Friday, February 10, 2012

Singgah Sebentar Di Johor Premium Outlets (JPO)

Hi Korang,

Macammana aku leh lambat post pasal citer sedangkan dah pi 3 kali ke Johor Premium Outlets masa bulan disember hari tuh. 


Johor Premium Outlets ni merupakan tempat shopping yang branded-branded dan glem2 gitu. Kesemuanya di jual dengan harga yang boleh tahan murah gak lah. 


Yang paling ramai orang masuk butik Coach, Burberry, Adidas, Charles & Keith. Some setengah butik tu, kene beratur tau nak masuk dan ada quota untuk sekali masuk.


Ada satu butik aku masuk, butik Fossil. Hah ko handbagnya boleh tahan murah dari RM1200 turun ke RM400 tak ke murah tu kan. Aku bukannya beli pun, sekadar cuti mata je. Brand local pun ada gak macam Padini, Voir, Bonia, Carlo Rino, Scholl.


Don't worry kalau duit abis, coz ada Maybank yang besau kat entrance JPO ni. So kalau tak cukup je pi cucuk kat dinding2 yang dah disediakan tu ek. Sebelah balai polis je.


Kalau lapo, jangan bimbang food court jugak di sediakan. Pelbagai makanan ada. Dari masakan kampung sampai ke masakan omputih, korea, jepun pun ado. Sedap jugak. Lama aku lepak kat situ makan hotdog besau dengan BBQ Korean style. Lazat sungguh.


Aku memang tak de beli apa pun but aku mengidam nak beli camera lomo-lomo tuh. Harga tak berape mahal but nak kene survey kedai gambo yang provide facilities untuk camera lomo-lomo ni. Until now tengah survey lagi. Takut-takut beli kang tak guna plak kan.

Model yang dah lama tak catwalk, sebab tu gemuk kahkahak

So korang yang nak kawin ke, nak beli barang hantaran branded, yang kaki barang branded ke meh lah datang sini. Cuba buat comparison harga dengan outlet biasa. Rasanya meman murah kot. Aku cuma singgah Charles & Keith je tengok kasut. Cantik2 ooo.


Nak pi ke Johor Premium Outlet? Hah senang je

Jalan Premium Outlets
Indahpura 81000 Kulaijaya
Johor Darul Takzim
Malaysia


Direction :-
Alah senang je dari Kuala Lumpur → Lebuhraya Utara Selatan → Lebuhraya Hubungan Kedua Malaysia Singapura → Exit 253 → Exit 304 → Exit 302A → Johor Premium Outlets (JPO) 

CLP notes : Kalau ada duit semua boleh beli ek..Tapi bila dah ada duit sayang nak guna duit tu kan


Thursday, February 9, 2012

Episod Akhir Drama Gemersik Kalbu

Hi Korang,

Hah, rasanya ramai dah tau ending drama gemersik kalbu ni kan. Of course lah menarik.


Meh aku citer sket:

Aria tu actually cousin Suffian, diorg berpakat dengan Zila (adik Suffian) untuk kenakan Raihana ni. Sampai lah si Raihana ni merajuk bawak diri balik ke Layangan. Nasib baik Hisham called Suffian and declare apa yang dah jadi dan bagitau ada kat sana. Kira Hisham tu dah redho lah apa yang jadi antara dia dengan Ana.


Suffian datang ke Layangan dan jelaskan everything mengenai salah paham yang berlaku. Then Ana dah mula accept apa yang jadi dan menerima Suffian seadanya.

Last part tu kelakar sangat, Raihan plak kenakan Suffian balik. Terkekeh aku gelak kan.


Itu je, happy ending kan. Kalau ending sedih harus ramai yang komplen/emo/marah-marah tak tentu arah kat Facebook dan Twitter.

Aku paling suke Suffian cakap 'Saya Nak Awak' alah sweet sesangat lah..

CLP notes : Kalau Mr Big cakap cam tu kat aku, rasanya terus hanyut di buatnya khakahkahkahak..







Petang Itu Di Sungai Petani

Hi Korang,

Cuti 4 hari ktorg bercuti ke utara. Hah memang pun tak jemu-jemu ke Penang kan. Ntah apa yang syok pun aku tak tau lah. But ktorg sempat jugak ke Sungai Petani. Kira jalan-jalan jugaklah kan.


Aku tak sangka jugak yang MS berjaya sampai ke utara semenanjung ni. Kira still kuat lagi keta aku ni kan. Walaupun dah di lenjan ke sana- kemari but still awesome performancenya. Tengok lah tuannya, mantop dah semua segi kahkahakhak


Actually umah yang ktorg pun kawan my BIL. Geng dia masa study kat UTM dulu. Diorg ajak makan kat umah kan. Sampai umah kawan dia ni, terus je ktorg di jamu dengan lauk-lauk orang kampung. Mantap ooo. Yang tak boleh tahan tuh, ulam-ulam yang di hidang dengan sambal belacan serta ikan masin goreng. Terbaek ooo. Gambo tak sempat nak snap coz dah terlalu lapo sangat, itu yang aku sampai bertambah makan 2 pinggan kan. 

Lepas makan, rileks + baring-baring (ye, aku memang menantu yang pemalas coz pas makan tido kan) but tak tido pun 10 minit je luruskan pinggang kan.

Then terus kuar keliling umah diorg ni dan snap a few photo.

Keringkan akar kayu


Musim menuai dah abis, terus kering kontang


Nak belajo jugak dia kan


Rupanya ayah kawan si mok ni, tukang buat ubat tradisional. So ktorg sempat lah rasa air akar kayu kan. Langsung tak pahit, manis ada lah but bau kayu lah kan. So tengok lah cam ne diorg proses akar kayu semua tuh untuk baut ubat.

Diam tak diam dah petang pun. So dalam kul 5 cam ktorg gerak dari Sungai Petani terus balik KL. Highway banyak kete so slow lah kan, di tambah plak dengan hujan + ribut petir + kilat masa kat teroowong menora tuh. Seram gak rasanya.

Anyway memang seronok bagi ktorg yang jarang tengok pemandangan menghijau keliling umah kampung ni kan, siap nampak Gunung Jerai tuh. Memang great experience lah.

Thank you to kawan mok Dollah dan Khairani yang sudi jemput ktorg merasa angin kampung ni kan.

CLP notes : Sekali sekala tukar angin best jugak ek..Best