Friday, March 16, 2012

Meet And Greet With Indonesia SM*SH K-Pop Band

Hi Korang,

Semalam aku dapat lagi invitation ke Meet and Greet dengan Kumpulan K-Pop Indonesia yang tengah hot dan meletop2 di Indonesia ni SM*SH. Hah jangan ingat aku tak layan ok K-Pop. 


Session di adakan kat Dareen Restaurant Solaris Mont Kiara. Restaurant sajian timur tengah. Diorg sampai agak lambat sket due to van rosak ditengah jalan. Ingatkan ramai media yang datang rupanya reader dari Budiey.com yang hadir. Diorg ni memang die hard fan kumpulan SM*SH ni. 



Sempat jugak aku berkenalan dengan mereka bertujuh ni. Ramah-ramah semuanya dan funny too. Mereka terdiri daripada anak muda yang cukup jambu-jambu coz kebanyakan mereka ni mempunyai darah campuran.  


Morgan Oey

Rangga Dewamoela S

Rafael dan Reza Anugrah

Ilham Fauzi

  • Dicky M Prasetya
  • Bisma Karisma

So sambil dinner tuh, ktorg bloggers ni borak2 mereka ni. Table aku ada Rangga dan Reza. Hah sembang tak hinggat. Macam-macam topik but yang best tu pasal makanan lah. 




Sempat jugak diorg ni nyanyi live lagu yang termuat dalam album mereka ni. Senyum dan semangat ciptaan komposer kita Audi Mok. sedap jugak aku dengar.


Anyway thanks Nuffnang dan Warner Music for this special invite. 


Nanti sabtu ni dapat pi tengok showcase diorg ni plak kat Sg Wang. Boleh nyanyi2 sama ek.

So untuk peminat SM*SH boleh datang ke mini showcase SM*SH ni di Sg Wang Plaza sabtu ni pukul 2pm. Mereka akan mendendangkan 5 lagu termasuk lagu Ada Cinta yang famous tu kan. Datang tau..



Ini Kembar Pelakon Shah Jazle

Hi Korang,

Rasanya macam tak caya je, pelakon Shah Jazle boleh datang ke Meet and Greet Kumpulan K-Pop dari Indonesia iaitu SM*SH. 

Tak caya? Meh tengok gambo ni


Apa macam sama kan? Itulah aku pun heran gak bila tengok mamat ni. Rupanya dia bukan kembar pelakon Shah Jazle tapi salah seorang ahli Kumpulan SM*SH ni.

Ok ok nanti aku citer lebih details lagi. Diaorg ni tak sombong langsung, kelakar ada lah.

CLP notes : Tup-tup terus pandai ngomo bahasa indonesia sekarang ni


Thursday, March 15, 2012

Family Shopping Holiday @ Northern Malaysia

Hi Korang,

2-3 hari ni blog aku cam kelam kabut sket. Entry kemana reply komen pun kemana. Bukan apa aku pi bercuti dengan family aku. Mr Big tak ikut coz dia tak dapat amik cuti last minit. So tinggal lah dia kat umah menjaga kak jemah, acai, penunggu gua dan si emas gangster. 


Alah mak aku ajak so ikut jelah. Malas nak bising2. Ktorg kemana lagi kan? Langkawi lah. Makcik2 aku ni suke sangat abiskan duit kat sana. Maklumlah duty free zone kan, of course segalanya murah. Baik pinggan mangkuk, coklat, travel bag, perfume dan memacam lagi lah.


Kitorg bertolak sabtu petang dari Melaka dan sampai Jetti Kuala Perlis. Naik carter bus. Senang sket penuh sekeluarga. Sorang kena bayar RM250 je. Siap hotel + ferry + entrance fee masuk tempat2 pelancongan. Kira murah kan. So first day to more on melawat sana sini macam Klim Geopark, Cable Car, Tempat Minyak Gamat, Dataran Lang, Kota Mahsuri, Beras Terbakar, Telaga Air Hangat, Waterworld dan lepak kat Pantai Cenang. 


The next day yang best tuh. Satu hari shopping. Dari pagi sampai ke petang. Ktorg ke Idaman Suri, Kedai Hj Ismail Group, Ram Shop dan segala mak neka kedai shopping kat Pekan Kuah tuh. Aku yang tak de menda nak beli ni pun terbabit sama gak kan. 


3rd day nak balik tuh tak leh nak cakap apa. Beg dah beranak2. Aku yang bawak backpack ni dah jadi 3-4 bag. Orang lain lagi lah siap 3-4 troli bertambah. Rasanya dalam ferry tu penuh dengan barang2 shopping. Jenuh nak memikulnya kan.


Kemudian, ktorg mesti kena singgah ke Padang Besar. Apalagi sambung shopping kat sana. Barang2 dari Siam haruslah murah2 kan. Aku sempat sambar baju 2-3 helai untuk Mr Big sebagai upah dia jaga binatang kesayangan aku tuh kan. Mak aku haruslah memborong tak ingat. Itu dia beli ini dia beli. Alah sekali sekala kata dia.

Ermm sekali sekala outing dengan family ni memang seronok. Boleh gossip lelama sket pasal itu ini. Yelah kalau jumpa biasa2 pun dapat borak kejap2 je kan. Tukar2 idea, tambah2 ilmu sket dan yang penting dapat amik gambo lompat bebanyak kan. kahkahkah

Aku sempat tanye makcik2 aku berapa dirog bawak duit pi holiday shopping ni kan. Averagenya sorang bawak RM3K untuk trip ni je. Boleh pitam kejap aku dengar lah. Giler banyak tuh. Aku? tak banyak bawak cuma RM1K je. Itu yang leh shopping sket2 je tu kan.

Erm nanti aku citer details lagi pasal tempat2 yang aku pi ek. Kalau semua citer kat entry ni boleh pengsan korang baca kan. Gambo pun aku tak amik banyak coz sibuk nau bershopping. 

CLP notes : Lain kali kalau nak pi holiday + shopping sila bawak duit bebanyak ye.