Thursday, March 8, 2012

Jeruk Madu Pak Ali, Sg Nibong Penang

Hi Korang, 

Dah dekat nak cuti sekolah ni mesti korang dah plan memacam nak bawak anak-anak pi bercuti kan. Aku yang tak do sape nak bawak ni pun sibuk nak plan bercuti gak.  

So sesiapa yang pi bercuti ke Penang rasanya kalau tak singgah beli jeruk memang tak sah kan. Selain dari Chowrasta market ada satu lagi tempat yang korang boleh beli jeruk gak.


KEDAI JERUK MADU PAK ALI

Ermm first time aku pegi hari tuh lah. Rupanya dekat dengan bus station Sg Nibong. Alah dekat tapak pesta Pulau Pinang tuh. So tak yah masuk Georgetown kan tak jam. Parking pun senang


Memacam jeruk maduk yang kedai Pak Ali ni jual. Ada mempelam, mangga, kedondong, betik alah memacam lah sampai aku tak reti nak describe. Sebelum beli boleh rasa dulu. Ada tempat untuk rasa, apa lagi bedal lah untuk rasa kan. Then baru buat choice.




Harga pun not bad jugak lah, ikut harga pasaran. Nak beli kira kilo pun boleh, kira ringgit pun boleh. Masa aku pi tuh, memang ramai orang tengah duk pilih2 mana yang sedap kan. 


Yang best tu, kat banner depan kedai jeruk Pak Ali ada mention keistimewaan jeruk madu dia ni. Hebat kan. Kagum sekejap bila baca.

Bolehlah korang cuba kan, asyik pi Chowrasta je. Sekali sekala tukar tekak lah plak kan.

Aku tak leh nak bagi instruction cam no nak pi kat situ. But kalau korang tau mana bus station Sg Nibong then kira ok lah tuh. Tak jauh dari Queensbay Mall dan Vistana Hotel.






Wednesday, March 7, 2012

Milo®Cans Next Games 3-Sided Futsal Media Launch


Hi Korang,

Milo, minuman favourite seluruh rakyat Malaysia especially aku kan telah memperkenalkan kempen terbaru mereka iaitu sambil minum Milo®Cans sambil main futsal. Ini bukan futsal yang biasa but ianya merupakan format baru, lebih menarik, lebih bergaya, mencabar dan unik. Futsal ini dikenali sebagai futsal 3 penjuru iaitu "3-sided futsal".




Aku sempat ke media launching event ni semalam di Taylor’s Lakeside University, Subang Jaya yang telah dirasmikan oleh YB Dato‘ Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Ada lagi VIP yang hadir Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Professor Dato‘ Dr Hassan Said, Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia – MASISWA Prof. Ir Dr Kamal Nasharuddin dan Ketua Unit, Liquid Drinks Business, Nestle Products Sdn Bhd, Encik Teo Heng Keat.


Apa yang uniknya dengan futsal ini ialah, bila 3 pasukan berada serentak dalam gelanggan bulat dengan 3 tiang gol pada setiap permainan. Caranya, setiap pasukan akan mempamerkan skil, kreativiti dann kefahaman serta kerja berpasukan yang jitu untuk mucul juara. Ini adalah cabaran yang buat julung kalinya di adakan di Malaysia.



For first timer, kejohanan futsal ini dikhaskan untuk pelajar lelaki berusia antara 18-23 tahun. Penyertaan dihadkan kepada 81 pasukan dari universiti dan kolej je dulu, nanti adalah untuk orang2 veteran plak. Sabo ek.  Ok rileks nanti Milo® Cans akan buat roadshow di 10 universiti dan kolej di Lembah Klang ini bermula pertengahan Mac hingga minggu ke 3 April 2012 untuk mempromosikan ‘3-sided futsal’ ni. Hah bolehlah korang tau details lagi kan sambil minum air Milo bebanyak

.
Yang penting, basic sesyaratnya kat bawah ni.

Yuran Penyertaan
RM50 satu team (5 orang – 3 players + 2 reserve)

Hadiah
Champion – RM10,000 Cash + Trophy + Medals
1st Runner Up – RM7,000 Cash + Trophy + Medals
2nd Runner Up – RM5,000 Cash + Trophy + Medals

Apa macam? Menarik kan. Sangat murah kan dan hadiah pun best-best gak. So sesiapa bebudak kolej yang kaki futsal tuh, boleh lah join ‘3-Sided Futsal’ ni. Selain dari boleh menang hadiah, dapat juga korang mengamalkan gaya hidup sihat kan dan juga boleh buat networking to each other. Mana tau leh dapat awek ke kan.

Ok, kalau ada yang berminat boleh komen dan tanya kat aku cam ne nak join ni. Nanti aku citer cara permainannya. Semalam aku tengok kat TVC nampak cam susah but bila diorg dah main buat demo alah kacang je.


Thanks to Milo dan Nuffnang for this invitation. Selain dari dapat lunch kat Taylors Hotel dengan VIP, dapat jugak minum milo banyak dan t-shirt lagi.


Minum MILO anda jadi sihat dan kuat! (macam aku kahkahakhkaha)

CLP notes : Kenapa zaman aku sekolah dulu tak de futsal ek? Kalau ado mesti aku champion punya. Hkahkahakha

WW - Penunggu Setia

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week



Ntah apa yang di tunggu pun tak tau lah