Monday, March 19, 2012

Seronok Jugak Menonton K-Pop SM*SH Mini Showcase @ Bukit Bintang

Hi Korang,


p/s : gambo sekarang tak cantik coz kene kecikkan pixel sket. dah petang sket baru upload balik yang cantik ek. Harap maaf lah. (internet cam siput bab* betul lah) so baca citer dulu lah ek


Kan hari tuh dah dapat pi Meet and Greet session dengan bebudak SM*SH ni kan, so weekend lepas dapat jugak pegi ke mini showcase diorg ni kat Sg Wang Plaza. Pegi under MEDIA so dapatlah priority tempat duduk. Kalau tak lenguh gak nak berdiri lelama. 


Sambutan memang amat menggalakkan. Ramai gile peminat SM*SH kat Malaysia ni. Majoriti nya bebudak remaja pompuan lah. Memang very die hard fan lah. Semua lagu diorg hafal dan each dengan kesemua anggota kumpulan SM*SH ni. Hebatlah totally memang groupies betul.


Show start dalam kul 3pm lebih kurang cam tu lah. SM*SH mendendangkan 5 lagu dari first album mereka iaitu I heart u, Ada Cinta dan ada lagi yang aku leh terlupa tajuk plak. Kalau nyanyi tau plak kan.

Nah, tengoklah few shot yang Mr Big sempat amik.








Hah, macam tu lah sambutan peminat SM*SH. Totally luar biasa. Ada yang aku nampak siap tolak2 security/bodyguard masa SM*SH start perform tuh. Kagum jugak aku dengan SM* SH ni. Walaupun baru lagi dalam industri muzik K-Pop ni but dah menang banyak awards termasuklah anugerah '1 Million Award'. Sangat hebat.

So anyway thanks to Nuffnang coz pilih ktorg ni jadi agen Social Media for SM*SH ni. Dapat jugaklah sebarkan cerita tentang SM*SH. Daripada orang tak tau dan tak kenal trus je orang2 kat Malaysia ni kenal SM*SH. Sampai kat twitter ada orang tanya Zaid yang dia ni ke manager SM*SH. Tergelak2 bila aku baca tweet tuh. 

Actually lagu2 dalam album SM*SH ni memang K-Pop but it easy to layan lah coz liriknya yang simple dan menusuk jiwa. hakhakhakahkah

CLP notes : Pas ni dah kene tukar fesyen K-Pop plak kan. Amik gambo buat love love kat dada. kahakhakhakah

p/s : gambo sekarang tak cantik coz kene kecikkan pixel sket. dah petang sket baru upload balik yang cantik ek. Harap maaf lah. (internet cam siput bab* betul lah)


Hot Air Balloon Fiesta @ Putrajaya

Hi Korang,

Fiesta Belon Udara Panas dan pun abis malam tadi dan rasanya ramai blogger yang lepak kat sini untuk jejalan, photoshoot, blogger gathering dan memacam lagi kan.

Ktorg pun pegi gak coz tak de apa nak buat petang semalam so singgahlah ke sini. Nothing special pun sama je cam tahun2 yang sudah. Orang ramai, nak makan sesak, orang jual belon dan payung melambak2 dan juga orang2 yang bercamera DSLR pun tak ketinggalan ke sini kan.

Mr Big pun sibuk gak nak bawak DSLR dia coz nak amik gambo bebelon tu kan. Nie ada sket aku letak kan entry yang lelain tuh tak yah coz aku malas nak edit.

Kecik betul aku rasa lah

Cantik gambo ni.

Dia pun nak jugak

Dia lagi

Baru ada muka aku kan

Sememangnya event yang penuh dengan belon2 panas yelah dah nama pun Hot Air Balloon Fiesta kan, haruslah banyak belon. Apalah aku nie ishkkk

CLP notes : Dah 4 tahun aku still tak dapat naik belon panas ni kan. Manusia memang totally ramai btul.


Sunday, March 18, 2012

Aku Ketagihan Yang Amat

Hi Korang,

Rasanya bulan ni aku agak kopak sket sebab dah ketagihan sesuatu. Hah, itulah aku pun tak sure apa puncanya. Maybe masa aku first time merasa menda alah yang sedap ni, terus rasa ketagih kan.

Eh,bukan menda yang salah ek. Menda baik punya lah..


Selalunya bekala untuk menda ni kan kat sini lah aku dapatkan.

Nak tau apa dia? Ermm inilah

Mocha Frappacino

First time rasa memang sampai ke tekak lah. Ada plak serdak2 coklat bila time sedut tuh. Mana tak best kan. Coklatnya pure sungguh.


Seminggu mesti 3 kali nak pekena kan. Bayangkan satu cawan grande RM16.90. Kalau di darab 3 kali seminggu dah berapa kan. Ishkk memang terasa membazirnya. Tapi bila ingatkan kesedapannya sampai ke tekak terus tak perlah janji rasa puas kan.

Korang, jangan ikut cara bengong aku ni ek.. 

CLP notes : Mana tak gemuk, kalau selalu sangat bedal menda ni kan..