Monday, February 13, 2012

Kedai Makan...Berubahlah Sebelum Pelanggan Lari

Hi Korang,

Semalam aku pi makan kat satu kedai kat area Wangsa Maju ni. Memang tak plan pun suddenly je ada family gathering plak.


Lokasi kedainya tak lah tersorok sangat kan, dekat jugak lah dengan Wangsa Walk tuh. Memang turun bukit tu dah nampak lah sebelah kiri jalan kan. Kedai ni menyediakan masakan fusion dan western. 

Masuk-masuk je ramai orang so first impression aku haruslah sedap kan. Ambiance pun ala-ala Cosy gituh. English deco lagi. Memang cantik lah kalah Fullhouse punya restaurant. Kitchen plak open concept so nampak lah apa yang diorg masak kan.

Ktorg duduk lah, a few minutes pas tu baru lah waiter datang bawak menu. Gambo makanan dalan menu tu very impressive. So order lah apa yang nak makan 3 soup + extra garlic bread dan 7 main course dan 7 plain water je. Hanya 2-3 orang je yang boleh amik order coz waiter yang lain tak tahu nak amik order kan.

Boleh tahan gaklah menunggu dan finally main course datang dulu boleh? pelik gak aku rasa. Takkan masak mushroom soup lagi lama dari masak lamb chop, fish and chip dan mix grill kan. Lepas 2 baked salmon baru lah mushroom soup sampai dan waiter mintak maaf coz lama anto dengan alasan ramai sangat orang order mushroom soup ni. 

Mr Big order Beef rib dan makanan dia paling last sekali sampai dan dia yang dulu abis sebab bahagian rib yang diorg kasi tuh hampir 70% lemak dan selebihnya barulah nampak daging. Hah ko cam tu sekali, tak kan dia nak bedal lemak2 tu kan. Yang extra garlic bread tu langsung diorg tak anto coz tak sempat nak buat. Pelik kan, diorg ni uli tepung buat roti ke yang sampai tak sempat nak buat kan.

Bila time bayar plak, nasib baik gemuk suruh siti check bill yang diorg kasi tuh. Hah, diorg boleh include plak minuman yang ktorg tak order, nasib baik kan. Dahlah ice lemon tea tuh secawan 10 hinggit kan. 

Memang lah waiternya semua ada budi bahasa mintak maaf, check makanan ada ke tak but takkan diorg ni culture shock coz ramai orang datang kedai ni kan, mentang-mentang lah masuk paper semalam ada review mengenai kedai ni.

Kalau tak caya boleh tanya dia ni coz dia pun ada makan sekali time aku makan kat sini. Nak memain dengan anak baru dia tu tidur plak kan. Comel betul lah geram aku dibuatnya.

Dengan ini,
Kepada tuan punya kedai tu di harapkan dapat amik iktibar dengan apa yang aku komen ni. Aku tak nak malukan tuan punya kedai ni sebab tu aku tak tulis pun nama kedai dan amik gambo pasal kedai ni

Semoga kedai ni lebih maju dan ramai pelanggan lagi kan. Amin

CLP notes : Mr Big cakap belum tentu lagi dia nak datang lagi ke kedai ni lah.



Sunday, February 12, 2012

Sunday Post : Cup Cake Sedap

Hi Korang,

Cuti-cuti ni leh plak teringin nak makan cup cake ek. Mana plak nak cari kat area umah ni. Nak kuar malas plak. 


Terbayang-bayang sugar paste yang keras dan manis tuh. Keknya plak kalau dapat kek coklat bertambahlah lazat kan.


Tup-tup bukak fridge ternampak plak cup cake kan. Baru ingat hari tuh aku ada pi orang kawin kan, dapat berkat cup cake ni. Hah apa lagi terus bedal. Keknya coklat sedap plak tu. Ada dua terus je aku makan tanpa was-was.

Hah, tak yah nak pi cari pi beli kan. Dah kenyang pun. Sebenarnya janji rasa dah lah kan. Bukan nak makan sampai berpuluh-puluh pun.

Nak buat sendiri? kalau kek tu aku boleh lah buat but bab sugar paste, nak bentuk2 bunga, nak piping ni haram aku tak reti langsung. 

CLP notes : Ok sambung tengok tv dulu coz dah siap masak nasi ayam. Sedap oooo




‘DG Smart Plan and my Android Phone’

Hi Korang,

Jom kite berAndroid nak tak?

Sekarang ni rasanya tengah musim gadget bersystem Android. Ada 1.5 Cupcake, 1.6 Donut, 2.0 Eclair, 2.2 Froyo, 2.3 Gingerbread, 3.0 Honeycomb dan yang paling latest sekali Android 4.0 Ice Cream Sandwich. Kelakar plak aku dengar kan, ingatkan apa tadi. Nama makanan tuh.

Abis aku tak nak ke berAndroid? Haruslah mau kan. So rasanya aku tersuka plak dengan gadget




Samsung GALAXY Tab 7.0" Plus

Yelah betul. Memang aku suka Samsung GALAXY Tab 7.0 Plus ni. Walaupun rasanya saiz fizikalnya 193.65 x 122.37 x 9.96mm dan seberat 345g dah ianya boleh di katakan agak besar jugak but I really like it.

Sebab apa aku suka Samsung GALAXY Tab 7.0 Plus ni


Bagi aku 2 elemen yang penting dalam gadget impian aku ialah :
    1. Camera
    Bagi Tab 7.0 Plus ni mempunyai fungsi bahagian hadapan dan belakang. Untuk bahagian belakang, cameranya merupakan HD(720p) Video recording, 3MP auto-focus camera with LED flash dan untuk bahagian hadapan ianya merupakan 2MP pixel kamera. Kiranya penting bagi aku kalau nak amik gambar2 site then upload dan sent straight kat bos aku thru Gmail™, Messaging, Picasa
    2. Mobile Office
    Ini memang sangat penting ooo. Tab 7.0 Plus ni memudahkan aku membuat kerja-kerja office di mana jua aku berada. Kekadang sampai tunggu client datang pun, aku boleh buat kerja jadi dapat menjimatkan masa aku daripada terbuang begitu saja kan.
Ermm rasanya dah boleh angkat dah Galaxy Tab 7.0 Plus ni, but now tengah mengushar service provider yang mana boleh suit dengan kemampuan aku kan. So aku jumpa satu comparison chart mengenai perbezaan service yang syarikat Telco ni tawarkan.
Meh tengok chart ni jap
Lepas tengok chart tu, rasa-rasanya korang ingat aku pilih yang mana ek?
Of course lah Digi Smart Plan kan.
So aku pilih DG Smart Plan 68 sebab korang tengok bawah ni apa yang Digi tawarkan
Dan yang penting bila order online ni, penghantaran percuma.
Bagus kan! Tak yah aku susah-susah nak kuar pi survey kedai-kedai kat Low Yatt tu kan. Jimat sket duit dan masa tau. Kalau korang pun kaki shopping online, rasanya bagus jugak lah korang check it out kat DigiStore punya website ni. Memacam gadget ado.
So sebab tu lah Samsung GALAXY Tab 7.0 Plus ni is smarter with DG Smart Plan Rasanya lagi hebat lah pas ni berblogging kan coz dah ada gadget canggih.