana kan. Meh tengok antara menu yang dihidangkan di sini.

Lamb Mandy - RM23

Chicken Mandy - RM20

Shaffron Rice

Koobide Kebab & Chicken Kebab

Yang ni plak di makan dengan roti pita yang disediakan sekali.

Tabbouleh

Hummus

Kashk O Badenjan

Green Salads

Zarsh

Ada jugak menu-menu lain seperti barley soup, Tbsi Eggplant, Ladies Fingers with Lamb dan pelbagai lagi. Ada juga makanan berala western tapi di jadikan middle east style. Hah cam gerek kan. Ok next time nanti aku cuba.


Tuan punya SAFA Restaurant ni En Jaafar yang berasal dari Timur Tengah dan dah 20 tahun stay kat sini membuka restaurant ni 2 tahun lepas. Chefnya di ambil dari Egypt. Katanya kenalah ada sentuhan asli dari Timur Tengah baru rasa kesedapan tu kan.


Kalau korang tak buffet, jangan bimbang ala-carte pun ada. Baik Iranian dish mahupun seafood kan. Kalau nak buat function ke nak order catering ke pun boleh jugak. Bagi aku harga lebih kurang dengan restaurant middle east yang lain malah lebih kurang sket rasanya.

Rasa cam nak cuba, meh lah ke sini.


Safa Middle East Restaurant 
De Palma Hotel, Jalan Selaman 1/2, 
Palm Square Ampang Point, Jalan Ampang, 
68000 Ampang, Kuala Lumpur, Malaysia
GPS : N03 09.421'  E101 45.154'

Business Hour : 5pm - 1am

Korang boleh parking dalam area De Palma Hotel tu dan dapat 60% diskaun untuk parking dan some more ada WiFi sekali.

CLP notes : Sekali sekala rasa makanan orang luar apa salahnya, mana tau kene dengan tekak kan. Why not?



Rendam Kaki @ Telaga Air Hangat

Hi Korang,

Kan bulan lepas aku pi holiday kan, so banyak tempat gak aku pi. Selalunya bila cakap Langkawi je semua orang fikir nak beli pinggan mangkuk kan. Aku tak de lah sampai taksub cam tu sekali kan. Ktorg more on jejalan keliling pulau Langkawi ni.


Bila dah penat berjalan tuh, macam tetau je kaki dah mula lenguh-lenguh. So tourist guide ktorg ni bawa ke Telaga Air Hangat. Oi bang, dah panas-panas ni tak kan nak mandi air panas plak kan. Serious ko kan..

Betis gebu anak dara cun

La bukan lah, dia bawak ktorg ke sini untuk rendam kaki. Hilangkan lenguh-lenguh kaki tuh kan. Hah sedap gak rendam dalam air hangat ni, langsung tak panas pun suam-suam kuku je.


Lega sungguh bila dah rendam kaki ni. Hilang bisa2 dan penat berjalan tadi. Tourist guide tu leh cakap, hah lepas dah rendam kaki ni boleh lah pi shopping plak kan coz kaki dah tak sakit lagi.

Memang pun, lepas tu terus ke Idaman Suri mengabiskan duit + masa selama 3 jam. Ishkk manyak teruk lah.

CLP notes : Kalau ari2 leh rendam kaki rasalah lagi jauh aku jalan kan. hehehhehehe






Monday, April 2, 2012

Gelagat Para Penyokong Di AXIATA CUP 2012

Hi Korang,

Rasanya semua dah tau kot yang Malaysia Tigers dan Leopards kalah di tangan Garuda dan Rajawali Indonesia semalam di Stadium Badminton Cheras kan. Ermm nak buat cam ne. Terima je lah dengan hati yang tenang walaupun sakit nau kan tengok cara diorg main. Tak perlah

Tapi aku tak nak citer pasal tu. Aku nak tunjukkan gambo2 para penyokong Malaysia dan Indonesia yang begitu fanatik pasal badminton ni kan.










Hah, memacam aksi kan. Tergelak2 tengok diorg ni. Siap berjoget-joget bagai kan. Aku rasa orang-orang sebegini sememangnya penykong tegar sukan negara. Tanpa diorg ni rasanya ahli sukan agak kureng bersemangat kot untuk bertanding.

So longgg....