Friday, January 13, 2012

Première Screening Of 'Contraband' Film


Hi Korang,

Lama betul tak citer pasal movie screening kan? Yelah sejak pi Penang hari tuh mana aku ada masa nak pi screening. Terasa cam rugi gaklah coz banyak filem aku miss.


Bila Nuffnang open tiket untuk filem ‘Contraband’ ni, terus je aku apply kan. Mana tau ada rezeki dapat. Bukan 1 or 2 tiket aku dapat but 4 tiket ooo. Nak ajak sapo ni, ermm tak yah takut semua orang sibuk kan

Malam rabu tuh, ktorg pi kat Cathay Cineleisure The Curve tengok filem ni. Sampai dah lambat nasib baik, mintak tolong bro Jamar dengan Putra87 amikkan tiket. Lega sket rasanya, makan Mc D pun tak de tercekik sangat sebab nak cepat.


Orite, meh layan synopsis filem Contraband ni dulu ek:-

Chris Farraday (Wahlberg) long ago abandoned his life of crime, but after his brother-in-law, Andy (Caleb Landry Jones), botches a drug deal for his ruthless boss, Tim Briggs (Giovanni Ribisi), Chris is forced back into doing what he does best-running contraband-to settle Andy's debt. Chris is a legendary smuggler and quickly assembles a crew with the help of his best friend, Sebastian (Ben Foster), to head to Panama and return with millions in counterfeit bills. Things quickly fall apart and with only hours to reach the cash…. Jeng jeng jeng


Bagi aku :

First reason yang aku nak sangat pi tengok filem Contraband ni selain dari menang tiket wayang free ialah aku memang suker yang amat dengan Mark Wahlberg yang ensem ni. Majoriti semua filem dia berlakon aku tengok. Dia nie Nampak cool je bile deal dengan something. Bagi aku jalan citer mudah nak paham, boleh predict endingnya camne. Idea2 menyeludup ni memang hebat lah, yelah barang2 yang beso gajah pun diorg ni boleh bawak masuk. Semua yang tak di sangka2. Tapi kawan dia tu memanglah tak de hati perut langsung.

Citer pasal loyalty of friendship, kasih saying dalam family, kira oklah walaupun agak lembap sket pada mulanya. Biasalah semua citer cam tu, kalau nak action je baik tengok WWE or Muaythai.

Cam biasa Mr Big kasi 3/5 je coz dia yang kata citer ni lembap, padahal dia jeles tu coz aku suker nau dengan si Mark Wahlberg tuh. Khakahkahakha

Filem ni dah mula di tayangkan semalam kat pepanggung dalam Malaysia ni. Baik korang pi tengok at least ada jugak nak buat kan daripada duk lepak kat shopping complex tu ek.

CLP notes : Nak jadi menyeludup, kene belajar sains okeh. Pandai gunakan apa jua barang yang ado di sekeliling kito kan.

Pics : credit to google ( tapi nampak cam gambo tu pecah lah x cantik)

Thursday, January 12, 2012

Istimewanya Masakan Melayu Di Enak KL, Starhill Gallery

Hi Korang,

Bila dah terlalu lama di blend dengan western cuisine, fast food, chinese food tetiba tekak ini nak makan masakan melayu yang betul-betul melayu. Selain dari Kg Baru rasanya memang payah nak cari di sekitar KL ni kan dan bila dijemput untuk makan di Enak KL, rasanya inilah restoran yang menghidangkan betul-betul masakan melayu yang terbaik yang pernah aku rasa.


Restoran Enak KL yang sudah beroperasi lebih 5 tahun ini terletak betul-betul di kawasan CBD (Central Bussiness District) Bukit Bintang, KL. Malah satu-satunya restoran melayu bertaraf 5 bintang yang ada di Starhill Gallery ni. Ia menghidangkan segala jenis masakan melayu tradisional dari entrée hingga ke dessert.


Dengan berkonsepkan ‘Fine Dining’ melayu lama, bila masuk je di pintu hadapan restoran ini, kita dapat lihat segala dekorasi menggunakan barangan lama dan antik, dan segala barangan ini adalah koleksi peribadi tuan punya restoran ini, Puan Sherena Razaly sekeluarga.


Tercetusnya idea untuk membuka restoran berkonsepkan melayu ni datangnya dari ahli keluarganya yang begitu sukakan masakan melayu dan mahu memperkenalkan kepada mata dunia, betapa sedap dan lazatnya masakan melayu ni dan semua resipi yang di hidangkan adalah hasil warisan turun-temurun keluarganya, katanya lagi.

