Monday, March 19, 2012

Hot Air Balloon Fiesta @ Putrajaya

Hi Korang,

Fiesta Belon Udara Panas dan pun abis malam tadi dan rasanya ramai blogger yang lepak kat sini untuk jejalan, photoshoot, blogger gathering dan memacam lagi kan.

Ktorg pun pegi gak coz tak de apa nak buat petang semalam so singgahlah ke sini. Nothing special pun sama je cam tahun2 yang sudah. Orang ramai, nak makan sesak, orang jual belon dan payung melambak2 dan juga orang2 yang bercamera DSLR pun tak ketinggalan ke sini kan.

Mr Big pun sibuk gak nak bawak DSLR dia coz nak amik gambo bebelon tu kan. Nie ada sket aku letak kan entry yang lelain tuh tak yah coz aku malas nak edit.

Kecik betul aku rasa lah

Cantik gambo ni.

Dia pun nak jugak

Dia lagi

Baru ada muka aku kan

Sememangnya event yang penuh dengan belon2 panas yelah dah nama pun Hot Air Balloon Fiesta kan, haruslah banyak belon. Apalah aku nie ishkkk

CLP notes : Dah 4 tahun aku still tak dapat naik belon panas ni kan. Manusia memang totally ramai btul.


Sunday, March 18, 2012

Aku Ketagihan Yang Amat

Hi Korang,

Rasanya bulan ni aku agak kopak sket sebab dah ketagihan sesuatu. Hah, itulah aku pun tak sure apa puncanya. Maybe masa aku first time merasa menda alah yang sedap ni, terus rasa ketagih kan.

Eh,bukan menda yang salah ek. Menda baik punya lah..


Selalunya bekala untuk menda ni kan kat sini lah aku dapatkan.

Nak tau apa dia? Ermm inilah

Mocha Frappacino

First time rasa memang sampai ke tekak lah. Ada plak serdak2 coklat bila time sedut tuh. Mana tak best kan. Coklatnya pure sungguh.


Seminggu mesti 3 kali nak pekena kan. Bayangkan satu cawan grande RM16.90. Kalau di darab 3 kali seminggu dah berapa kan. Ishkk memang terasa membazirnya. Tapi bila ingatkan kesedapannya sampai ke tekak terus tak perlah janji rasa puas kan.

Korang, jangan ikut cara bengong aku ni ek.. 

CLP notes : Mana tak gemuk, kalau selalu sangat bedal menda ni kan..


Saturday, March 17, 2012

Barangan Yang Harus Di Beli Ketika Bercuti Di Langkawi

Hi Korang,

Kan aku citer harituh aku sekeluarga pi bercuti ke Langkawi dan Padang Besar kan. So adalah shopping mopping untuk diri sendiri dan jugak untuk umah.

Aku rasa kalau korang pi Langkawi pun memang inilah barang-barang yang tak harus di lepaskan begitu sahaja time shopping kan.

Periuk belanga

Cutlery Set dan Spice punya tempat

Travel Bag. Cantik tak? Comey kan

Barangan Gamat

Toto Dari Padang Besar

Coklat


Ada lagi barang lain yang aku beli macam baju, kain batik, seluar, kasut, keychain, fridge magnet dan memacam lagi lah. Malas nak amik gambo coz semua dah simpan.

Hah, aku pasti ramai yang setuju dengan barang2 yang aku beli kan. Semuanya berguna walaupun kebanyakan barang2 ni aku dah ada. Orang kata sekadar nak tambahkan koleksi je. 

Total harga barang yang di beli? ermm tak sampai RM1K pun. Lebih kurang RM600 je. Sket je aku belanja kan. Beli yang mana suka je.

So korang yang kaki shopping, kalau hendak ke Langkawi sila simpan duit sebanyak mungkin sebab memacam benda yang unik ada kat Langkawi ni tapi tak de kat KL tau dan yang penting ianya sangat murah.

CLP notes : Nyesal tak kumpul duit, kalau tak lagi banyak aku shopping lah.