Wednesday, February 1, 2012

Terglamer Sekejap Dalam Volkswagen Bloggers Review Video

Hi Korang,

Semalam masa aku pi Chronicle Sreening, Farah Nuffies ada cakap pasal video ni kat aku but aku still can't catch up lagi, until Merryn tag aku this video then baru aku faham.

Meh, layan video mengenai Volkswagen Test Drive nie jap.



Ermm tup tup termalu plak aku tengok video tuh, masa interview session tu aku tengah berpeluh2 coz matahari tercarak atas kepala kan, itu yang cam bersinar je muka tuh.

Meh, check out my review on this test drive.

Anyway, thanks to Volkswagen and Nuffnang for this great experience.


CLP notes : Malu konon sebenarnya suker kan kahkahakhakhak




WW - Malu Lah

Hi Korang,

Wordless wednesday for this week..



Kan aku dah cakap dia malu.

Tuesday, January 31, 2012

Ayam Goreng Italiano

Hi Korang,

Aku memang suka cuba mende yang akan menyenangkan aku bila kena memasak cara express time balik keje. Kat dapur aku tu memang banyak berpaket-paket rempah segera, bahan-bahan segera untuk memasak. Yelah balik sampai umah pun dah malam so masak cincai je lah janji kenyang. Lagipun Mr Big tak berapa bising sangat pasal hal ni, janji ada yang nak dimakannya


Aku ternampak tepung ni masa shopping kat Melaka hari tuh dan terus beli. Tepung ayam goreng italiano keluaran Bestari Food. Alah murah je tak sampai 4 hengget je pun. 


Ikut je instruction kat kotak tu. Kira senang gak lah. Tak susah mana pun. Very straight forward. Ada bahasa melayu, cina dan english. Eh, bahasa arab pun ado. 3 step je.


Hah, bancuh lah ayam dengan tepung serbaguna tuh. Tak yah guna telur pun. Bancuh tepung dengan air je. Yang hijau-hijau tu rempah italiano tu lah. Macam baru tymes pun ada gak.


Kemudian goreng. Ikut lah cara korang goreng. Janganlah api kuat sangat kang kulit masak dalam berdarah lagi kaw-kaw kan. Api sederhana je


Dah siap pun, ayam goreng italiano. Sedap di makan begitu sahaja. Ranggup dan terasa rempah-rempah italiano tuh.  Tak sempat nak amik gambo time makan coz terlupa dek makan ayam sedap tu kan.

CLP notes : Nampak nau aku ni isteri pemalas kan, semuanya nak senang je.

Senang kan.