Wednesday, March 14, 2012

WW - Tabiat Makan Yang Buruk

Hi Korang,

Bila dah lapar cam ni lah jadinya..




Hakhakahkahkahakhakha sangat buruk dan memalukan but I  enjoy it!

CLP notes : Penat bercuti tak abis lagi nieh!


Tuesday, March 13, 2012

Terima Kasih Sue Anna Joe

Hi Korang,

Tengah duk check blog stats kat Nuffnang punya website tadi. Aku terpandang ni




Hah ko blogger photographer Sue Anna Joe singgah ke blog aku ni. Memang tak sangka betul. Maklumlah blog aku ni blog biasa-biasa je. Tup-tup blogger glamer datang lepak plak kan. Terus bangga sekejap lah.

Pada siapa yang tak kenal siapa Sue Anna Joe boleh check it out kat link blog dia yang aku dah highlight ni. Glamer dia ni, banyak masuk newspaper dah ni pasal kejayaan dia amik gambo kan. Orangnya comey je, pandai ambik gambo plak tuh. Aku pernah jumpa dia sekali masa Nuffnang Awards tahun lepas. Senyum je bila jumpa dengan blogger lain.

Anyway terima kasih kat Sue Anna Joe coz lepak kat sini ye.. Lain kali jemput datang lagi.

Alah korang pun jangan lah jeles ek, korang pun baik gak coz lagi selalu lepak kat blog aku ni kan.

Aku heart korang bebanyak lah..

Nak hadiah tak? meh komen lelaju kat sini ye.

CLP notes : Ni kira cam giveaway ke ek..




Monday, March 12, 2012

Hobi Baru Lagi

Hi Korang,

Selain dari bela ikan emas gangster dan udang galah si penunggu gua, aku dah tambah lagi koleksi pet yang baru.  Alah baru je berjinak-jinak dengan menda alah yang comel ni.

So memperkenalkan

Kak Jemah

Acai

Yup, 2 ekor kura-kura yang aku baru beli dari Pasar Pudu hari tuh. Memang comel dan murah plak tuh. Seekor dalam RM4.50 je.Murah kan. Mr Big siap beli rumah untuk diorg ni. 

Bermulalah penambahan kerja aku lagi kat umah iaitu bagi budak berdua ni kan. Senang je satu hari 2 pallete je makanan dia. Air plak cuma tukar seminggu sekali je.

Macammana aku leh tau yang mana satu jantan dan yang mana satu betina kan. Ermm aku siap belajar dengan orang yang jual tuh. So senanglah kan, nak kenal nanti bila dah beso.

Ermm nanti aku citer lagi pasal si gangster dan penunggu gua ek

Chow...

CLP notes : Comey tak nama diorg? Comey kan