Friday, March 23, 2012

Hunger Games Premiere Screening

Hi Korang,

Lama dah tak pi dating tengok wayang kan. So Mr Big apply citer Hunger Games ni. Then dapat plak ticket free dari Nuffnang. Apalagi pi lah tengok kat E-Curve. Ramai betul orang coz ada yang dapat free ticket dari company lain gak. Nak masuk pun boleh jem coz diorg nak check bag bagai kan.

Sempatlah sembang2 dengan Putra87, si pengantin baru Jamar dan Cik Nunu, adik beradik Zaid dan Uzair sementara nak masuk tuh.


Meh layan sinopsis sket filem Hunger Games ni:



Every year in the ruins of what was once North America, the evil Capitol of the nation of Panem forces each of its twelve districts to send a teenage boy and girl to compete in the Hunger Games. A twisted punishment for a past uprising and an ongoing government intimidation tactic, The Hunger Games are a nationally televised event in which “Tributes” must fight with one another until one survivor remains.

Pitted against highly-trained Tributes who have prepared for these Games their entire lives, Katniss is forced to rely upon her sharp instincts as well as the mentorship of drunken former victor Haymitch Abernathy. If she’s ever to return home to District 12, Katniss must make impossible choices in the arena that weigh survival against humanity and life against love.


Bagi aku:-

Jalan citernya slow sket. Aku hampir nak tertido untuk 1/2 jam yang pertama. Biasalah nak tunjuk pemandangan dalam District 12 tuh. Then barulah rancak sket dan faham jalan ceritanya. Game pasal hidup dan mati. Ada 24 peserta dan 1 je pemenang so kenalah diorg ni bunuh each other untuk survive. Action pun ngeri2 gak aku tengok.

Cam biasa Mr Big bagi 3/5 je coz dia rasa citer ni mengaibkan citer realiti tv. Last minute boleh tukar rules plak kan. Nasib baik budak berdua tu bijak so selamatlah diorg. Tapi ada yang tak selamat tau jeng jeng jeng..

Tak kan aku nak citer semua, korang pi tengok sendiri kat panggung je. 

CLP notes : Terperanjat aku bile ada binatang beso kuar dari semak tau... serammm uuuu


Thursday, March 22, 2012

Aku Suka Nasi Ayam Hailam

Hi Korang,

Sapa tak suka nasi ayam? angkat tangan cepat. Hah bagus tak de orang pun yang angkat. Gila ke tak suka nasi ayam. Sedap tuh. I like!


Hari tu aku purposely pegi makan nasi ayam hailam ni kat Damansara Uptown. Alah sebaris dengan Starbucks kat corner tuh. Ermm windu betul nak pi makan kat sana lah. Ntah tak tau kenapa, memang nasi ayam ni jadi favourite time lunch masa aku keje kat Subang dulu.


Apa yang sedap? may be ayamnya kot. Banyak isinya dalam satu pinggan. Walaupun part isi tapi takde lah dagingnya keras sangat kan.


Kemudian di tambah plak dengan minuman air soya sejuk sebotol ni mana tak mantapnya kan. Lagilah bertambah2 aku makan. Langsung tak pandang kiri kanan orang lalu lalang kan.


Satu hidangan lengkap nasi ayam hailam. Ada sup, sambal cili dan sambal putih (halia + bawang putih kot) aku rasalah lepas aku makan. Selalunya ktorg mesti order 3 pinggan nasi ayam hailam ni, yang satu tu extra untuk tambah. Teruk kan, kuat makan sesangat but I like!


Hah kat sinilah ktorg makan. Nasi ayam hailam Damansara Utama branch. Diorg tak silap aku ada branch kat   Ampang Point dan Bukit Bintang gak.

Korang suke nasi ayam tak?

CLP notes : Nasib baik tak kuar kepak kan, asyik makan nasi ayam je selalu


Pentingnya Pengetahuan ‘Malaysia Mummies’ Mengenai Keperluan Nutrisi Si Kecil


Hi Korang,

Hari tuh aku dapat join an informative talk from Nutrition Society Of Malaysia (NSM) mengenai pemakanan si kecil ni. 



Eh, eventho aku ni belum lagi mommy to-be but this talk memang best banyak sangat mengajar sesuatu.


Emcee for this programme is Naz which is aku rasa dia memang teruja sekali coz his wife is expecting for 9 month pun ada ikut sekali join talk ni. Kira nak tambah ilmu pengetahuan.


Dr Tee E Siong selaku presenter dalam programme ni dan juga President of Nutrition Society Of Malaysia bercerita mengenai kajiselidik yang telah di jalankan kepada 300 ibu-ibu di Malaysia ni tentang pemilihan makanan yang sesuai untuk anak-anak mereka yang berumur 1 hingga 3 tahun.


Dari survey tu NSM mendapati 74% mummies tak pandai nak baca nutrition information label kat produk makanan kanak2. Majoriti beli disebabkan packaging yang cantik dan juga kalau ada dapat freebies yang menarik.  Then dalam survey lain,ada plak 55% mummies yang baca nutrition information label tu dan percaya lebih bagus jika ada satu kandungan paling tinggi dalam produk tersebut yang sesuai untuk anak2 mereka tanpa mengetahui jenis2 nutrisi yang lain.


Ada plak 68% mummies yang beli susu itu apa yang kengkawan lain cadangkan dan juga iklan di media electronic dan massa tanpa hiraukan faktor2 nutrisi samaada sesuai atau tidak untuk si manja mereka.

Memula tuh aku pun cam pelik gak, percentage yang NSM bagi ni but lepas tengok video yang ditayangkan masa diorg conduct the survey that baru aku percaya apa yang diorg maksudkan tuh. Maybe diorg ni tak de masa nak baca or survey pasal pemakanan anak-anak ni kan. Janji cukup makan, cukup pakai dah lah kan. Zaman sekarang ni segalanya nak mudah dan cepat kan.

Serius memang banyak ilmu dan infomasi yang aku dapat tahu dari programme ni. Nanti aku share dengan korang cam ne nak memilih makanan yang sesuai dengan membaca nutrition information label kat sesuatu produk tu ek.


So thank you Nutrition Society Of Malaysia coz sudi jemput aku dalam majlis ilmu cam ni. Yang pasti aku sekarang dah tahu camne nak pilih growing up milk untuk child bila aku ada anak nanti. Bukan setakat susu malah makanan2 lain jugak lah.

Untuk nak tahu lebih details pasal tips and informasi mengenai pemakanan korang leh check it out kat Nutrition Society Of Malaysia punya website www.nutriweb.org.my. Or korang je je call Abbott Nutrition Careline di 1800-88-6233, Monday – Friday (9am - 6pm).

CLP notes : Ingat senang ke nak jadi mak zaman sekarang ni. Semuanya kene research ye..