Tuesday, March 20, 2012

Sinopsis Filem MY WAY

Hi Korang,

Sebuah filem berdasarkan kisah benar peristiwa perang dunia kedua ini bermula dengan pertemuan dua pemuda dari dua Negara. Jun-Shik (Jang Dong-Gun), pemuda Korea yang bercita-cita ingin menjadi seorang jaguh marathon seperti idolanya dan Hasegawa Tatsuo (Joe Odagiri), pemuda  Jepun yang mempunyai kehebatan larian seperti Jun-Shik. Mereka bertemu sebagai musuh pada zaman kanak-kanak lagi apabila masing-masing mahu menunjukkan kehebatan larian mereka. 


Namun segalanya berubah apabila Jun-Shik dan rakan baiknya Kim In-Kwon (Lee Jong-Dae) dikerah menjadi tentera Jepun akibat rusuhan yang mereka lakukan ketika kemenangan yang sepatutnya milik Jun-Shik, diberikan kepada Tatsuo dalam pemilihan marathon Olimpik Tokyo. Lebih menyakitkan apabila Tatsuo pula mengetuai tentera Jepun sebagai Kolonel. 


Penglibatan mereka berdua dalam peperangan dunia kedua telah merapatkan jurang permusuhan, lebih-lebih lagi apabila tentera Jepun kalah kepada tentera Soviet dan memaksa Tatsuo melucutkan jawatannya dan menjadi tawanan perang tentera soviet bersama Jun-Shik. Mereka dikerah bersama tawanan perang yang lain untuk berperang dengan tentera Jerman sehingga menyebabkan perpisahan terjadi antara keduanya dalam peperangan paling teruk dalam era perang dunia kedua.

Tatsuo yang mula menyedari sikapnya yang mementingkan diri akhirnya berjaya bertemu kembali dengan Jun-Shik apabila mereka sama-sama berada di kem tentera Jerman di Normandy, Perancis. Kali ini mereka sepakat untuk melarikan diri dari kem tentera tersebut dan kembali ke Korea untuk meneruskan cita-cita mereka menjadi jaguh marathon. 



Berjayakah misi mereka? Saksikan perjalanan perit yang diharungi oleh dua pemuda ini yang dahulunya musuh kini bergantung harapan sesama sendiri demi mencapai impian mereka yang satu. 


Cam best ek, leh layan gak filem nie kan..



KISS ME and You Know It!

Hi Korang,

Petang semalam Mr Big balik dengan bawak satu paper bag di tangan. Tak kecik dan tak besar.

Mr Big : This is for you.
Me : Ishk really? Apa nie. Lipstick and lip gloss. Ermm ye ke?
Mr Big : Tak de apa lah small gift. My officemate said that this brand quite good for women like you who like natural make-up.
Me : Sounds good. Let me try lah.


First aku cuba KISS ME Heavy Rotation Milky Color Lips - #01 Pure Pink

Warnanya macam Nude Color but ada nampak cam pinkish sket. Then boleh bau strawberry milk. Rasacam nak makan je. Ada 5 kandungan kecantikan dalam Milky Color Lips ni which is Hyaluronic acid,Collagen, Macadamia nut oil, Mango butter (mango seed oil), coconut oil ini untuk mengelakkan bibir dari mengelupas dengan juga memberi kelembapan

Sebelum letak Milky Color Lip

Selepas sapu Milky Color Lip - Natural kan warnanya

Rupanya Milky Color Lips ni berupaya untuk memulihkan dan melindungi kesan kemerahan atau kekusaman bibir kita dengan menyapukannya secara nipis je, ianya dah membuatkan bibir kita tampak lembut dan membuatkan make up kita lebih terserlah.


Kalau nak lebih cantik lagi, boleh sapukan lip gloss di atas bibir yang dah disapukan dengan Milky Color Lips ni. Tak payah nak takut-takut bukan lipstick tu boleh hilang malah lagi serlahkan bibir ada lah kan.

