Tuesday, February 7, 2012

Macam Tak Percaya Dah 1000

Hi Korang,

Diam tak diam dah 1000 entry aku tulis dan post. Ya Allah macam tak percaya lah. 



Rasa cam baru je belajar menulis kat blog ni. Daripada belajar tulis yang merapu-rapu sampai menulis info untuk rujukan orang yang membaca. Kira macam hebat jugak proses pembelajaran aku dalam dunia blog ni. Macam-macam yang aku dapat tahu dunia luar dengan menulis blog ni.

Hopefully aku dapat menulis dengan lebih baik dan berguna lagi. Doakan lah ye.

Maybe nak buat contest sempena entry ke 1000 ni. Tengah kumpul hadiah apa nak bagi kan. 

Thks..

Sunday, February 5, 2012

Sunday Post : Roti Canai Sedap

Hi Korang,

Tengah mood bercuti ni but online tetap online kan. 

So pepagi nie, sarapan yang paling lazat sekali rasanya roti canai lah kan. Tak kiralah apa jenis roti canai pun tetap menjadi makanan ruji orang Malaysia kan. Malah kat memana pun roti canai memang tetap jadi sebutan ramai bila time breakfast.

Aku haruslah suka roti canai, lebih-lebih lagi roti telur don't letak bawang ek. Roti kosong tu ok ok but diorg ni suka buat siap-siap then letak dalam flusk kalau nak baru panas kan. Aku kureng cam tu, tak de feel langsung. 


So haruslah pagi ni bedal roti canai telur dengan kuah kari ikan semalam, then di tambah lagi dengan secawan teh tarik. Memang sarapan typical untuk orang Malaysia kan.  

Lazatttt...

Korang, breakfast apa pagi nie...


Saturday, February 4, 2012

Cuti Panjang Langkah Pun Panjang

Hi Korang,

Ermm cuti panjang lagi, maka semua orang berpusu-pusu nak pi bercutikan. Highway pun haruslah jem tak terhingga kan. 


Aku? haruslah pi bercuti gak. Alah dekat je 4 jam driving. Tapi kalau aku bawak haruslah 3 jam je kan. kahakhakha. Rindu nak pi main paragliding lah.

Anyway, Selamat bercuti panjang korang. Berhati-hati di jalan raya yea

Kalau ada masa nanti aku update pasal movie Star Wars Episod 1. Best sungguh ooo. Aku dah tengok plak kat 3D Imax. Haruslah cam terperanjat2 sket kan.

Chow...