Hi Korang,
Pencarian gadis-gadis untuk menjadi Duta ‘Mirrors’ kini kembali dengan pelbagai aktiviti dan system undian yang mendebarkan setiap gadis. Setelah 4 bulan menjalankan ujibakat, kini ‘Mirrors’ akan mempersembahkan kepada anda semua Peringkat Akhir Pencarian Duta Mirrors 2011/12 di Zouk KL pada 11th Januari 2012.
Ianya bermula dengan road show di IPTA tempatan yang terpilih seperti INTI College, KLIUC, Taylor’s university, UCSO, MMU, Segi College, TAR College and Sunway College di seluruh Lembah Klang untuk mencari gadis-gadis ini. Pihak ‘Mirrors’ telah menyenaraikan 482 gadis untuk bertanding ke peringkat Top 25 seterusnya peringkat Top 12 yang telah pun diadakan pada 4-6 November 2011 di Fahrenheit88 KL.
Kesemua Top 12 finalist kini menjalani pre-final aktiviti seperti SpartanZ Class di EodyExpress, KeepSlim Workshop, Meiko Cosmetic Workshop dan menghadiri sessi perbincangan mengenai pengurusan diet dan nutrisi yang dikendalikan oleh En wong Yu Jin iaitu Pakar Nutrisi Rasmi bagi Miss Malaysia Universe.
Dari segi pengadilan untuk Peringkat Akhir Pencarian Duta Mirrors 2011/12 ni, Top 12 bukan sekadar diadili melalui system undian dari peminat dan penyokong tapi akan dinilai juga oleh Mirrors special judges. Di samping itu juga, pelbagai aktiviti akan di adakan pada hari tersebut seperti flash mob, pertunjukan fesyen, mini contest dan pelbagai adegan yang telah di susun bagi memeriahkan lagi acara kemuncak ini.
Mirrors merupakan sebuah majalah fesyen dan gaya hidup yang unik dengan memberi penekanan kepada pandangan orang ramai, ruangan yang ditulis oleh bloggers tempatan untuk membantu memberi inspirasi dan mendidik pembaca mengenai gaya hidup masa kini . Ia juga memaparkan panduan membeli belah bagi mereka yang senantiasa tercari2 tawaran hebat.
Peringkat Akhir Pencarian Duta Mirrors 2011/12 ini akan berlangsung pada hari Rabu 11th Januari 2012 di Zouk Club KL bermula dari 6pm dan diakhiri dengan party sehingga 2pagi.
Jom kita pi tengok ek