Thursday, March 29, 2012

Pekena SUP MELETUP Time Hujan


Hi Korang,

Bila time hujan je memalam ni, perut pun jadi lapar lah kan. Tapi kalau dah pukul 12tgh malam korang ada mood lagi nak masak ke. Aku memang tak lah, baik aku pi makan kat bawah ni je.

So 2 malam lepas, dalam kul 12 cam tu Mr Big ajak pi makan coz tetiba dia lapo plak. Ishkk nasib baik aku belum tido lagi so I follow je lah.


Ktorg pi melantak SUP MELETUP kat area umah ktorg ni. Dekat je jalan kaki pun boleh tapi malas so drive je. Orang tak ramai tapi meja cam penuh gak yelah ada lagi orang basuh kete kan kat sebelah kedai ni tu yang nampak cam penuh tuh.

Aku tak order apa pun, Mr Big je nak cuba sup coz sejuk2 ni makan sup best dia kata. So order sup campur.


Bila sup sampai, tengok cam kosong je. Tak de ada pun. Biar betul orang ni. Tak kan bagi makan kuah je.


Hah ko sekali ceduk, itu dia berasap-asap lagi supnya. Penuh sudu dengan segala mak neka bahan. 


Tengok ceduk dapat perut plak, sedap ooo.


Muka orang lapo. Hah, sampai juling dapat makan kan.

Bila dah dapat makan tuh, bukan main suka nau aku tengok. Langsung tak pandang kiri kanan. Balik rumah boleh sambung tido balik kan. Ishkk gemukssssss

CLP notes : Mana tak beso bagai johan kan.

Press Screening Of MIRROR MIRROR

Hi Korang,

Dapat lagi invitation untuk pi tengok preview movie, kali ni filem MIRROR MIRROR. Kat GSC Mid Valley. Press screening nie selalunya untuk Gplusmy so tak ramai yang ada kan.


As usual mesti dapat compliment coke dan popcorn. Hah aku plak belum breakfast time tuh, so sambil nonton sambil bedal lah kan. Licin abis dibuatnya.


Aku dah perasan lama dah citer ni kat youtube, tengok trailernya memang kelakar lah. Apa-apa pun meh layan synopsis dulu ek.


One of the most beloved stories of all time comes to life in the spectacular motion picture event Mirror Mirror, starring Lily Collins (The Blind Side) as Snow White and Oscarr-winner Julia Roberts as the evil Queen. A fresh and funny retelling of the classic fairy tale, the film also stars Armie Hammer (The Social Network) as the Prince, Sean Bean (“Game of Thrones”) as the King, and Nathan Lane (The Birdcage) as the Queen’s hapless and bungling servant, Brighton.


After a beloved King vanishes, his ruthless wife seizes control of the kingdom and keeps her beautiful 18-year-old stepdaughter, Snow White, hidden away in the palace. But when the princess attracts the attention of a charming and wealthy visiting prince, the jealous Queen banishes the girl to a nearby forest.


Taken in by a band of rebellious but kindhearted dwarfs, Snow White blossoms into a brave young woman determined to save her country from the Queen. With the support of her new friends, she roars into action to reclaim her birthright and win back her Prince in this magical adventure comedy that will capture the hearts and imaginations of audiences the world over.


Bagi aku :
Memula aku ingat kan macam citer Snow White bedtime story punya but this one different. Sangat kelakar jalan ceritanya. Sebab ini bukan pasal Snow White tapi pasal permaisuri yang jahat nau rasanya. Dah tua tak sedar diri nak kawin dengan prince charming yanghensem tapi bodo-bodo alang guna sihir kan. Hah ko terus jadi menda lain.


Snow White tu memang cantik sangat dan bijak plak tu. Ni sebab si 7 dwarf yang comel dan kelakar tu dah ajar dia memacam skill untuk survive. Siap boleh lawan pedang lagi dengan si prince charming tuh. Tapi endingnya memang totally unexpected lah. Sangat-sangat kelakar yang sampai ktorg tunggu sampai betul2 abis keluar perkataan ‘THE END’ tulah.

Kali ni aku bagi 4/5 star.


Love ada romantic ada komedi ada. Semua sekali lah lengkap.

Anyway thks Nuffnang dan Relatively Media for this press screening, kalau ada leh lah ajak aku lagi ek.

CLP notes : Memintaklah organizer sediakan press kit bebanyak sket ye. Aku tulis entry dan cari gambo ni pun guna google je tau.


Wednesday, March 28, 2012

Shopping Di Pasar Pudu


Hi Korang,

Dalam sebulan ktorg akan ke Pasar Pudu 2-3kali cam tu untuk shopping. Tapi bulan shopping beli barang pasar ke barang elektrik ok. Ktorg ke sana suka sangat shopping barang-barang peliharaan haiwan kat situ. Dah nama pun pecinta haiwan kan so apalagi beli ikan lah.


Masa memula kenal family Mr Big dulu, ktorg sering dating beramai2 ke sini. Mana tak nya mama (MIL) kaki bela binatang comel2 nie. Kalau korang pi umah dia ada 9 ekor kucing, ikan berjenis2 bentuk dan rupa. Dia nak bela ular gak but ktorg kasi kata 2, kalau dia bela ular ktorg tak nak balik lagi umah dia. Terus cancel kan.




So kalau family outing on weekend, Pasar Pudu ni memang kena masuk dalam list jejalan tuh. Yelah nak tambah ikan, ganti pump ikan, makanan kura-kura, beli akuarium dan memacam lagi lah. Ramai orang kata, harga memang amat murah berbanding kalau korang pi shopping kat pet shop area umah korang kan. Yang aku perasan lebih 50% murahnya kalau korang beli accesories untuk pets ni. 

Ikan Koi Saiz Medium RM30 seekor


Kalau pagi ahad, orang bukan main ramai. Parking punyalah susah. Siap double park kat area depan umah orang tu kan. Ktorg suka pi petang2 sket. Orang pun dah kurang, ikan pun boleh dapat harga lagi murah lagi kan. 

Cacing untuk pi mancing

Cinta kura-kura

Itulah kalau korang kaki binatang2 comel cam ktorg ni eloklah ke sini. Korang boleh nampak perbezaan harga yang amat ketara kan.

Actually banyak lagi citer pasal Pasar Pudu ni, nantilah bila ada free2 aku citer lagi ek.

CLP notes : Kak Jemah aku bukan main gangster dah skrg ni. Asyik nak gaduh je dengan Si Acai ni lah. Geramm aku..