Friday, February 24, 2012

Terpaksa Jua

Hi Korang,

Memula plan tak nak keluar kemana-mana pun hari ni eventho consultant ajak jumpa nak bagi surat. Memacam excuse yang aku buat. Keje banyaklah, technician nak datang betulkan lampu lah itu lah ini lah kan.

Tup tup terpaksa gak kuar di sebabkan satu menda which is

CELLOTAPE

Aduiyai, punyalah malas but terpaksa gak kuar demi tuntutan keje. Sebab nak balik opis cepat, haruslah ke Mines Shopping Complex je lah sebab paling dekat dengan office aku ni.

Bila dah masuk ke Mines ni haruslah jejalan dulu kan. Lepas je pi beli tapes yang tak sampai 5 minit tuh, abis 3 tingkat aku round cuci mata kan.


Dah time tengahari haruslah singgah makan jap. So duk lepak kat Old Town coz tak ramai orang.


Sebab aku jarang makan kat sini, so tak tau nak order apa. Then apa yang nampak sedap dalam menu itulah yang aku makan. So ini dia Spicy Chicken Chop Rice. Rasanya ermm bolehlah untuk mengalas perut. But kalau buat food review jawabnya hancus lah kan.


Tapi tak sedap pun, bedal sampai jugak kan.Tinggal bawang je. Teruk betul aku rasa.

Ok dah sambung balik keje nak siapkan tender coz ada submission next week. Ishkk letih dibuatnya lah.

CLP notes : Dah biasa jalan berdua, bila sengsorang rasa pelik la plak kan






Cubalah Bertimbang Rasa

Hi Korang,

Biasalah kalau duk umah burung merpati ni, parkingnya pun bertingkat-tingkat lah. Kira nak turun pun kena pandang kiri kanan macam nak lintas jalan but based on cermin beso yang diorg dah gantung kat tembok tu lah.

So semalam aku pun turun nak cam biasa pas maghrib nak pi pasar malam. So sambil drive tuh nyanyilah sket kan. Agaknya seronok sangat melalak tu, sampai satu level tuh aku boleh tak perasan ada satu biji kereta tup tup kuar dari parking.


Hah, ko terus aku brek emergency sekuat mungkin walaupun bukannya laju pun. Kereta yang kuar muncung tu pun brek jugak. Terus je aku keluar kereta dan pi mintak maaf kat driver kereta tuh.

Lily : Mintak maaf ye encik, saya tak perasan tadi kereta u nak keluar.

Orang tu : Oit buta ke? Kalau dah langgar ko nak bayar ke? (Penggunaan Ko ye! Perhatikan)

Lily : Kalau dah kena, memanglah saya akan bayar. Dah memang salah saya pun. (Cool lagi)

Orang tu : Ko boleh betul kan sekelip mata ke? (Dah perasan macho, marah2 pompuan kan)

Lily : Eh, encik ni saya ni cakap bebaik nak mintak maaf, yang encik tengking2 ni kenapa? Masalahnya tak kena langsung pun kan. Ishk cubalah bertimbang rasa sket. (Tangan aku dah mengigil nak lempang je muka mamat ni)

Orang tu : Kalau dah pompuan tu pompuan gak lah kan. Bukannya reti bawak kete. (Marah benau lah)

Tup-tup orang tu terus masuk kete dan blah tanpa cakap sepatah haram pun. Aku plak yg membebel2 sengsorang. Rupanya Mr Big ada kat belakang aku, bagi renungan tajam kat orang tu kan.

Patut pun dia blah.

Mr Big cakap dengan aku, lain kali kalau umah dia terbakar ke, accident ke, anak dia kene culik ke jangan harap nak mintak tolong dari kita. Padahal, bukan orang tu tak kenal sapa aku jiran atas umah je.

Cubalah korang fikir, patut ke tak orang tu buat kat aku ek.


CLP notes : Buat baik salah, buat jahat lagi lah salah kan.


Thursday, February 23, 2012

‘LIVE’ Reporter for Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp

Hi Korang,

Bukan senang nak jadi someone yang kerja duk asyik interview orang kan, memang seram gak. Since Nuffnang give opportunity untuk buat keje ni so I’ll take it tanpa was-was lah


So semalam sempat jugaklah aku ke Samsung-Chelsea FC Youth Footbal Camp di Chelsea Blue Pitch, NPNG Sports Center Damansara Damai. Actually program yang dibawakan khas oleh Samsung ini nak beri peluang anak-anak kecil yang minat dengan sukan bola sepak ini belajar dan berlatih dengan salah satu pasukan bolasepak terkemuka di  Eropah ni iaitu Chelsea.


Untuk tahun ini seramai 180 peserta yang berumur dari 9 hingga 13 tahun di pilih dari anak-anak Rumah Sayangan yang pernah menyertai kem ini pada tahun lepas, bintang bolasepak kecil dari Little League Malaysia, Kuala Lumpur Youth Soccer dan juga My Kids Soccer iaitu satu program yang dibangunkan dan di tadbir oleh Program Pembangunan Bolasepak Nasional di bawah kelolaan National Sports Council (NSC)




Anak-anak kecil ini di latih oleh jurulatih muda dari Chelsea iaitu James Lambdon, Chris Woodward, David Monk and Sam Hubert. Latihan intensif selama 2 jam ni penuh dengan latihan seperti dribbling skils, shooting practice, mini matches, challenges dan a penalty shoot-out mengikut standard yang di pelajari oleh pemain-pemain Chelsea. Mereka ini merasa begitu seronok sekali walaupun letih dan penat macam mana pun.


Samsung sangat bebesar hati menjadi dapat bekerjasama dengan Chelsea menjayakan aktiviti ini, semoga akan ada lagi kem seperti ini di masa hadapan.

Ok kalau nak tau, sempat jugak aku bertanya beberapa soalan kepada one of the Chelsea young coaches ni, David Monk


Lily : Is it difficult to to communicate with the kids? Im sure majority of them not very good in English

David Monk : Not at all, these kids really understand how the training it goes by watching the demonstration, eventho  we have a translator but the coaches try to speak in simple English that this kids understand what it’s all about.


Ada few questions lagi yang other bloggers tanya, which is more to how to develop anak-anak kecil  ini lebih memahami latihan bola sepak ni dan memacam lagi lah.


Eventho I’m not really football fan but peluang sebegini tak harus di lepaskan begitu sahaja. Rasa seronok juga dapat pengalaman sebegini. Dah rasa macam wartawan penyiaran pun ada.

Anyway thanks to Samsung dan Nuffnang for this special invitation.

CLP notes : Esok-esok kalau korang nak cari orang jadi tukang interview cari aku ek. I rela U...

By the way, english aku cam rojak sket ye, maklumlah bukannya pandai speaking pun setakat borak-borak kosong boleh lah kan.