Friday, January 6, 2012

Jom Lompat

Hi Korang,

Nak ambik gambo lompat tak? meh tengok sini.


Memula kena standby dulu. Pasang kuda-kuda kan. Ok Ready 1 2


Itu bukan lompat. Itu eksen je lebih. Pemalas betul, patutlah gemukkan.


Hah, kan dah boleh tu. Bukan main tinggi lagi. Siap posing sambil melompat kan.


Ok ok cuba lagi sekali bertiga plak. Lain pose ek. Kan cantik tuh!


Apa macam? boleh tak korang ikut. Senang je kan.

Actually aku amik gambo lompat ni lebih kuran 45 minit cam tu untuk gambo tu jadi perfect cam korang tengok tu kan. Dah lah time ni matahari tengah mencarak naik kan. Bukan main gelap muka aku time tuh. Mana taknya suruh orang gemuk melompat, haruslah amik masa kan. Ingat senang ke nak lompat2 sesuka je. Boleh putus nafas ooo.

CLP notes : terasa ringan jap coz boleh lompat tinggi kan. Tapi lepas tu sakit belakang bukan main lagi tau.


Thursday, January 5, 2012

Panduan Untuk Ke Universal Studio Singapore (USS)

Hi Korang,

Untuk korang yang komen kat entry aku yang sebelum ni pasal USS, tanya pasal USS ni kan,  meh aku citer kat korang



Travelling
Bagi yang tak biasa dengan Singapore ni, better naik coach yang straight masuk ke Universal Studio Singapore ni. Aku malas nak bawak kereta masuk ke Singapore so ktorg naik Odyssey Coach dari Tune Hotel kat Danga Bay tuh terus ke USS.  Harga tiket bas RM25 return trip (pergi-balik) Tapi kalau korang check-in kat Tune Hotel tuh dapatlah murah sket RM23 je.


Entrance Tiket Masuk USS

Normal pass

Normal pass ni ada dua. Satu Non-peak season satu lagi Black Tiket yang tiket peak season lah kan.Yang nie kena beratur sepanjang alam untuk main games/rides kan.

Kalau Non-Peak harganya SGD 68
Black tiket (Peak Season) SGD 74


Express Pass

Ini yang best ni, Express Pass ni membolehkan korang cross over orang-orang yang beratur kat Normal         Pass tu kan, kira macam cut Q. Kena tambah duit sket lah. Tapi memang worth it. Korang boleh jimatkan masa untuk main semua games/ride tu kan. Aku pun menyesal tak tambah duit masa beli tiket hari tuh.

Kalau Non-peak harganya SGD30
Peak Season plak harganya SGD 50


(Update) : Maknanya : Normal Pass + Express Pass = Hah itulah harganya untuk potong que tu tau. 
(Mahalkan but worth it sungguh tau)


Alah korang beli tiket kat travel agent kat Malaysia lah senang sket, sampai sana terus je pi tukar tiket kat Group Sales counter or masuk je terus dengan voucher yang korang dah print tu kan.

Kemudahan

Toilet, water dispenser untuk minum, wheelchair, stroller dan bersepah tempat duduk lah. Pendek kata kalau dah penat, memana leh duduk.

Cuma aku nak pesan sket, yang bab toilet tu. Memang tak de paip untuk cebok . Nasib baik aku bawah spare botol mineral water. So aku tadah air kat water dispenser or paip kat dalam toilet tuh, then basuhlah guna air tuh. Itu Mr Big cakap nasib baik bawak botol besar senang sket nak ber.. kan. Tak de lah selet-selet dengan tisu. Ishk geli plak aku dengar.



Restaurant

Tak silap aku ada 3-4 restaurant halal dalam USS ni. Semua ada lambang JAKIM SINGAPURA. So bedal lah tanpa was-was. Walaupun ada food court but ktrog prefer makan kat Goldilocks Restaurant dekat Far Far Away Parks tuh. Mana taknya macam Mc Donalds. Jual fast food. Ayam gorengnya sedap dan ranggup. Harga pun lebih kurang cam kat Malaysia je Cuma SGD lah kan.



Cartoon character

Ini kena take note, cartoon character ni akan kuar tak semena. Korang boleh jumpa bersepah-sepah dalam USS ni. Once dah nampak tu baik beratur cepat-cepat coz bila korang dah nampak sekali belum tentu lagi korang akan jumpa kali kedua. Sebab tu aku asal nampak je diorg ni terus pi beratur tak kiralah panjang cam ne pun kan.



Merchandise

Setiap parks dalam USS ni memang ada disediakan kedai souvenir mengikut parks nya lah. Kalau dalam Acient Egypt diorg jual bebarang yang berkaitan dengan Mummy lah. Kalau dalam Transformer haruslah jual barang Transformer. Kalau nak USS original punya merchandise, kat pintu masuk tu korang dah boleh nampak kedainya yang besar betul.  Harga taklah mahal sangat. Macam keychain SGD4.90, fridge magnet SGD5.90, t-shirt pun dalam SGD21.90 onwards. Kira oklah.

Update lagi :


Daydeck86 kata jangan lupa bawak towel untuk lap peluh. Yelah korang kan akan berjalan satu taman besor nie.

Aku rasa itu je kot yang patut korang tau pasal Universal Studio Singapore ni. Kalau ada yang tak paham or nak tau lagi lebih details meh tinggalkan komen kat entry aku ni. Nanti aku jawab untuk korang ek.


CLP notes : ermm rasanya cam nak pi lagi je USS ni next month coz tak puas lagi nak main lah.



Nak Cari Bilik Untuk Sewa?

Hi Korang,

Tengah duk surfing sambil bertweet2 kan, aku come across kat website ni iBilik. Hah ko hebat tak? Website yang menawarkan lebih 100,000 jenis segala jenis bilik untuk disewa samada untuk long term atau pun short term secara online. 


Boleh di katakan korang boleh search bilik sewa ni di merata tempat dalam Malaysia. Tak kiralah Perak ke, Sabah ke, Johor ke semuanya sudah disenaraikan. Ada jugak senarai yang digelar 'Hot Location', maknanya tempat-tempat yang paling dicari lah kan especially area KL lah kan. 


Eh bukan setakat bilik sewa je, ada jugak tempat-tempat macam apartment nak berholiday untuk weekend pun ada disenaraikan. Macam korang nak bercuti kat Port Dickson, search je kat Negeri Sembilan punya column then mesti kuar list bilik yang korang nak lah.


Kalau korang ada bilik nak disewakan pun boleh jugak ke website ni. Kene register dulu, then start advertise bilik yang korang nak sewakan tuh. Masukkan segala mak neka details yang penting kan. Sambil tu jugak korang leh baca review or testimonial orang-orang yang gunakan perkhidmatan iBilik ni. So senang sket korang nak refer kan, baik ke buruk ke. 

So apalagi meh check it out dan kalau korang ada kengkawan yang tengah sibuk nau cari bilik sewa tu, forwardkan je entry aku ni supaya senang diorg nak cari bilik untuk disewakan.