Friday, February 17, 2012

Hadiah Comel Dari Nippon Paint

Hi Korang,

Rasanya tahun lepas kot aku join contest Nippon Paints kat Nuffnang punya website nie lah. Walaupun tak menang Top 3 tapi menang lah jugak Top 50. Wah kagum gak tau.


Acara penyampaian hadiah di adakan dekat Cathay Cineleisure, E-Curve ok, jangan nak jeles. Tak lah sebenarnya aku mintak tolong intern Nuffies ni Si Joel amikkan untuk aku coz tak de masa nak ke Office Nuffnang, bukan aku je Si Benjamin pun suruh amikkan gak.  Dah berjalan-jalan dengan toys ni  kehulu hilir, semua orang pandang kan. 


Comel kan, lembut plak tuh. Geram dibuatnya.


So aku dah sediakan tempat untuk si Green Blobby ni, nak tau kat mane? hah sini lah kat kerusi malas ktorg ni. Functionnya untuk di jadikan pengalas belakang time ktorg duduk-duduk tengok tv. Jadi bila sandar tu rasa smooth je, tak de lah tulang berlaga dengan kerusi kan.

Hahahahah zalim tak? 

Anyway thanks to Nuffnang and Nippon Paints for these cute gift.

CLP notes : Banyak dah toys kat umah aku ni, tapi tak de sapo nak main...huhuhuhuh


Thursday, February 16, 2012

Nasi Ayam Simple Cik Lily

Hi Korang,

Weekend ni memang selalu ada acara masak-masak kat dapur aku yang sekangkang kera tu kan. Yelah tak kemana haruslah kena masak tak kan nak berlapo plak. 

Teringin nau nak makan nasi ayam coz kedai kat depan jalan tu boleh tutup plak. Kata Mr Big agaknya dah kaya kot, itu yg tutup tuh pi melancong. Terus dia suruh aku masak. 


Hah, gabra ko. Manalah aku pernah masak nasi ayam kan, nasi tomato tuh ada gak lah 2-3 kali. Apa lagi terus on laptop pi google cari resipi nasi ayam. Nasib baik jumpa kat blog ManjaIxora ni (kenal plak tu kan), terus cilok tanpa was-was. Tak per nanti kalau aku jumpa dia time beauty event aku bagitau dia lah. 


Aku ikut semua bahan-bahan yang dia tulis dan caranya sekali. Tapi aku suka modified sket supaya jadi lebih kaw kan. Tambah itu, kurangkan ini, banyakkan rasa ni. Pendek kata ikut tekak aku lah kan.


Hasilnya, Mr Big bedal 3 kali tambah dengan ada a few comments cam biasa lah kan. Kicap tak berapa nak masin, cilinya kurang cuka dan halia, nasinya kena kurang butter time tumis, cuma dia puji ayam goreng terbaek ooo. Bangga kejap lah. Hah ko dah macam MasterChef Malaysia plak lah kan. 

Kira ok kot untuk first timer cam aku. Maklumlah bukan pandai masak pun sangat.  Sedap tak sedap belakang kira, janji aku dah boleh masak nasi ayam.

CLP notes : Korang kalau nak datang umah aku, aci tak aku hidangkan nasi ayam ni? Senang je buat dia lah



Sayangi Kereta Anda : Alternator Rosak

Hi Korang,

Rasanya lama betul tak citer bab kereta ni. 

Alhamdulillah kereta sihat itu yang jarang pi workshop good fren tu kan. So hari tuh masa nak service biasa kat kedai dia aku encounter ada satu kereta lain punya masalah, which is Alternator dah kong. 


Apa plak Alternator tuh ek?
Alternator adalah electrical energy storage utk kereta. So, bila alternator sudah rosak, maka tiadalah energy storage untuk membolehkan kereta terus bergerak. Bateri hanya sebagai penghidup sementara enjin  semasa kereta bergerak. Alternator akan berfungsi sambil mengecaskan dirinya untuk enjin terus bergerak.

Tanda Alternator tu ok je dah kiok kan?

1) Radio akan ter'off' dengan sendirinya dan akan blink2 .....
2) Tanda Break dekat dashboard keta akan menyala.
3) Kereta seperti x cukup power.... tersengguk2 bila kte tekan minyak


Cara nak check Alternator tuh, meh baca ni?
Senang je but suruh orang lelaki buat ek, kite orang pompuan mana lah tau hal-hal cam ni kan. Memulalah start enjin kereta dulu, then biarkan running dlm 1-2 minit, pastu cabut kepala bateri dan sebelum cabut kepala bateri, pastikan air-con, lampu, radio semua dah off, kalau enjin masih idup, alternator ok lg kalau tak jawabnya memang dah rosak lah kan.

Solutionnya cam no plak?
Tukar jelah yang baru, abis citor. Bukan apa, kalau korang nak repair balik tu balik but still one day for sure mesti akan rosak balik, nak buat apa buang duit untuk menda2 yang sepatutnya tukar kan.


Harga Alternator Di Pasaran
Lepas aku survey lebih kurang RM400+ ikut jenis kereta. Macam kereta bro tu lebih kurang harga tu gak lah. Kena plak rosak tengah bulan tak ke payah kan, so don't worry yang recon pun ado lebih kurang RM180+ gitulah, still ok daripada korang nak repair2 kan.

Hah, aku dapat info ini punya banyak survey kat google dan website kete, kemudian tanya2 sifu sket kan. 

Korang kalau ada nak tau pasal kereta, leh komen kat sini untuk tanya aku soalan. Insyallah kalau aku pi lepak kat workshop good fren tuh, aku leh tanya kat dia kan.

CLP notes : walaupun tak pandai bab kereta but kena tau jugak sesket kan, takut apa-apa nanti senang.

Info : Google and car forum