Monday, January 16, 2012

HyppTV Wayang Pacak @ Bukit Kiara Equestrian Club

Hi Korang,

Rezeki datang lagi. Kali ni menang tiket tengok wayang pacak kat Bukit Kiara. First time masuk area Bukit Kiara ni dan first time gak tengok wayang secara berjemaah ni.


Prepare lah apa yang patut, makan minum, air dah sejukkan dalam chiller bag, tempat nak lepak aku dah pre-order kat Paperlounge. Tinggal bayar je masa show nanti. Sampai-sampai je ya allah parkingnya boleh tahan jauh gak.


Berpeluh gaklah ketiak berjalan kan eventho ada shuttle disediakan. Ktorg jalan slow-slow sambil bercamwhore kat area ni. Mentang2 riding school punya tempat, berlambak2 kuda aku nampak but semua tengah makan dinner.


Sesampai je kena register dulu, then baru dapat masuk indoor arena tuh. Masuk2 je terus nampak satu kawasan lapang yang dah ramai orang duk berpiknik depan screen beso. 


Aduiyai rupanya ada menda yang aku lupa bawak, which is 'TIKAR'. Mampus aku, menda penting aku leh lupa. So nak tak nak, duk jelah kat kerusi yang ada. So tak dapat lah rasa cam ne feel tengok wayang pacak kan. huhuhuhuhuhu.


Malam tu ada tiga filem yang di tayangkan iaitu KungFu Panda 2, Thor dan The Unborn Child.  Ktorg cuma tengok 2 movie je coz yang ketiga tu citer hantu. Takut ooo.


Ermm gerai jual makanan memang banyak sungguh. Dari popcorn sampai ke baked potatoes, eh macaroon pun ada but dia jual mahal lah. Ada ke sekeping tu RM5 henggit. Sapo nak beli kan.


Anyway thanks to Hypp TV coz sudi bagi ktorg tiket wayang ni. Mintak-mintak ada lagi peluang tengok wayang pacak yang best ni kan.

CLP notes : Tak abis pun bekal makan aku bawak, air je abis coz haus sangat walaupun berangin malam tuh.




Sunday, January 15, 2012

Macam Nak Raya Plak

Hi Korang,

Tak de buat apa pun ari-ari cuti ni kecuali makan, tidur, berr.. dan memacam lagi lah. So Mr Big ajak pi beli barang dapur sebab dia nak suruh aku masak. 

Alah shopping dekat dengan area umah aku ni, EconSave. Masyallah ramainya orang pepagi ni. Sampai troli pun abis dibuatnya. Plan asal nak beli udang je coz nak masak sambal tumis udang, memandangkan kaunter bahan mentah tu nak timbang bukan main panjang beratur so terus cancel nak masak special kan. 


Tetiba nampak ramai orang kerumun kat satu tempat ni, ktorg pun apa lagi pi lah nak kepoh2 kan. Rupa-rupanya air kotak ada offer murah. Selalunya 24 pcs air kotak ni lebih kurang dalam RM17-18 henggit kan, now dia offer cuma RM10.68. Mana tak orang nak. Aku pun terus je sambar 2 kotak panjang, 48 pcs. Hah ko, aku perasan semua troli ada je air kotak ni, tak kira sapa pun. 


Then lepas je ktorg bayar, kak cashier tu bagi ktorg kalendar dragon lagi. Yang best calendar 3D tuh. bila goyang je, nampak dragon tu gerak-gerak. 

Abis umah, terus masak makaroni goreng. Senang je,sambil kemas umah sambil masak.

CLP notes : Tak kira apa perayaan pun, orang shopping non-stop. Nampak sangat orang-orang Bangi ni kekaya ek.



Saturday, January 14, 2012

Twisties Superstarz Finale Party @ KL Live

Hi Korang,

Weekend lepas, aku dapat invitation ke KL Live untuk Twisties Superstarz Finale Party. Nama pun duta kan  of course mesti dapat invitation punya. 


Actually pertandingan ni macam American Idol lah tu, Twisties mencari bakat-bakat baru untuk diketengahkan dalam bidang muzik tak kiralah secara solo or band kan. Ada 8 peserta dan mereka di kehendaki perform 2 lagu untuk final ni. 


Mostly diorg ni bebudak student college around KL ni. Ada sorang tu baru 16 tahun Cheryl Koh, suara mantap macam Whitney Houston ok, ada jugak cam Bruno Mars, band-band pun best gak siap perform guna laptop tu sebijik cam sound engineer gituh kan. 


Sementara nak tunggu result tuh ada artise performance. Ada K Pop Clan, Mizz Nina, Nadira, Pop Shuvit. Not bad lah, bila time Mizz Nina dan Pop shuvit perform je terus riuh rendah dibuatnya. 


Aku tak tunggu sampai abis pun coz penat sangat berdiri dan mendongak, yelah duk depan sekali dari belakang ntah cam ne boleh sampai ke depan. So ktorg lepak kat luar jap bercamwhore then trus balik.

Anyway Congrats to Eddie Courtney coz di nobatkan sebagai Twisties Superstarz, tempat kedua Cheryl Koh dan tempat ketiga Band Avantguard.

Thanks Nuffnang for this invitation ye.

Actually gambo untuk event ni ada 250 shot but malas nak attached sebab banyak sangat.

CLP notes : Aku yang jadi seronok tu sebab banyak dapat twisties sampai Mr Big ari-ari bawak pi keje sebungkus satu. Sampai pi tengok wayang hari tuh, bawak 2 bungkus lagi. Jimat sket duit.