Friday, February 24, 2012

Cubalah Bertimbang Rasa

Hi Korang,

Biasalah kalau duk umah burung merpati ni, parkingnya pun bertingkat-tingkat lah. Kira nak turun pun kena pandang kiri kanan macam nak lintas jalan but based on cermin beso yang diorg dah gantung kat tembok tu lah.

So semalam aku pun turun nak cam biasa pas maghrib nak pi pasar malam. So sambil drive tuh nyanyilah sket kan. Agaknya seronok sangat melalak tu, sampai satu level tuh aku boleh tak perasan ada satu biji kereta tup tup kuar dari parking.


Hah, ko terus aku brek emergency sekuat mungkin walaupun bukannya laju pun. Kereta yang kuar muncung tu pun brek jugak. Terus je aku keluar kereta dan pi mintak maaf kat driver kereta tuh.

Lily : Mintak maaf ye encik, saya tak perasan tadi kereta u nak keluar.

Orang tu : Oit buta ke? Kalau dah langgar ko nak bayar ke? (Penggunaan Ko ye! Perhatikan)

Lily : Kalau dah kena, memanglah saya akan bayar. Dah memang salah saya pun. (Cool lagi)

Orang tu : Ko boleh betul kan sekelip mata ke? (Dah perasan macho, marah2 pompuan kan)

Lily : Eh, encik ni saya ni cakap bebaik nak mintak maaf, yang encik tengking2 ni kenapa? Masalahnya tak kena langsung pun kan. Ishk cubalah bertimbang rasa sket. (Tangan aku dah mengigil nak lempang je muka mamat ni)

Orang tu : Kalau dah pompuan tu pompuan gak lah kan. Bukannya reti bawak kete. (Marah benau lah)

Tup-tup orang tu terus masuk kete dan blah tanpa cakap sepatah haram pun. Aku plak yg membebel2 sengsorang. Rupanya Mr Big ada kat belakang aku, bagi renungan tajam kat orang tu kan.

Patut pun dia blah.

Mr Big cakap dengan aku, lain kali kalau umah dia terbakar ke, accident ke, anak dia kene culik ke jangan harap nak mintak tolong dari kita. Padahal, bukan orang tu tak kenal sapa aku jiran atas umah je.

Cubalah korang fikir, patut ke tak orang tu buat kat aku ek.


CLP notes : Buat baik salah, buat jahat lagi lah salah kan.


Thursday, February 23, 2012

‘LIVE’ Reporter for Samsung-Chelsea FC Youth Football Camp

Hi Korang,

Bukan senang nak jadi someone yang kerja duk asyik interview orang kan, memang seram gak. Since Nuffnang give opportunity untuk buat keje ni so I’ll take it tanpa was-was lah


So semalam sempat jugaklah aku ke Samsung-Chelsea FC Youth Footbal Camp di Chelsea Blue Pitch, NPNG Sports Center Damansara Damai. Actually program yang dibawakan khas oleh Samsung ini nak beri peluang anak-anak kecil yang minat dengan sukan bola sepak ini belajar dan berlatih dengan salah satu pasukan bolasepak terkemuka di  Eropah ni iaitu Chelsea.


Untuk tahun ini seramai 180 peserta yang berumur dari 9 hingga 13 tahun di pilih dari anak-anak Rumah Sayangan yang pernah menyertai kem ini pada tahun lepas, bintang bolasepak kecil dari Little League Malaysia, Kuala Lumpur Youth Soccer dan juga My Kids Soccer iaitu satu program yang dibangunkan dan di tadbir oleh Program Pembangunan Bolasepak Nasional di bawah kelolaan National Sports Council (NSC)




Anak-anak kecil ini di latih oleh jurulatih muda dari Chelsea iaitu James Lambdon, Chris Woodward, David Monk and Sam Hubert. Latihan intensif selama 2 jam ni penuh dengan latihan seperti dribbling skils, shooting practice, mini matches, challenges dan a penalty shoot-out mengikut standard yang di pelajari oleh pemain-pemain Chelsea. Mereka ini merasa begitu seronok sekali walaupun letih dan penat macam mana pun.


Samsung sangat bebesar hati menjadi dapat bekerjasama dengan Chelsea menjayakan aktiviti ini, semoga akan ada lagi kem seperti ini di masa hadapan.

Ok kalau nak tau, sempat jugak aku bertanya beberapa soalan kepada one of the Chelsea young coaches ni, David Monk


Lily : Is it difficult to to communicate with the kids? Im sure majority of them not very good in English

David Monk : Not at all, these kids really understand how the training it goes by watching the demonstration, eventho  we have a translator but the coaches try to speak in simple English that this kids understand what it’s all about.


Ada few questions lagi yang other bloggers tanya, which is more to how to develop anak-anak kecil  ini lebih memahami latihan bola sepak ni dan memacam lagi lah.


Eventho I’m not really football fan but peluang sebegini tak harus di lepaskan begitu sahaja. Rasa seronok juga dapat pengalaman sebegini. Dah rasa macam wartawan penyiaran pun ada.

Anyway thanks to Samsung dan Nuffnang for this special invitation.

CLP notes : Esok-esok kalau korang nak cari orang jadi tukang interview cari aku ek. I rela U...

By the way, english aku cam rojak sket ye, maklumlah bukannya pandai speaking pun setakat borak-borak kosong boleh lah kan.




Wednesday, February 22, 2012

Melecur Lidah Makan Buah Berangan Panas.

Hi Korang,

Aku suker citer bab makan ni, yelah boleh naikkan perasan lapo seseorang tu dengan serta merta bila tengok gambo kat entry aku ni. Yeszza... I love food.

Aku suka makan buah berangan ni sebab lepas makan boleh berangan-angan jadi putri cantik rupawan kan. Ishk sangat berangan wokeh..

Tak pernah tengok buah berangan? nie meh sini tengok


Inilah dia buah berangan. Yang ni belum masak punya. Ada grade-grade gak. Kalau bagus mahal lah sket kan. Ikut lah yang mane korang suka.


Jarang jumpa orang melayu jual buah berangan selalunya orang cina jelah, aku terlupa nak tanya plak mana apek ni dapat stock ek


Lupa lagi nak tanya apek ni goreng buah berangan ni dengan ape ek? biji kopi kot or arang kecik2 tapi yang penting warna hitam dan panas. Yang goodnya buah berangan ni best katanya.


Inilah isi buat berangan, makan pepanas baruu syiok. Kopeklah kulit dulu coz mana ada orang makan buah berangan tak buang kulitkan. Isinya memang lembut sesangat dan manis plak tuh.


Tapi kalau dah tak sabo gak nak makan pepanas, maka ini lah jadinya kan. Padan muke aku! Melecur lidah sekejap, cecepat pi togok air mineral nak kasi natural balik.

Ni semua masa kat pasar Chowrasta Penang hari tuh, sementara nak tunggu Mr Big onk onk lah kan. Dia biasalah lepas makan mesti nak cer ber punya eeeeee...

Kesimpulannya makan buah berangan boleh buat korang berangan untuk jadi kaya.

CLP notes : Banyak sangat makan buat berangan terus datang penyakit lupa lah.