Then aku cuba plak KISS ME Heavy Rotation Pure Color Gloss - #02 Lady Pink


Bila dah kenakan Pure Color Gloss rasa nampak segar je sebab ianya nampak pekat dan long lasting. Ianya dihasilkan daripada 3 bahan serum which is Collagen, Hyluronic acid dan Chamomile extract yang boleh buatkan bibir kita jadi lembap.




Cara nak pakai pun senang sebab brushnya yang berbentuk seperti sudu membolehkan ianya disapu secara sekata dan cantik 


Combine 2 color  - Pure Pink dan Lady Pink

Lepas letak Milky Color Lip dan Pure Color Gloss - Cantikkan

Dear, meh KISS ME..

Yang best tuh, ianya boleh digunakan sebagai Lip Gloss kepada lipstick atau boleh digunakan begitu je tanpa lipstick. Still cantik jugak.

Bibir nipis katanya

Mr Big kata pun not bad gak coz bila berKISS ME dengan dia takdelah kesan kan, yelah ala-ala natural so tak berapa nak nampak sangat lah kan. Tengok hasilnya aku berKISS ME ni kan. Kelakar betul rupanya.




Ini first time aku gunakan produk KISS ME ni dari Japan. Selalunya aku beli produk local je. Bila dah cuba rasa cam seronok plak dan rasa best pun ada.  



Anyway, not bad jugak produk KISS ME nie. Sangat sesuai untuk orang2 yang really loves natural make- up. Definitely aku akan dapatkan secepat mungkin.

Ermm sukanya.. I like!



Monday, March 19, 2012

Seronok Jugak Menonton K-Pop SM*SH Mini Showcase @ Bukit Bintang

Hi Korang,


p/s : gambo sekarang tak cantik coz kene kecikkan pixel sket. dah petang sket baru upload balik yang cantik ek. Harap maaf lah. (internet cam siput bab* betul lah) so baca citer dulu lah ek


Kan hari tuh dah dapat pi Meet and Greet session dengan bebudak SM*SH ni kan, so weekend lepas dapat jugak pegi ke mini showcase diorg ni kat Sg Wang Plaza. Pegi under MEDIA so dapatlah priority tempat duduk. Kalau tak lenguh gak nak berdiri lelama. 


Sambutan memang amat menggalakkan. Ramai gile peminat SM*SH kat Malaysia ni. Majoriti nya bebudak remaja pompuan lah. Memang very die hard fan lah. Semua lagu diorg hafal dan each dengan kesemua anggota kumpulan SM*SH ni. Hebatlah totally memang groupies betul.


Show start dalam kul 3pm lebih kurang cam tu lah. SM*SH mendendangkan 5 lagu dari first album mereka iaitu I heart u, Ada Cinta dan ada lagi yang aku leh terlupa tajuk plak. Kalau nyanyi tau plak kan.

Nah, tengoklah few shot yang Mr Big sempat amik.








Hah, macam tu lah sambutan peminat SM*SH. Totally luar biasa. Ada yang aku nampak siap tolak2 security/bodyguard masa SM*SH start perform tuh. Kagum jugak aku dengan SM* SH ni. Walaupun baru lagi dalam industri muzik K-Pop ni but dah menang banyak awards termasuklah anugerah '1 Million Award'. Sangat hebat.

So anyway thanks to Nuffnang coz pilih ktorg ni jadi agen Social Media for SM*SH ni. Dapat jugaklah sebarkan cerita tentang SM*SH. Daripada orang tak tau dan tak kenal trus je orang2 kat Malaysia ni kenal SM*SH. Sampai kat twitter ada orang tanya Zaid yang dia ni ke manager SM*SH. Tergelak2 bila aku baca tweet tuh. 

Actually lagu2 dalam album SM*SH ni memang K-Pop but it easy to layan lah coz liriknya yang simple dan menusuk jiwa. hakhakhakahkah

CLP notes : Pas ni dah kene tukar fesyen K-Pop plak kan. Amik gambo buat love love kat dada. kahakhakhakah

p/s : gambo sekarang tak cantik coz kene kecikkan pixel sket. dah petang sket baru upload balik yang cantik ek. Harap maaf lah. (internet cam siput bab* betul lah)