Friday, March 2, 2012

Tahniah Kepada Blogger Kaki Komen Di Blog Cik Lily

Hi Korang,

Kan aku dah cakap nak baut giveaway untuk kengkorang yang selalu lepak kat blog aku ni. Sempena aku di murahkan rezeki ni, aku rasa nak sedekahkan sket kat korang.

Perasan tak entry aku yang ke 1000 tuh. Hah aku ada cakap nak buat give away kan. So terima kasih yang komen kat entry tuh.

Meh check it out kat gegambo nie

Kaki Komen 1

Kaki Komen 2

Kaki komen untuk entry ini ialah Sharinginfoz, M Fizan, JMR, Myvitrd, Kid, Syigim, Tihara, Cik Kamoo, Hazman dan Isabelle.


Hah, ada 10 blogger yang boleh di katakan selalu nak mengomenkan kat blog aku ni kan, so tahniah kat korang lah.

Apa-apa pun sila email details kat jajasayang@gmail.com coz ada something yang aku akan berikan kan korang ye.

Cepat tau...

Korang yang lelain janganlah sedih, aku dalam process nak buat giveaway lagi nie. So stay tune wokeh!

CLP notes : Tertunailah hasrat dihati ek..



Thursday, March 1, 2012

Lunch Date @ Meatworks Restaurant, Citta Mall

Hi Korang,

Birthday boy punya pasal so kenalah cari tempat makan yang syiok-syiok sket kan, baru lah feeling diva-diva gituh. Mood hari tuh plak nak makan lembu so carilah kedai makan yang jual lembu yang fresh ye. So ada someone suggest pi cuba kat kedai Meatworks ni, memang jual lembu segar.


Inilah first time ke Meatworks ni dan jugak ke Citta Mall. Padahal time aku duduk Ara Damansara ni hapah satu kedai pun tak do. Yang ada mamak kapitan yang jadi port aku lepak tiap2 petang pas abis keje kan. Menyesal gak pindah dari sini coz Citta Mall ni betul2 belakang condo lama aku je. Ishhkkk rugi sungguh.




Restaurant Meatworks ni menjual daging lembu segar tempatan dan juga ada yang di import seperti daging wagyu dan juga bahan-bahan untuk perapan kalau nak buat BBQ. Memacam brand ade, Jamie Oliver punya product pun ado gak.  Aku penah makan daging wagyu masa kat Xenri dulu. Sedap dan lembut but Mr Big tak nak dia suka yang original dan local. 

So ktorg order lah ni

Aku punya Sirloin Steak RM50

Nampak cam sket pun, but nak abiskan punya lah penat. Aku mintak medium done so kira ok sesangat tak de lah rasa cam selipar getah kan. Lembut je masuk ke tekak. Mashed potato memang cukup rasa, tak yah gravy pun ternyata dah sedap. Sos pun kena lah

Birthday boy makan Rib Eye (2 ribs) RM50

Nasib baik tak order kat 5 ribs kan. 2 ribs ni pun dah semput Mr Big nak abis kan. Lembut sungguh, orang tak de gigi pun leh makan. Nampak cam banyak lemak but sket je, lelain semua daging. Dia memang kagum dengan pisau yang ada, potong sket je memang tajam. 

Buffalo Hot Drummet RM18

Order ini untuk kudap-kudapan je sebelum main course sampai, tak pedas langsung but terasa paprika tuh bila makan. Cicah plak dengan sos putih yang aku sampai sekarang tak leh nak figure out apa yang diorg campur dalam ingredients tu kan. 

Coke Float dan Mango Juice

Mango juice yang dalam kotak punya oklah. Coke float pun sama macam yang kat luar punya but portionnya je yang banyak.

Medium well, nampak je cam kering but juicy sesungguhnya

Birthday boy makan dengan gembiranya

Dessert ktorg tak order pun coz pas tu nak pi time lain plak untuk tea time. Teruk kan tembolok memasing makan nak sedap je lah.


Seronok hang out kat sini. Cozy je rasanya. Masa ktorg sampai tu baru je abis time lunch so tak ramai sangat orang lah. Ada jugak hidangan set lunch yang not bad murah harganya. 

Hah, sibuklah tu nak tanya kat mana kedai Meatworks ni kan. Hah check it out kat website diorg ni. Siap dengan menu sekali. So korang leh lah budget nak makan apa kat sini kan.



MeatWorks Restaurant @ Citta Mall
Jalan PJU 1A/48, PJU 1A
Ara Damansara, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan
T +603 7832 0871


Sekali sekala jadi karnivor kan tapi rasanya cam selalu je aku bedal western food ni lah.

CLP notes : Kenyang kenyan kenyang kopak..kahakhaka alah biasalah tu kan..









Lot 26, 27, Ground Floor, Citta Mall @ Ara Damansara

Bestnya 29th Februari 2012

Hi Korang,

Apa yang syok sangat pada 29th Februari 2012 ni ek? Ermm itu tarikh ni merupakan tahun lompat. Tarikh ni wujudnya hanya 4 tahun sekali je. Maknanya sesiapa yang lahir pada hari ni umur diorg akan kurang 4 tahun kan coz celebrate 4 tahun sekali je kan. Hehehehe tak la aku tipu je.

So apa yang best pada hari ni?

Sebenarnya aku rasa cam best giler sebab aku dapat jeng.. jeng.. jeng..

Ice cream voucher Baskin Robbins

Tiket wayang free dari AXN Channel

 Khalifah Ganti Superman dari bro denaihati.

Ermm best kan. Itulah aku tak sangka leh dapat semua ni. Syukur sesangat lah. Dapat rezeki sebegini kan.

Kalau kira-kira dekat nak RM300 jugak lah harga gift ni kan. Walaupun nampak cam biasa-biasa je but boleh tahan gak harga semua nie.

CLP notes : Yang penting kene rajin dan tak berkira wokeh!