Sunday, March 4, 2012

Premiere Screening Of 'The Lorax' (3D)

Hi Korang,

Jumaat malam hari tuh, ktorg dapat tiket free filem 'The Lorax' (3D) kat GSC Mid Valley. Dah lama tak tengok wayang 3D so pegilah, lagipun Mr Big kan kaki citer kartun.


Sempat jumpa blogger Liz Rohaizat je masa amik tiket coz aku sibuk pi cari kasut untuk outing next week but tak sempat beli pun coz Mr Big ajak pi kedai jual suit diving. Ishk potong betul lah.


Ok jangan mengarut, meh layan sinopsis filem 'The Lorax' ni.

Dr. Seuss's classic story about the power of hope is brought to life on the big screen. A 12-year-old boy yearns for the affection of the girl of his dreams but in order to get what it takes, he'll first have to discover the story of the Lorax, a grumpy but charming forest creature who fights to protect his little world.


Bagi aku :-

Bagus sangat. Citer kartun kelakar tapi bagi pengajaran untuk kita semua menjaga alam sekitar, sikap sayangkan bumi kita. Jalan ceritanya mudah senang untuk difahami. Tentang kisah budak yang menyebabkan bumi tercemar akibat sikap tamak untuk kaya. So berjaya tak budak tuh menyelamatkan bumi? Jeng jeng jeng...


Memang sesuai di tonton sessi keluarga time cuti sekolah nanti kan. Sambil tengok boleh nyanyi lagi lagu-lagu dalam filem ni.


Mr Big kasi 3.5/5 coz pendek sangat citer dalam 1jam 15 minit je dah abis. Tak puas katanya tengok ikan berkokok kan.

Oh ye, filem 'The Lorax' ni akan di tayangkan pada 8hb March 2012 dipawagam seluruh negara. Korang leh lah bawak anak-anak ke adik-adik tengok citer nanti ek.

CLP notes : Kelakar yang amat!



Saturday, March 3, 2012

Aku Menang Samsung Galaxy SII, Thanks DIGI

Hi Korang,

Tak dapat nak gambarkan betapa gembiranya dapat hati ni coz dapat smartphone yang di idamkan selama ni.

Alah tengok gambo je lah..




Malahan semua yang hadir di Digi Fandroid Day ni dapat jeng..jeng..jeng.. Samsung Galaxy SII.

Check it out, entry seterusnya ek...

Suker suker suker sangatlah...


Friday, March 2, 2012

Cuci Muka dengan Garnier Pure 3 in 1 Cleanser


Hi Korang,

Bila bercakap mengenai kulit muka, rasanya 80% daripada rakyat Malaysia  mempunyai masalah kulit muka berminyak dan pori terbuka macam aku ni kan. Maklumlah cuaca negara kita yang tak menentu panas lembap merupakan salah satu punca kulit muka jadi cam ni.


So nak kurangkan masalah sebegini, seharusnya lah kita semua cuci muka sebersih yang mungkin kan. Tapi apa yang kita cuci tu bersih ke? Setakat hilangkan minyak sementara waktu bolehlah but if untuk selama-lamanya cam ner?

Haruslah risau gak kan especially aku kan.

So berketepatan lah dengan masalah ni, rasanya Garnier memperkenalkan Garnier Pure 3in1 Cleanser yang merupakan produk pencuci muka yang bertindak bukan 1 atau 2 tapi dengan 3 cara untuk membuatkan kulit muka kita kelihatan segar dan bersih.


Tiga cara untuk menjadikan kulit muka korang bersih dan segar.

  • Wash - Membersihkan kulit dan menghilangkan kekotoran. Ia juga membantu melindungi daripada ketidaksempurnaan sebelum mereka muncul.
  • Scrub -  Membuang sel-sel kulit mati, mengurangkan bintik hitam dan liang-liang unclogs untuk mendedahkan kulit yang lebih berseri.
  • Mask -   Gunakan setiap minggu sebagai produk rawatan untuk membantu mengawal kulit berminyak.


Untuk menjadikan 3 cara ini menjadi berkesan, Garnier telah menggabungkan bahan-bahan yang terbaik yang aktif secara semulajadi untuk memerangi kulit berminyak dan ketidak sempurnaan seperti jerawat, noda dan parut yang terselindung. 


Di antara bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini White Clay, Zinc, Smithsonite and Pumice Stone dan ianya berfungsi untuk menyerap kilaun minyak dimuka, mengawal pengeluaran minyak, menyingkirkan kotoran seperti blackheads dan mengurangkan keradangan.

Pendek kata apa saja yang berkaitan dengan kulit berminyak semuanya dapat di atasi oleh Garnier Pure 3in 1 Cleanser ni.


Nak cuba? Ok je. Garnier Pure 3 in 1 Cleanser ni boleh di dapati di mana-mana hypermarket, famasi, kedai runcit dengan harga RM19.90 for 150ml. Erm besar gak tu leh lah pakai lama kan, jimat sket duit shopping.

Aku? haruslah cuba kan muka aku berminyak!