Tuesday, March 27, 2012

Kembalilah KepadaKu

Hi Korang,

Kawan aku ni mintak tolong spreadkan news pasal kucingnya di jumpai


Hah, comel kan. Nama Garfield. Maybe kat collar dia ada tulis kot. Jumpa kat sekolah agama seksyen 27 Shah Alam. Ermm must be owner dia pun orang Shah Alam gak kan. 

So korang, mintak tolong spread the news k..

Info : http://kucingterbiaranjingjalanan.blogspot.com/2012/03/bantu-sebarkan-poster-garfield.html

Dapat pahala wei..


Layan Green Tea Di Pagi Hari


Hi Korang,

Selalunya apa yang korang minum time breakfast? Aku haruslah coffee, black lagi memang kaw-kaw lah. Sebab dah biasa terikut2 style mamat german yang kat opis aku ni. Kopi hitam pekat kaw punya then letak creamer sesudu. Gila tak? Tak dapatlah nak korang bayangkan betapa pahitnya melekat kat tekak kan.


Then bila aku kena consult dengan Auntie Ema masa berspa hari tuh yang katanya dalam badan aku ni banyak asid so aku dah mula risau. Bukan risau sebab gemuk but takut aku akan asyik sakit selalu. Lepas tu langsung aku tak amik black coffee lagi. Aku belasah minum air suam time breakfast even makan roti canai pun dengan air suam. Sadis sungguh.

Bos bald aku pun perasan kenapa aku jadi cam nie kan. So sembang2 walaupun dalam hati segan yang amat kan, dia suggest for time being ni minum green tea dulu. So tak de lah manis or pahit sangat kan. Just nice.

Aku ni plak tak sure apa yang dia cakap then I googled it!. Hah ko memacam yang keistimewaan Green Tea ni. Tak kiraslah apa jenis brand yang korang minum pun functionnya sangat bagus. Salah satunya ialah mempunyai kandungan antioksida yg jauh lebih baik dari vitamin C. Selain itu teh hijau membantu mencegah badan dari sebarang sel kanser disamping menurunkan paras gula dalam darah sesorang. Secara tak langsung, badan akan terasa sihat dan segar selalu. Terdapat juga kajian yang membuktikan green tea dapat merendahkan paras kolesterol.

Bila baca cam best plak kan, terus now aku amalkan cuba minum tiap2 pagi kat opis. Kira ok lah daripada melantak black coffee kan. Yelah mencegah sebelum parah, nanti jadi apa-apa kan susah.

Kita tengok cam ne nanti, turun ke tak asid dalam badan aku ni.

CLP notes : Kalau kolesterol turun, maknanya aku jadi kuruslah ek... Ishkk harapanlah sangat kan.


Monday, March 26, 2012

Dinner @ Milwaukee Steak Corner , Not Bad Lah


Hi Korang,

Aku selalu makan kat sini but selalunya lupa nak amik gambo lah. Yelah perut dah lapo haruslah bedal tak henggat kan. So recently ni Mr Big ingatkan aku kalau nak buat food review sila amik gambo dulu sebelum makan and yes I did!

Ktorg suka makan kat Milwaukee Steak Corner ni coz ada live band dan jus kedondong asam boi yang mantop.


Restoran Milwaukee Steak Corner ni ber konsepkan western food. Ye sangat western tapi sesuai dengan harganya. 


Restoran ni 2 tingkat so yang tingkat bawah tu untuk yang nak lepak2 sambil isap rokok, tengok screen beso ke kan. Aku prefer duk tingkat atas coz ada live band dan berair-cond.

Meh tengok apa yang ktorg makan hari tuh.


Chuross ni as compliment masa tunggu food sampai, ala2 kepok gitu lah tapi ianya cam biskut.


Mushroom soup yang rotinya di jadikan mangkuk sup, by the time sup kering roti pun abis gak. Banyak plak tu.


Hah ini lah jus kedondong asam boi. Kalau cawan dah beso tu tau lah sape punya kan. Haruslah Mr Big, tengoklah saiz badan. Aku je minum blackcurrent comel tuh.


Big Bird Ostrich ni aku punya coz dah lama tak makan kan. Sedap dan lembut.


Mr Big punya Oscar Rib Eye Steak, siap ada udang beso tuh. 


Kat sini, sos or gravy di asingkan so pelanggan leh nak letak banyak ke sket kan. Kalau nak sedap lagi, letak sos keluaran Milwaukee Steak Corner ni sendiri sebagai penambah rasa. Ok gak lah.

Hah, korang mesti cam teruja kan bila tengok gambo yang ktorg makan tuh. So nak ke sini, alah senang je


Restoran Milwaukee Steak Corner
No. 13G, Jalan Kasturi 1,
Plaza Kasturi Off Jalan Balakong,
43200 Cheras, Selangor

Direction : Kat tepi jalan menuju ke Jusco Balakong, Seberang jalan tu ada kedai perabot banyak sangat. 

Tapi aku rasa ramai orang ingat, kedai ni kedai cina coz the decoration tuh nampak cam bar dan pub je but exactly langsung tak lah. Dari segi harga plak, tak de lah mahal mana pun berpatutan dengan hidangan lah. 

Kalau korang leh makan Tony Roman tu selalu, Milwaukee Steak Corner ni korang leh makan tiap2 bulan. Cuma bagi ktorg kalau dah teragak tuh, pi je makan kan bukan susah pun.

Enjoy!

CLP notes : Macam nak makan kat sini lah malam ni. slurrppp!!