Wednesday, March 21, 2012

Lunch Yang Menarik @ 28th Floor, The Club Bridge Bar G-Tower KL


Hi Korang,

Semalam ada keje sket kat G-Tower Jalan Ampang tuh. Dari pagi ada seminar sampailah ke tengahari. So abis je seminar, ada lah sket jamuan makan. Alah simple2 je dishnya but semuanya healthy.


Ada bridge kat 28th floor ni. seram sejuk nengoknya

Yang bestnya seminar kat Mezzanine floor tapi lunch kat 28th floor, The Club Bridge Bar. Hah ko memang cantik betul tempat ni. 

Simple Buffet Table

Tempat makan yang syiok

Deco pasal sejarah Malaysia

Deconya simple dan menariklah. Susunan meja teratur je so tak de lah orang serabut sangat nak pilih tempat duduk kan. So sambil makan dapatlah enjoy tengok KL view dari tingkat 28. 

Tengok apa aku makan :-

Salad yang pelbagai jenis

Dessert yang menambat hati

My perfect lunch - semua ada

Sket je amik dessert

Simple je kan. Cukuplah sekadar alas perut untuk tengahari tuh. Rasanya dish yang simple lagi sedap di makan. Aku siap tambah lauk halibut masak lemak tuh. Pedas. 


Dessert Creme Brulee plak aku bedal sampai 3 sudu sebab sedap dan tak berapa manis sangat. 

Ampang Park

The Intermark Building, KL

Jalan Ampang yang selalu jem

Volkswagen Building, Jalan Tun Razak - kecik je


Tak sangka memang cantik KL dari 28th floor nie. Redup nya dan angin pun sepoi2 bertiup kan.

Thks to Ms Loh dan Nutrition Society of Malaysia.

CLP notes : Nanti nak ajak Mr Big makan kat sini lah. Boleh layan view cantik lagi.


Manjakan Diri Di Anjung Jelita Spa and Beauty Centre

Hi Korang,

Lama betul rasanya tak rehatkan badan ke spa lah. Bukan kat rumah tu tak rehat but nak jugak manjakan badan aku ni. Yelah keja dah penat2 so sekali sekala haruslah lepaking sket kan. Nak cari spa kat area Bangi, Kajang dan Putrajaya ni memanglah payah. Susah betul nak jumpa.


Kebetulan plak my fren Bella jemput aku ke spanya. Oit pucuk dicita ulam mendatang. Dekat dengan area umah aku plak tuh. Sememangnya aku tak tau pun yang Bella ni ada spa. Hebatkan. Muda2 lagi dah jadi tokey. Spa Anjung Jelita ni khas untuk perempuan sahaja, so Mr Big jangan ada hati nak ikut ye.


So weekend hari tuh, aku terus buat booking kat Anjung Jelita Spa and Beauty Centre. Lepas siapkan breakfast untuk Mr Big terus ke sini. Cantik spanya ala-ala modern komtemporari. Masuk-masuk je dah bau aromaterapi, nyaman je di tambah plak dengan muzik yang menenangkan jiwa. Rasa rileks sangat. Sambil nak tunggu diorg siapkan bilik, aku enjoy duduk kat hall. Boleh layan tv dan juga boleh tengok ikan koi yang duk berenang kat kolam kecil kat sini.


So sebelum berurut tuh, aku dihidangkan dengan secawan earl grey tea dan juga dapat compliment ‘Foot Bath’. Ini sudah menarik. Kaki pun dah lama tak berendam dengan air panas. Dalam tempat rendaman kaki ni ada rock salt, aromaterapi oil dan bunga2. Bau wangi je.


Sebab dah lama betul tak berurut badan so aku cuba Hot Stone Massage, Sauna dan Full Body Scrub. Hah sekali 3 aku sapu. Betul2 manjalah badan aku kan.

Meh aku citer sket pasal 3 service ni ek.


