Hi Korang,
Mr Big kalau pi Penang mesti nak makan nasi kandar kat sini, bukannya kat KL tak de but rasanya tak sama lah.
So cuti hari tuh yang ktorg pi Penang tuh, sempat jugak lunch kat Nasi Kandar Line Clear ni walaupun time tu dah pukul 4 petang cam tuh kan. Lepas check in kat Vistana Bayan Bar uterus je start enjin keto ke area Georgetown ni. Walaupun tak do GPS but ktorg managed tu sampai dengan tak sesat coz aku kan pernah berumahtangga kat Penang ni tahun lepas.
Park kete betul-betul depan kedai nasi kandar ni. Senang kan. Lintas jalan then masuk terus ke kedai. Orang ramai oo walaupun dah petang time tuh, so beratur lah. Takkan nak potong Q plak kan.
Sampai2 kat kaunter makanan, boleh pilih nasi putih or beriani. Haruslah beriani kan. Baru masyuk. Mintak ayam goreng panas bahagian kepak dan telur ikan then campur semua kuah. Mantap ooo
Walaupun orang ramai but still ada tempat duduk kosong coz orang kuar masuk, kat situ aku boleh perasan samaada orang tu Penangites or tourist. Selalunya orang local dah makan terus balik kan. Tourist macam ktorg ni, amik2 gambo dulu sebelum makan, check in kat foursquare, tweet kejap memacam lagi lah.
Licin ooo, padahal duk sebelah mak mertuo den nie!
First time aku makan nasi kandar minum teh ais. Selalunya tak boleh coz boleh rasa mual but kat sini tak rasa langsung siap order bergelas lagi, tengok betapa sedapnya teh ais kat kedai ni.
Harga pun oklah berpatutan tak mahal mana pun. Ktorg yang 7 orang ni makan macam-macam termasuk telur ikan, kari sotong, ayam goreng panas sorang seketul beso, the ais bergelas-gelas baru RM75.00 je kan.
Yang best tu, tokeh kedai ni agaknya peminat kucing kot coz atas bumbung kedai ni ada banyak sangat kucing-kucing comel yang ala-ala manja gitu. Diorg ni duk melepak sambil perhatikan pelanggan makan kan. Langsung tak de nak turun ke, mengiau2 minat makan kan. Kalau amik gambo, siap posing lagi tuh kucing-kucing ni.
Model terbaru nasi kandar line clear
Korang pun nak pi makan kat sini ye, ok ok ni alamatnya
Nasi Kandar Line Clear
Behind 177 Penang Road
Penang
Tel : 04 2614440
Business Hour : 24 jam
Tutup 2 minggu sekali pada hari Selasa dan jugak 1pm-2pm hari Jumaat untuk Solat Jumaat.
CLP notes : Lepas makan, boleh shopping bikini kat kedai sebelah tu kan. Cantik-cantik ooo