Monday, December 26, 2011

Merah-Merah!

Hi Korang,

Memandangkan ktorg sekarang ni tengah cuti-cuti semalaysia, maka tempat pertama yang ktorg pi of course lah umah mak aku kan. Eh, mestilah check-in sini dulu kang tak berkat plak percutian aku kan.

So balik2 semalam, tengok kat laman tu


jeng jeng jeng

Tu dia buah rambutan bergayut2 kat pokok depan umah. Apa lagi turun kete terusje petik makan. Lama jugak lah aku lepak kat pangkin umah aku tu bedal rambutan ni kan. Dahlah segar manis plak tuh.

Nasib baik manis buah kalau manis gula mau kene potong kaki jawabnya, kena diabetes kan.

Ok nanti citer lagi, internet slow cam siput vavi ni.

p/s : Aku sempat pi Johor Premium Outlet tadi but tak leh nak masuk coz banyak giler kete nak masuk parking. Dekat 5km jem nak masuk. Ermm jawabnya kene datang lagi lah kan..



Saturday, December 24, 2011

Inilah Hasilnya

Hi Korang,

Aku memang jarang cash out kan duit Nuffnang aku ni. Yelah tak de apa nak buat kan so buat apa nak kuarkan baik biar je beranak-pinak dalam account tu kan. Tup-tup hari tuh tengah aku duk godek2 dalam payment section nie entah can aku boleh tertekan cash out button ni plak. 


Hah nak buat cam ne, terpaksa lah kan. So dah receive pun chequenya dan baru je pi bank-in semalam. Kiranya dapat lah hasil berblogging ni menampung expenses aku masa pi bercuti minggu depan ni kan. 

Betul lah kata orang sket sket lelama jadi bukit kan. 

Eleh korang dapat berapa plak kan, ermm mesti kencang punya dari aku kan maklumlah siapalah aku ni kan blogger kecil-kecilan jelah.




Friday, December 23, 2011

Sepanjang Sept,Oct & Nov 2011 - Sampai Tak Terkata

Hi Korang,

Apa yang aku boleh cakap ialah letih sesangat. Tak de masa nak berehat langsung. Siang malam tak lekat di rumah. Abis keje pi event. Weekdays night penuh dengan event sampai weekend pun ada jugak jemputan event. Kalau aku charge diorg ni confirm2 aku dah boleh beli share kat Nuffnang tau. kahkahakhakhakahkaha jangan nak berangan. Kata orang berblogging biar ikhlas bukan mata duitan ye.


Skills
Dapat jugak aku merasa review smartphone HTC Sensation 2 minggu yang bermakna lah. Memang seronok sangat first time ada smartphone kan. Kira cam jakun sket lah. Lepas tu plak jugak merasa review DSLR camera Sony NEX 5. Walaupun sehari je but performance camera tu memang tip top lah. Dapat jugak belajar make-up2 kat Avent Beauty Workshop dan belajar buat video tutorial cara nak make-up.

Events
Aduiyai, lagi lah banyak. Melambak2 siap dapat jumpa artis lagi dan bukan artis je dapat jumpa celebriti chef lagi. Dapat pi tengok AIM Live lagi. Launching product tu tak yah nak cakap lah memang ada je time2 minggu, party pun kene attend jugak. Dan yang paling best aku conduct hi tea party sendiri kat umah aku siap make-up artist datang tuh.

Premiere Screening
Tak boleh nak tulis terlalu banyak sangat. Sampai dah lupa2. Pendek kata segala citer baru semua aku dah tengok lah.

Kebanyakan event or activities yang aku pegi nie adalah from Nuffnang dan juga personal media invitation. So thank you tau korang. Walaupun aku bukan blogger famous/glamer yang jarang dapat B.E apatah lagi advertorial post tapi dapat pi event2 nie pun dah cukup bernasib baik rasanya. Walaupun letih cam ne pun aku mesti buat jugak sebab keseronokan yang di rasai tu kan..



Ini adalah hasil usaha aku berblogging. Aku bukan mementingkan duit atau traffic tapi pengalaman tu aku rasa lagi bermakna dari segalanya. Apa-apa aku bangga dan bersyukur dengan apa yang aku lalui dalam bulan Jun ni. Yang penting bersabar dan rajin ok.

Hopefully bulan Disember lagi best lah hendaknya ek sebab dah hujung tahun kan hehehehhe.

Oklah nak sambung buat entry dulu.. Choas...

p/s : gambo2 yang ada kat atas tu tak de kene mengena langsung dengan entry nie ek.. Aku sesaje nak letak coz kosong sangat rasanya dalam entry tak de gambo kan..