Hot Stone Massage
Ini yang buatkan aku teruja sangat nak cuba. First time tuh. Sapu minyak dulu sebelum letak batu ni.  Rupanya batu yang digunakan ialah batu marble yang direndam dengan air panas pada suhu tertentu lah. Kemudia batu2 ni akan di susun di tulang belakang aku then dari situ Auntie Ema (auntie tukang urut) akan mengurut dengan mengunakan batu tersebut. La korang jangan lah takut, kata je batu tu panas tapi bila letak kat badan tak de lah rasa panas pun. Boleh rasa darah dalam urat dah start mengalir ikut salurannya. Actually setiap batu yang di letakkan tu ada fungsi yang tersendiri. Itu yang Auntie Ema citer kat aku. Aku rasa lama gak lebih kurang 45 minit kot coz bila start mengurut aku pun start nak tidur. Mana taknya sedap kan haruslah fikiran melayang2 dibuai kesedapan.


Sauna
Lepas abis tuh, aku masuk ke bilik sauna plak. Comel je bilik sauna ni tapi boleh 2 orang sekali masuk ye. So Auntie Ema dah setkan time dan suhu  yang sepatutnya then terus aku dulu dalam tuh. Sambil baca majalah ni. Banyak gak peluh jantan menitik kuar. Eh, baguslah kan kira cam lemak dah nak start pecah tuh. Ni kejap je rasanya 20 minit kot.


Full Body Scrub
Ini best. Lepas aku bersauna bagai ni,baru lah Auntie Ema mula scrub badan aku. Alahai malu plak coz semua tempat dia sapu scrub. Abis tanggal semua kulit2 mati. Lagi plak aku ni baru je baik dari sakit kulit harituh, so tanda2 hitam yang ada kat badan tuh mula hilang. Hah ko, memang aku suruh Auntie Ema tu gosok kuat sket biar tanggal daki2 yang melekat tu kan. Aku tanyalah bahan scrub ni beli kat mana then dia jawab ni homemade scrub. Ada campuran beras pulut, sugar, yogurt, susu dan ada lagi. Oo patutlah bau pun wangi dan sedap. Macam2 bahan ada dalam ni. Memang terasa bahan2 tu absorb ke kulit kan. Lama gak lebih kurang 45 minit cam tu, yelah banyak tempat nak gosok kan.


Abis body scrub tu, aku mandi. Time mandi tu terus terasa yang kulit dan mula cerah dan rasa lembut je. Bau scrub tu pun still ada lagi. Even masa aku tulis entry ni pun, aku still rasa kulit tangan aku lembut je.


Lepas je mandi dan bersiap memang rasa rilek betul. Selesa sangat. Sambil minum tea tu borak2 dengan Bella pasal massage session ni. Memang terbaik.


Aku memang nak rekomen korang ke Anjung Jelita Spa and Beauty Centre ni. Selain dari body massage ada juga facial yang pelbagai jenis, jakuzi, manicure, pedicure, service spa untuk bakal pengantin, service urutan untuk yang baru bersalin dan memacam lagi lah. Nanti aku citer nak next entry je.

Meh, check it out anjung Jelita spa nie


    Anjung Jelita Spa and Beauty Centre (002104612-D)
    115-1A & 1B, Jalan TKS 1,
Taman Kajang Sentral,
43000 Kajang,
Selangor Darul Ehsan.
03-87364412



Rasanya memang nak ke sini lagi untuk cuba service yang lelain plak. Cam best je. Bagi korang yang duk dekat2 area Kajang, Bangi, Putraya, Semenyih ke memang sesuailah ke sini coz dekat dan harganya pun berpatutan lah. Lagipun Spa ni ada sediakan surau dan juga free WiFi so seronoklah yang jadi tukang tunggu kan, berinternet je lah.


Nie nak pesan sket, sebelum ke spa korang kene :-
·  Don't eat a heavy meal before the massage
·  If it's your first time at the clinic or spa, arrive at least 10 minutes early to complete the necessary forms. Otherwise, arrive 5 minutes early so you can have a few minutes to rest and relax before starting the massage.


Thanks Anjung Jelita Spa and Beauty Centre. Definitely aku akan ke sini lagi.


Oh ya, untuk korang nak join aku ke Anjung Jelita Spa and Beauty Centre ni dengan diskaun RM50 cash voucher tunggu entry seterusnya tau. Aku ada 2 cash voucher nie. So tunggu….

Nak aku belanje pi SPA ni meh click kat sini :

CLP notes : Balik je Mr Big cakap kulit dah nampak putih bersih je, rasa pun dah lembut. Bestnya..



Tuesday, March 20, 2012

Sinopsis Filem MY WAY

Hi Korang,

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda  Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. 


Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel. 


Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. 



Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu. 


Cam best ek, leh layan gak filem nie kan..