Wednesday, March 7, 2012

Milo®Cans Next Games 3-Sided Futsal Media Launch


Hi Korang,

Milo, minuman favourite seluruh rakyat Malaysia especially aku kan telah memperkenalkan kempen terbaru mereka iaitu sambil minum Milo®Cans sambil main futsal. Ini bukan futsal yang biasa but ianya merupakan format baru, lebih menarik, lebih bergaya, mencabar dan unik. Futsal ini dikenali sebagai futsal 3 penjuru iaitu "3-sided futsal".




Aku sempat ke media launching event ni semalam di Taylor’s Lakeside University, Subang Jaya yang telah dirasmikan oleh YB Dato‘ Saifuddin Abdullah Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Malaysia. Ada lagi VIP yang hadir Naib Canselor dan Presiden Taylor’s University, Professor Dato‘ Dr Hassan Said, Presiden Majlis Sukan IPTS Malaysia – MASISWA Prof. Ir Dr Kamal Nasharuddin dan Ketua Unit, Liquid Drinks Business, Nestle Products Sdn Bhd, Encik Teo Heng Keat.


Apa yang uniknya dengan futsal ini ialah, bila 3 pasukan berada serentak dalam gelanggan bulat dengan 3 tiang gol pada setiap permainan. Caranya, setiap pasukan akan mempamerkan skil, kreativiti dann kefahaman serta kerja berpasukan yang jitu untuk mucul juara. Ini adalah cabaran yang buat julung kalinya di adakan di Malaysia.



For first timer, kejohanan futsal ini dikhaskan untuk pelajar lelaki berusia antara 18-23 tahun. Penyertaan dihadkan kepada 81 pasukan dari universiti dan kolej je dulu, nanti adalah untuk orang2 veteran plak. Sabo ek.  Ok rileks nanti Milo® Cans akan buat roadshow di 10 universiti dan kolej di Lembah Klang ini bermula pertengahan Mac hingga minggu ke 3 April 2012 untuk mempromosikan ‘3-sided futsal’ ni. Hah bolehlah korang tau details lagi kan sambil minum air Milo bebanyak

.
Yang penting, basic sesyaratnya kat bawah ni.

Yuran Penyertaan
RM50 satu team (5 orang – 3 players + 2 reserve)

Hadiah
Champion – RM10,000 Cash + Trophy + Medals
1st Runner Up – RM7,000 Cash + Trophy + Medals
2nd Runner Up – RM5,000 Cash + Trophy + Medals

Apa macam? Menarik kan. Sangat murah kan dan hadiah pun best-best gak. So sesiapa bebudak kolej yang kaki futsal tuh, boleh lah join ‘3-Sided Futsal’ ni. Selain dari boleh menang hadiah, dapat juga korang mengamalkan gaya hidup sihat kan dan juga boleh buat networking to each other. Mana tau leh dapat awek ke kan.

Ok, kalau ada yang berminat boleh komen dan tanya kat aku cam ne nak join ni. Nanti aku citer cara permainannya. Semalam aku tengok kat TVC nampak cam susah but bila diorg dah main buat demo alah kacang je.


Thanks to Milo dan Nuffnang for this invitation. Selain dari dapat lunch kat Taylors Hotel dengan VIP, dapat jugak minum milo banyak dan t-shirt lagi.


Minum MILO anda jadi sihat dan kuat! (macam aku kahkahakhkaha)

CLP notes : Kenapa zaman aku sekolah dulu tak de futsal ek? Kalau ado mesti aku champion punya. Hkahkahakha

WW - Penunggu Setia

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week



Ntah apa yang di tunggu pun tak tau lah


Tuesday, March 6, 2012

Baskin Robbins Yogurt Smoothies

Hi Korang,

Siapa tak kenal Baskin Robbins, angkat tangan? Ermm jangan korang nak bohong ek even mak aku pun tau Baskin Robbins tu kedai jual ice cream mahal tapi sedap. Ermm hari tuh aku dapat jemputan untuk rasa produk terbaru dari Baskin Robbins ni. Ye bukan ice cream ye but Yogurt Smoothies.



Session 1 : 11:00am to 1:00pm 

Session 2 : 3:00pm to 5:00pm

Café Baskin-Robbins
Lot S22, Second Floor
The Gardens 



Actually ada 2 session, aku pilih Session 2 coz time petang tu aku free. Yang best tu, cuma aku dan Afra Yuri je yang ada session ni. So haruslah seronok kan, itimate session gituh. Ktorg di beri minum bergelas-gelas yogurt smoothies ni. 

4 Perisa Baskin Robbins Yogurt Smoothies ni.


Strawberry - Sedap dan Segar


Strawberry Banana - Lemak dan Filling. Cepat Kenyang



Mango - Memang rasa buah betul


Mixed Berries - Best, aku suka yang nie.



KENAPA BERKHASIAT? 

Sebab ada kandungan kultur hidup dan aktif (Streptococcus Thermophilus, Lactobacillus delbrueckii subsp. Bulgaricus) dalam smoothies ni menambahkan lagi khasiatnya.





MENYEGARKAN KE? 

Of courselah. Kan di buat daripada kemanisan dan keaslian pati buah, sekali gus membangkitkan aroma yang enak lagi menyegarkan. 




BR Yogurt Smoothies ni boleh dijadikan snek untuk korang yang mengamalkan gaya hidup sibuk dan sihat. Kalau korang sentiasa sibuk nau dan aktif, smoothies ini boleh mengenyang dan membekalkan tenaga sehingga waktu makan berikutnya.


Setiap Yogurt Smoothie ni berharga RM16 untuk saiz biasa dan RM12 untuk saiz kecil

Eh, ada lagi berita baik untuk korang orang pompuan ni.


Sempena sambutan Hari Wanita pada 8 Mac 2012, Baskin Robbins berhasrat meraikan dan memberi penghormatan kepada wanita atas kejayaan dan sumbangan mereka. Justeru itu, Baskin Robbins menawarkan sekeping baucar BRight Choices kepada setiap wanita bagi setiap pembelian Yogurt Smoothies.

Apa lagi, moh cepat kita semua serang Baskin Robbins rasa produk terbaru Yogurt Smoothies ni. Memang sedap lah.