Antara yang dihidangkan adalah

Pembuka Selera
Sup Ekor,Gado-gado, Kerabu Asparagus, Pergedel, Otak-otak Enak, Satay,Balla-balla, Cumi-cumi Garing, Salada Percik, Soto Madura,

Daging Aneka Rasa

Daging
Daging Bakar Asam Jawa, Rendang Padang, Daging Kurma, Daging Hitam, Kambing Masak Merah

Asam Pedas Butter Fish

Ikan & Makanan Laut
Botok-botok, Sambal tumis Udang, Sotong Berisi, Udang Selat Asam Jawa, Udang Raja Lemak Merah, Garupa Goreng, Kari Ikan Bendi, Ikan Asam Pedas

Ayam Masak Lemak Cili Padi

Ayam
Ayam masak lemak cili padi, ayam goreng lengkuas, gulai Kari Ayam, Ayam Kalio, Burung Puyuh Goreng Berempah


Cendawan Sisek Goreng

Sayur-Sayuran
Tauge Goreng, Terong Belado Udang Kering, Kangkong Belacan, Bayam Goreng Kampung,

Manisan Kelapa Muda Enak


Ketayap Mangga

Pemanis Mulut
Manisan kelapa muda enak, pisang caramel, Ketayap mangga, Bubur Pulut Hitam, Cendol Enak, Ais Krim Trio Enak, Sago Gula Melaka,

Bertepatan dengan nama restoran ini Enak KL dari segi rasa, quality, hiasan dan segala yang dihidangkan untuk ktorg ternyata memang enak. Harga plak berpatutan dengan apa yang dihidangkan dan bagi aku not to expensive sangat pun. Malah lebih murah dari mahal di hotel. Rasanya memang teringin nak lagi makan lagi di sini. Yang best tu boleh makan pakai tangan coz ada washroom sendiri dalam restoran ni so tak yah lagi nak keluar-keluar kan cari washroom.




Restoran Enak KL
LG2, Feast Floor,
Starhill Gallery,
181, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
Tel : 603-2141 8973 / 03-2148 9549
Facebook : Enak KL

Terima kasih di ucapkan kepada Puan Sherena Razaly, En Hamidon Ramli dan juga blogger Azmannisma dan Jejai di atas jemputan makan ini.

CLP notes : Aku datang dengan K Ina KL dan HazmanFadzil



Wednesday, January 11, 2012

Sessi Panah-Memanah Di Lapang Sasar Bintang

Hi Korang,

Memang tak sangka dapat jugak aku cuba aktiviti memanah ni, thks to pekerja MAS terlampau yang sudi ajak aku pi main menda alah ni. Ek bukan aku je, geng #GTBMY yang lain pun ado jugak.


Abis je food review kat Starhill terus ktorg main kat Start Archery @ Times Square ni. Dekat je kan. Naik je tingkat 5, sama level dengan bowling alley, sebelah Sushi King. Disebabkan voucher yang Hazman beli tuh rupanya ada 78 anak parah kena shot, jawabnya aku start dulu lah kan. Maklumlah dah tak kuat kang lambat plak abis.


Kiranya ini first time aku pegang bow and arrow ni. Boleh tahan jugak beratnya. Rupanya bow ni ada berat yang sesuai untuk lelaki dan perempuan dan kanak-kanak, bukan semuanya sama je berat. Memula adik yang jaga tuh, ajar cam ne nak pegang bow, nak masukkan arrow, tangan kene lurus, mata kiri kena tutup, tengok dengan mata kanan, kepala tegak cam biasa dan tarik sampai pipi.


Masa first time tarik bow tu, mengeletar tangan coz boleh tahan berat gak lah. So first arrow memang menyasar kuar dari bulatan score tuh. Lepas 3-4 shot tuh, tangan dah stable dan point untuk memanah tu dah boleh nampak. Terus jadi seronok lah gamaknya kan.


Rasanya aku berjaya abis 78 batang arrow tu dalam masa 1 jam gituh. Hebat tak hebatlah kan coz ada org lain tu lagi handal dari aku. Ok jugak lah main kat sini coz orang tak ramai cozy je. Bila penat memanah duduk kejap borak-borak then sambung balik memanah. Staff pun friendly senantiasa tengok je apa ktorg buat sambil tunjuk ajar kan (cuma supervisor je kureng skett, maklumlah supervisor kan mana nak buat keje2 kutip arrow ni)

Penatnya bukan main lagi, kalah main bola tampar ek. Peluh mencurah2 turun walaupun dalam air-con but ermm bersenam uollss.


Anyway, thks to food blogger ni yang sudi banjer ktorg reramai ber jimba ke sini. At least rasa jugak pengalaman baru kan. Totally best. Kalau ada mende baru lagi jangan lupa ajak aku tau.

Ahli #GTBMY yang datang :  Hazman (pembeli voucher a.k.a tukang banjer), Jamar & Cik Nunu, Daydeck86 and Anak K Ina KL.


CLP notes : Tangan kiri dah start lenguh2 dah, nasib baik minyak gamat ado. Nak paksa gak Mr Big urut.