Saturday, March 10, 2012

Brainstorming Session

Hi Korang,

Aku sempat singgah ke brainstorming session kat Damansara tadi. 


Sangat best dan berinformasi. Segalanya tentang blogging. Sesuatu yang tak pernah aku jangka dan tau.Selain dapat ilmu dapat jugak berkenalan dengan ladies blogger yang gorgeous.

Bertambah lagi ilmu aku dalam berblogging ni ek..

Insyallah


Friday, March 9, 2012

Western Dinner @ Red Card Cafe, Bangi


Hi Korang,

Kan semalam Hari Wanita. So macam aku cakap kitchen closed coz si bini ni balik dah lambat then feeling2 diva tak nak masak kan. Terpaksalah si laki ni bawak pi makan kat luar.


Tempat yang dipilih alah dekat-dekat dengan umah je. Malas nak jalan jejauh. Tetiba tekak Mr Big nak makan western plak. So ktorg ke Red Card Cafe kat Bangi Seksyen 3 ni.



Ermm ramai jugak orang masa ktorg sampai but nasib baik ada meja nak duduk. Nampak sangat orang Bangi ni suka makan western kan. 

Ktorg makan simple-simple je. Ni lah


Salisburry Steak as Appetizer - Mashed potato dengan daging burger di curah dengan gravy. Sedap gak


Mr Big punya Lamb Chop - Nampak kesan-kesan grill. Lembut dagingnya. Medium done. 


Bini pemalas punya Chicken Chop - Tup-tup nak makan ayam plak, walaupun dah niat dalam hati nak makan pasta sebelum sampai kedai kan.


BBQ Gravy memang diorg asingkan coz kita boleh tuang ikut suka tekak kita kan. 


Blackberry Grande dan Venti - Hah ko sedap k. Ribena pure di tambah dengan longan yang banyak dan sejuk gila tekak.


Overall not bad jugak western food kat sini. Just nice dan harga pun berpatutan gak tak delah mahal sangat kan. Boleh diterima akal lagi. Tak kan ari-ari nak makan Tony Romas, Chillis dan TGIF kan. Ubah lah sket selera makan western food kat local shop kan.

Korang nak pi, ermm check it out here


Red Card Cafe
No. 26A Jalan 3/70,
Seksyen 3 Tambahan,
Bandar Baru Bangi,
43650 Selangor
Bussiness Hour : 5pm - 12am (Monday Close)


CLP notes : Aku memang suka cari kedai yang celah-celah umah orang. Boleh tengok umah cantik-cantik dan beso-beso kat Bangi ni.


Cantikkan Diri Itu Penting

Hi Korang,

Sekali sekala nak jugak manjakan diri kan. Asyik badan nak keje je 24 jam kan at least kenalah rehatkan sket.


Bukan setakat badan, muka pun nak rehat jugak. Selain dari pi facial, pegilah jugak make-up diri. Belajo-belajo sket jadi cantik. Awak tu dah lah tak cantik kan.

Sempat jugaklah cantik kan diri sebelum dinner dengan Mr Big tadi. Kata Hari Wanita, so periuk belanga semua pun cutilah. Kitchen closed!

Hah, terus ternganga bila tengok bini dia dah comey kan...

Apalagi teruslah dia.. jeng jeng jeng..

Alah sambung laterlah, chow...